#NotaEmasNurulFaizzenπŸ’ƒ
402 subscribers
3.1K photos
217 videos
8 files
1.46K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
Emas dan ASB tak boleh compare. Ia perbandingan yang tak kena. Sebabnya Emas kita simpan nilai.

Akaun seperti ASB kita simpan nombor sahaja. Sebab nilainya semakin menurun dalam jangka panjang walaupun nombornya masih kekal.

Untuk simpanan jangka panjang, jangan simpan duit kertas. Sebaliknya simpan aset yang boleh mengekalkan nilai seperti emas, perak, hartanah dan tanah.

Akaun seperti ASB sesuai untuk simpanan jangka pendek dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, simpan emas lebih untung.

#BukuWangEmas
Wang Kertas Hilang Nilai

Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi...

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas itu masih di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

#BukuWangEmas

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus

Credit : Mohd Zulkifli Shafie
EMAS SENTIASA MAHAL. BILA WAKTU TERBAIK UNTUK BELI?

Waktu saya pertama kali beli emas tahun 2010 dulu, orang cakap "harga emas mahal sekarang".

Waktu tu sekitar RM140 per gram.

Hari ni tahun 2021 orang cakap harga emas mahal sekarang, sekitar RM260 per gram.

Kalau nak tunggu harga emas murah, memang tak akan beli sampai bila-bila sebab emas sentiasa akan mahal.

Bahkan kalau tanya nenek kita sekalipun, dulu emas pun mahal juga, RM30 per gram katanya.

Kesimpulannya, emas memang mahal sebab ia emas. Dan ia akan sentiasa mahal sampai bila-bila.

Kalau nak beli emas untuk simpanan, dapatkan sekali ilmunya. Baca #BukuWangEmas.

Orang yang ada ILMU, dia tak akan takut untuk beli emas pada bila-bila masa sekalipun. Dia tahu apa yang dia buat.

Beli emas dengan berilmu. Bukan sebab ikut-ikutan.

Kredit: Mohd Zulkifli Shafie
ππˆπ‹π€ 𝐀𝐃𝐀 πˆπ‹πŒπ”, πƒπ”πˆπ“ π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆

Bila tak ada duit, jangan sibuk nak melabur. Nanti duit yang ada itu pun akan lebur.

Bila tak ada duit, fokus simpan duit-duit yang ada tu dulu. Simpan, simpan dan simpan.

Dan paling penting, tambah ilmu kewangan banyak-banyak.

Labur pada diri sendiri dulu.

Banyak membaca buku-buku kewangan, bisnes, dan pelaburan. Itulah pelaburan terbaik dan tak akan pernah rugi.

Nanti bila dah ada ilmu, barulah duit yang banyak akan datang.

Kalau tak ada ilmu, duit yang ada di tangan itu pun akan terbang!

#BukuMisiBebasHutang
#BukuWangEmas

Sumber
π„πŒπ€π’ 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐄𝐍𝐆 π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ πŠπ„π–π€ππ†π€π

Benteng terakhir...

Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza.

Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...

Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan itu.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR...

#BukuWangEmas
#ManfaatSimpanEmas

Kredit: Zulkifli Shafie
Sudah bertahun-tahun bekerja tapi tak ada wang simpanan.

Terus buat perkara sama berulang-ulang kali, tapi mengharapkan hasil berbeza.

Itu adalah satu kebodohan kata Albert Enstien.

Buatlah perubahan mulai hari ini.

Belajar ilmu emas, mulakan simpanan emas, dan lihat hasilnya.

Saya percaya, hasilnya pasti berbeza, insyaAllah.

#BukuWangEmas #1gram1bulan
BEZA PENYIMPAN EMAS

Selfish kalau simpan ilmu emas ni sorang-sorang.

Banyak orang fikir dia tahu sangat pasal emas, tapi hakikatnya keadaan kewangan dia tak menunjukkan dia ada ilmu tentang emas.

Orang yang betul-betul tahu pasal emas, selalunya dia tak ada masalah tentang simpanan.

Ada penyimpan emas yang bergaji tak sampai RM2,000 sebulan, tapi simpanan emas dia sudah lebih 150 gram (dalam RM40k)!

Kes begini bukanlah yang terpencil.

Orang kampung pun banyak yang macam tu.

Sepanjang lebih 12 tahun mendidik masyarakat tentang emas, selalu saya jumpa orang yang pendapatannya kecil tapi simpanan emas dia mengalahkan orang bergaji besar.

Pada saya ini pencapaian yang amat membanggakan dari sudut kewangan sebab saya jumpa banyak yang bergaji lebih RM10k, tapi simpanan 3 bulan gaji (RM30k) pun belum ada!

Masih lagi terkial-kial cari instrumen pelaburan kononnya nak tambahkan kekayaan dan keluar dari masalah kewangan.

Itulah antara 'keajaiban' menyimpan emas...

#BukuWangEmas

Kredit to: Mohd Zulkifli
ASET PELABURAN PALING SELAMAT

Kata guru emas saya, penulis #BukuWangEmas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Emas fizikal tak sama dengan pelaburan aset kertas yang cuma ada nombor dan kertas sahaja.

Emas fizikal tak ada risiko sebenar selagi emas tu ada di TANGAN KITA.

Kalau harganya jatuh sekali pun, emas dalam simpanan kita masih kekal, ia tak berkurangan walaupun 1 gram sekali pun.

Harga naik turun hanyalah persoalan masa sahaja.

Disebalik pergerakan harga emas yang ada naik turun, emas pada hakikatnya tak ada risiko.

Ia tidak akan jatuh lingkup ataupun kehilangan nilai sama sekali.

P/s: 10 dinar tu terbang pergi Italy tanpa perlu declare pun.
Emas boleh dijadikan SIMPANAN, dan emas juga boleh dijadikan PELABURAN.

Kalau simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada, jangan sibuk nak melabur.

Fokus jadikan emas sebagai simpanan sahaja dulu. #BukuWangEmas