Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#ASB dan #ASBF.

Saya tak pakar. Tapi saya sentiasa rujuk nasihat pakar.

ASB hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, atau untuk siapa yang tak tahu nak labur dekat mana.

Daripada melabur sana sini dengan risiko duit tu akan lebur (sebab tak ada ilmu), ASB jauh lebih baik.

Bila tahu pasal emas, secara peribadi dah lama tak anggap ASB (dan Tabung Haji) sebagai pelaburan yang baik untuk jangka panjang.

Kalau tengok track record 20 tahun pun, sudah jelas yang emas jauh lebih menguntungkan dalam jangka panjang. Dan tentunya, NILAI emas jauh lebih kukuh berbanding biarkan duit dalam ASB.

Saya anggap emas sebagai benteng terakhir kewangan kami sekeluarga.

#TipSimpananEmas #EmasvsASB
FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR

Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (gold saver).

Bagi siapa yang masih belum ada simpanan berjumlah 6 - 12 bulan gaji, saya tak recommend beli emas untuk melabur dulu.

Fokus beli emas untuk adakan simpanan dulu.

Jangan tengok harga…

Kalau sibuk tengok harga, memang jumlah simpanan emas tak ke mana-mana (tak kaya-kaya).

Sebab asyik takut dan pening dengan harga…

Orang lain simpan emas sudah berpuluh gram, tapi dia nak beli satu gram pun takut…

Jadi apa yang penting, setiap kali ada RM100, boleh terus menabung melalui #AkaunEmasGAP.

Berdasarkan pengalaman saya membimbing lebih 1,000 penyimpan emas sejak 2017, itulah cara yang lebih baik bagi orang kebanyakan yang nak jadi lebih kaya dengan emas…

Nanti bila dah mula, kita akan faham dengan sendiri harga tinggi rendah sebab dah ada “benchmark” tersendiri.

Mindset penyimpan emas tegar ni; harga emas naik mereka tetap beli.

Bila harga turun, mereka beli lebih banyak!

Sebab mereka nak pastikan jumlah tabungan emas mereka mesti bertambah setiap bulan…

Emas bertambah, maksudnya kekayaan mereka juga bertambah…

Dengan tabungan emas itulah dia gunakan sebagai dana kecemasan keluarga, jadikan modal beli rumah, beli tanah, modal pusingan bisnes, dan kembangkan lagi hartanya lagi, lagi dan lagi…

Emas Ada Aura!

Anisah Salleh,
Fokus sebagai penyimpan emas adalah 'gram', bukan 'RM'.

#tipsimpananemas
#1kilo1keluarga