#NotaEmasNurulFaizzen💃
401 subscribers
3.11K photos
217 videos
8 files
1.47K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
Tadi saya menerima satu whatsapp untuk ulas Kenyataan ini daripada gambar yang saya terima ini.

Melihat kepada Kenyataan ini, mengikut pengalaman saya ada dua (2) perkara iaitu :

#Pertama
Pernah beli emas ketika situasi #Uptrend dan sekarang emas situasi #Downtrend

#Kedua
Tidak pernah beli.

Jika beliau kategori #Pertama, bermaksud matlamat belum jelas tentang menyimpan emas. Kategori pertama ini selalunya mengharapkan emas naik, naik & terus naik sedangkan harga emas daripada dulu hingga kini memang ada naik turun dan ianya Normal. Cuma mungkin kita tidak didedahkan dengan perkara ini. Jadi sudah semestinya pemikiran dikaburi oleh nilai emas yang sentiasa naik.

Untuk jangkamasa panjang, jawapan YA emas akan naik. Untuk jangkamasa pendek, jawapan TIDAK.

Berbalik kepada matlamat Penyimpan Emas, kebanyakkan penyimpan emas yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas.

Bahasa mudah, Kenapa Kita Perlu Simpan Emas??

Jadi saya senaraikan matlamat penyimpan emas mengikut pengalaman saya membimbing pelanggan :

• Dana Kecemasan.
• Dana Haji atau Umrah.
• Dana Pendidikan Anak-anak.
• Dana Persaraan.
• Dana Deposit Rumah.
• Dan lain-lain.

Kenapa perlu capai matlamat ini dalam bentuk emas?

Jawapan mudah, jika matlamat ini dalam bentuk duit, maka matlamat itu akan menjadi mimpi.

Bukan semua orang berjaya Simpan duit tetapi pengalaman saya melihat hampir 100% orang berjaya menyimpan duit dalam bentuk emas.

Ada duit belum tentu ada emas. Ada emas sudah tentu ada duit.
.

Jika beliau kategori #Kedua, bermaksud beliau belum ada ilmu yang cukup tentang emas. Pemikiran beliau tertutup oleh kerana harga emas. Simpan Emas bukan soal Harga semata-mata. Jika kita Hanya pandang emas soal harga, simpanan kita tidak kemana-mana. Boleh jadi kita berhenti beli ataupun tidak beli langsung emas.

Kenapa??

Harga emas Naik Gelisah.
Harga emas Turun Resah.
.

Kawan-kawan,

Jika kita asyik mendegar atau takut dengan apa yang orang akan cakap pada kita, percayalah ianya tidak memberi manfaat buat kita.

Kita buat sesuatu kerana kita percaya dan yakin berbekalkan ilmu dan juga bimbingan Mentor.

Buat tanpa Henti.
Buat tanpa Nanti.
Buat tanpa Tapi.
Yang penting kita Happy.

Maafkan saya. Ini hanya pandangan dari saya yang kerdil ini.

Jujurnya, Saya sangat-sangat bahagia diizinkan Allah untuk menyimpan emas 😊✌🏻

Kredit: Fairuz
Jika sebelum ini kita ada masalah untuk menyimpan duit, ada dua perkara yang kita boleh perbaiki.

#Pertama
Tukar Perancangan. Jika sebelum ini belanja dulu Kemudian baru Simpan, kali ini Simpan dulu baru belanja. Simpan sebanyak 10% daripada Pendapatan Ikut pakar kewangan.

Jika gaji RM2000 simpan RM200. Jadi genapkan kepada 1gram emas kerana emas sekitar RM270 Segram.

Jika gaji RM4000 simpan RM400. Jadi genapkan kepada 1.5gram emas kerana emas sekitar RM400 Segram.

#Kedua
Tukar kepada emas. Jika sebelum ini kita cuba Simpan duit tetapi tidak pernah berjaya, jadi cubalah Simpan Emas.

Mulakan dulu dengan 1gram.

Kemudian tambah lagi sehingga capai 5gram.

Seterusnya capai 10gram.

Mudahkan?

Fairuz Aziz
*7 contoh dan sebab kenapa seseorang itu belum mulakan simpanan emas*

#Pertama
Kita beranggapan untuk mulakan simpanan emas perlukan modal yang besar sedangkan kita boleh mula dengan modal yang kecil serendah RM100 sahaja.

#Kedua
Pemikiran kita sering diracuni tentang mahalnya emas. Jika kita pandang dari sudut yang berbeza, bukankah bagus jika kita simpan ‘benda’ yang mahal?

#Ketiga
Kita kurang kesedaran untuk menyimpan emas walaupun kita tahu ‘Nilai’ emas meningkat untuk tempoh masa yang panjang.

