#NotaEmasNurulFaizzen💃
399 subscribers
3.12K photos
218 videos
8 files
1.48K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
#TabungKWSP

HABISKAN RM700,000 DUIT BERSARA?

Jika dia habiskan RM700,000.00 duit persaraan dalam masa 3 tahun. Ini normal sebenarnya.

Ini bermakna setahun dia belanja RM233,333.33 atau sebulan dia belanja RM19,444.44.

Bermakna sehari dia belanja RM648 sehari. Sikit jer tu bang.

Data yang ada, memang 70% persara yang terima duit persaraan KWSP mereka habiskan duit mereka selepas 3 tahun.

Namun,

Jika dia bijak sikit, dia simpan dan bahagikan duit tu dalam ASB, ASB2 dan ASB Didik.

Secara purata katakan dapat pulangan 5% setahun.

Selepas 3 tahun duit dia bukan hilang. Malah jadi RM813,030.56 sahaja.

Dalam 3 tahun dia boleh buat profit RM113,030.56 juga.

Dah tak payah marah anak anak sebab tak tolong dia lagi.

Kredit : Azizul Azli Ahmad