#Keempat
Bertangguh adalah ‘makanan’ kita. Harga emas turun kita bertangguh. Harga emas naik pun kita masih bertangguh. Akhirnya kita bertangguh sampai bila-bila.

#Kelima
Kita fikir untuk tempoh jangkamasa pendek sahaja. Sebab itu harga emas naik resah. Harga emas turun gelisah. Jika kita pandang tempoh masa panjang, kita akan sedar nilai emas cukup berbaloi untuk simpan.

#Keenam
Mental dan pemikiran telah ‘Block’ kerana fokus kita kepada keuntungan RM Bukan fokus kepada GRAM. Fokus kepada RM akan buatkan kita berhenti menyimpan emas apabila Harga emas naik. Harga emas turun pun kita berhenti.

#Ketujuh
Persoalan tentang faktor persekitaran. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya. Jika kita bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita. Jadi jika berkawan dengan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap simpanan emas, kita juga akan terkena aura menyimpan emas.
.

Kawan-kawan,
Ada orang ada duit tetapi bertangguh.
Ada orang ada duit tetapi belum bersedia.
Ada orang ada duit tetapi tidak mahu bermula.
Ada orang ada duit tetapi tidak tahu untuk mula.

Jadi duit bukan persoalannya kerana persoalan yang lebih penting ialah #Mahu atau #TidakMahu

Dapat sesuatu?? 😊
Dalam video tersebut menunjukkan Zira, salah seorang dealer Public Gold, pergi ke kedai emas di sekitar Jeddah dengan satu tujuan iaitu untuk mengetahui dan menyemak harga yang bakal beliau terima seandainya beliau membuat keputusan untuk menjual. Berikut merupakan butiran berkaitan emas tersebut :

#Spesifikasi

Keluaran : Public Gold
Rekabentuk : BungaMas
Berat : 10gram
Ketulenan : 999.9
.

Pelajaran dan Ilmu menarik dari video itu ialah,

1. Pekerja atau pemilik kedai emas itu tidak bertanya banyak tentang emas tersebut dan menerima dengan hati terbuka untuk beli emas keluaran Public Gold.

2. Kata Pekerja atau pemilik kedai emas itu, jika ambil duit tunai (Jual) maka duit tersebut berisiko tinggi untuk habis (Kebocoran wang).

3. Jadi pekerja atau pemilik kedai emas tersebut menawarkan untuk Trade-In kepada barang kemas. Malah mereka sanggup membayar nilai yang lebih daripada tawaran asal jika memilih untuk Trade-In. (Skill Peniaga).
.

Baik, saya berikan lagi ringkasan pencerahan berkaitan dengan video tersebut.

#Pertama
Emas diterima diseluruh dunia dalam ertikata lain emas adalah matawang dunia. Jika kita bawa emas brand A,B,C sekalipun pengakhirannya pasti diterima.
.

#Kedua
Walaupun emas brand A,B,C diterima di seluruh dunia, Ketika aktivi jual emas akan berlaku penawaran belian balik dengan harga rendah atau tinggi. Ketika situasi ini, kebiasaannya harga yang ditawarkan belian balik lebih rendah dari harga pasaran.

Kenapa?

Ini hanya soal penawaran.
Kita boleh cuba ke kedai lain dan kita akan dapati harga yang ditawarkan pasti berbeza. Ketika itu barulah kita akan berpinau mata dengan tawaran-tawaran menarik.

Walaubagaimana pun, tawaran-tawaran menarik tersebut tidak semestinya sesuai dengan situasi kita. Jadi, buat keputusan dalam tempoh bertenang.
.

#Ketiga
Kebiasaannya,

Jual emas untuk dapatkan tunai = Tawaran belian balik lebih rendah.

Jual emas untuk beli emas yang baru (Trade In) = Tawaran belian balik lebih tinggi.

Kenapa?

Inilah skill yang akan digunakan oleh kedai emas untuk memujuk pengguna atau pelanggan beralih dengan memilih produk mereka. Kita akan faham tentang untung jika kita juga ada skill rundingan.

Disinilah pentingnya ilmu. Apabila kita ada ilmu, kita boleh membuat rundingan harga untuk mendapatkan harga paling maksima. Jika kita berjaya, kita akan senyum hingga telinga 😊

Dapat sesuatu?

Fairuz Aziz
‘Jongkong, Dinar & Barang Kemas yang mana lebih untung?’
‘Yang mana bagus antara Jongkong, Dinar atau Emas Perhiasan?’
‘Saya lebih suka Simpan barang kemas, boleh juga Isteri pakai’
‘Saya tidak suka barang kemas, Jongkong lebih cantik’

Saya kerap ditanya soalan dan diberikan #statement seperti di atas.

Jadi saya jawab secara ringkas berkaitan keuntungan barang kemas, jongkong atau dinar. Untuk kita lebih mudah faham dan jelas tentang ketiga item tersebut jawapannya begini,

Barang kemas = Untung
Dinar & Jongkong = Lebih Untung

Jadi, simpan barang kemas bukan tidak untung cuma keuntungan itu tidak sama dengan menyimpan jongkong atau dinar.

Tiga (3) Faktor utama menyebabkan situasi untung atau lebih untung :
1. Ketulenan
2. Caj Pembuatan
3. Spread (Harga Jual Balik)

#Pertama-Ketulenan

Barang kemas berketulenan 916, manakala Dinar & Jongkong berketulenan 999.9

Lebih tinggi kandungan emas, maka maka ianya lebih tulen dan membawa kepada nilai yang lebih mahal.

Jadi logik akalnya, lebih tulen maka lebih mahal.
.

#Kedua-Caj Pembuatan

Perbezaan paling ketara antara barang kemas dengan Jongkong atau Dinar ialah Caj Pembuatan.

Barang kemas mempunyai Caj pembuatan yang sangat tinggi. Caj pembuatan mengikut rekabentuk emas tersebut.

Lebih susah atau sukar pembuatannya maka nilai atau caj pembuatan lebih tinggi dan mahal.

Sebagai contoh untuk lebih jelas, rekabentuk barang kemas yang berpintal-pintal, berpiuh-piuh, berpilin-pilin, berbengkang-bengkok dan bersimpang siur semestinya lebih mahal daripada barang kemas yang lurus.

Kita baca dan dengar pun sudah susah, inikan pula untuk menghasilkan rekabentuk sebegitu 😁
.

#Ketiga-Spread

Antara perkara yang paling sukar sekali untuk faham tentang emas ialah Spread. Spread ialah harga belian balik. Ini bermaksud kita hanya faham ketika situasi menjual semula emas tersebut.

Di Public Gold, Dinar & Jongkong mempunyai spread yang sangat nipis sekitar 6% hingga 9%.

Barang kemas mempunyai spread yang sangat tinggi sekitar 15% hingga 40% kerana barang kemas kategori Emas terpakai (Used Gold) apabila jual disebabkan faktor calar, bengkok, patah, kemek dan sebagainya.

#Ringkasan

Nak melabur pilih jongkong emas atau dinar emas. Nak melaram pilih barang kemas. Kesemuanya untung, bezanya untung atau sangat untung.
7 contoh dan sebab kenapa seseorang itu belum mulakan simpanan emas.

#Pertama
Kita beranggapan untuk mulakan simpanan emas perlukan modal yang besar sedangkan kita boleh mula dengan modal yang kecil serendah RM100 sahaja.

#Kedua
Pemikiran kita sering diracuni tentang mahalnya emas. Jika kita pandang dari sudut yang berbeza, bukankah bagus jika kita simpan ‘benda’ yang mahal?

#Ketiga
Kita kurang kesedaran untuk menyimpan emas walaupun kita tahu ‘Nilai’ emas meningkat untuk tempoh masa yang panjang.

#Keempat
Bertangguh adalah ‘makanan’ kita. Harga emas turun kita bertangguh. Harga emas naik pun kita masih bertangguh. Akhirnya kita bertangguh sampai bila-bila.

#Kelima
Kita fikir untuk tempoh jangkamasa pendek sahaja. Sebab itu harga emas naik resah. Harga emas turun gelisah. Jika kita pandang tempoh masa panjang, kita akan sedar nilai emas cukup berbaloi untuk simpan.

#Keenam
Mental dan pemikiran telah ‘Block’ kerana fokus kita kepada keuntungan RM Bukan fokus kepada GRAM. Fokus kepada RM akan buatkan kita berhenti menyimpan emas apabila Harga emas naik. Harga emas turun pun kita berhenti.

#Ketujuh
Persoalan tentang faktor persekitaran. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya. Jika kita bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita. Jadi jika berkawan dengan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap simpanan emas, kita juga akan terkena aura menyimpan emas.
.
Kawan-kawan,
Ada orang ada duit tetapi bertangguh.
Ada orang ada duit tetapi belum bersedia.
Ada orang ada duit tetapi tidak mahu bermula.
Ada orang ada duit tetapi tidak tahu untuk mula.

Jadi duit bukan persoalannya kerana persoalan yang lebih penting ialah #Mahu atau #TidakMahu

Sedar ke sangat sedar ?? 😊

Nak belajar simpan emas, klik sini:
publicgold.me/cnf/akaun-gap