Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Jangan buang masa dengan turun naik harga emas.

Pengalaman 13 tahun saya dengan emas menunjukkan mereka yang sibuk dengan turun naik harga emas tak ke mana-mana.

Tak kaya-kaya.

Mereka sibuk dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek. Kalau berbeza pun tak seberapa.

Harga naik pun tak kaya. Kalau harga jatuh pun tak miskin.

Tapi sebab sibuk dengan harga, tabungan emas mereka tak bertambah-tambah. Mereka takut rugi dengan turun naik harga emas, tapi mereka tak sedar duit mereka bocor sebab tak cepat-cepat ditukarkan kepada emas.

Akhir sekali yang kaya dengan emas ialah mereka yang konsisten menabung emas. Harga tinggi mereka menabung, harga rendah mereka menabung lebih banyak!

Akhir sekali mereka inilah yang semakin kaya. Mereka yang tak peduli tentang harga sebab mereka tahu, harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.

Kalau harga nasi lemak Makcik Bedah pun confirm akan naik. Inikan pula emas, rumah, tanah dan aset-aset fizikal yang lain.

#TipKayaDenganEmas

Kredit: Azam Amiri
Emas tak dimakan anai-anai, tak hangus dek api.

Kalau rumah terbakar, emas ni tak terbakar.

Takat lebur emas 1,064 darjah celcius.

Untuk orang tua kita yang suka simpan duit kertas di rumah, simpan emas lebih terjamin.

#TipKayaDenganEmas
Tahap ketulenan emas.

Lagi rendah ketulenan, maksudnya lagi banyak campuran logam lain dalam emas tersebut.

Kalau warnanya kuning kemerahan, maksudnya banyak campuran tembaga. Kalau warnanya kuning cerah, maksudnya banyak campuran silver.

Lagi tinggi ketulenan emas tersebut, lebih tinggi nilainya. Tapi lebih lembut logamnya.

#TipKayaDenganEmas
Sesuai tak pajak emas untuk settle loan rumah?

Kos pajakan tu mahal, sekitar 14% setahun.

Kalau tak mampu tebus dalam masa 6 bulan (maksimum 12 bulan), pajak tak sesuai.

Sebab pajak tu nanti akan jadi beban hutang yang lebih besar berbanding loan rumah tu sendiri.

Kalau dengan buat full settlement hutang rumah tu dapat jimatkan kita lebih 10% setahun (kadar purata kenaikan harga emas), jual emas dan tutup hutang tu lebih baik.

#TipKayaDenganEmas #SoalJawabEmas
3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

#GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk mereka.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.

Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai 'life boat' dan 'insuran kekayaan' keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah... Sediakanlah payung sebelum hujan.

#TipKayaDenganEmas #1kilogram1keluarga
Simpan, korek, simpan korek!

Kalau duit simpanan asyik bocor, cuba belajar menabung emas.

Belajar paksa diri bila dapat gaji terus asingkan MINIMUM 10% pendapatan kepada simpanan.

Nanti mesti akan terkejut; sebenarnya kita mampu menabung lebih banyak dan lebih berkesan bila mula menabung emas dengan ilmu.

Kita pun tak percaya betapa mudahnya menyimpan.

𝐁𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐲𝐚𝐭/𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥-𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧/𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤;

... "𝑻𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖 𝒈𝒂𝒋𝒊𝒍𝒂𝒉..."
... "𝑶𝒉, 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖 𝒈𝒂𝒋𝒊𝒍𝒂𝒉.."
... "𝑵𝒂𝒏𝒕𝒊𝒍𝒂𝒉, 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖 𝒈𝒂𝒋𝒊.."

Ayat dan alasan ini menunjukkan, betapa lemah dan tenatnya kewangan kita, bekerja bertahun-tahun, sedikit pun tak ada lebihan untuk diri & orang tersayang.

Bangkitlah ! Audit kewangan jom!

InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
EMAS SEBAGAI BOT PENYELAMAT KEKAYAAN KITA

Berapa banyak duit kita dalam akaun bank, bila-bila masa boleh dibekukan oleh kerajaan kalau nama kita terpalit dengan AMLA.

Walaupun kita tak bersalah, tapi kalau terkena, hidup kita akan amat susah bertahun-tahun sebelum kita dapat buktikan kita tak bersalah.

Tak ada belas ihsan!

Jadi kalau ada harta beratus ribu atau berjuta, tukarkan sebahagiannya kepada emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10%.

Kalau harta RM1 juta, RM100k tukarkan kepada emas.

Itu akan jadi 'bot penyelamat' kewangan keluarga kita.

Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan baru di tempat baharu. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
Menarik. Cuba tengok komen rakan-rakan kita pada tahun 2016 tentang "Bagaimana emas boleh jadikan kewangan anda lebih baik?"

Macam mana dengan hari ni? Boleh share pengalaman sendiri sampai ke hari ni?

Share pengalaman anda klik ke posting DI SINI

Mudah-mudahan jadi inspirasi buat yang lain juga untuks sama-sama menabung emas. InsyaAllah.

#TestimoniPenyimpanEmas #TipKayaDenganEmas

Sumber
Kenaikan harga emas sekitar 20% tahun ini. Untung bersih atas kertas selepas tolak zakat 2.5% & spread 9% ialah 6.2%. Kiralah...

UPDATE:

Kiraan untuk zakat di atas apabila cukup syarat haul dan nisab. Sebab itu ditulis "Kenaikan harga emas 20% TAHUN INI" merujuk kepada emas yang dah dimiliki selama setahun.

Spread emas 9% tidaklah terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Ada yang serendah 3%, dan boleh mencecah setinhhin30%. Yang tinggi spread selalunya barang kemas.

Ini hanya kiraan keuntungan atas kertas, belum direalisasikan.

Boleh buat kiraan sendiri dengan andaian di atas

Kalau salah, saya boleh betulkan.

UPDATE 2.

Ini simulasi dengan emas yang bernilai RM100,000 setahun lalu.

Selepas setahun, dengan kenaikan 20% maka nilai sekarang ialah RM120,000

Zakat 2.5% = 3,000

Spread emas 9% = RM10,800

Jadi 120,000 - 10,800 - 3,000 = 106,200

Untung bersih atas kertas RM6,200 daripada nilai pelaburan asal RM100,000

Ia bersamaan 6.2%

Berul tak kiraan saya? Kalau ada salah, betulkan.

Perkongsian dari Tn Afyan.

Setuju ni. 6.2%. Kalau ada ilmu, keuntungan simpanan emas ni boleh pergi ke 11.2%. InsyaAllah. #TipKayaDenganEmas
Apabila ringgit lemah. Apa akan terjadi kepada harga emas?

Dengan andaian harga emas dalam USD tidak berubah maka harga emas dalam RM akan naik.

Sebab kita kena convert USD kepada RM sebelum beli emas.

Bagi melindung nilai kejatuhan duit dalam jangka panjang.

Beli emas.

Simple strategy.

Ringgit jatuh, harga emas naik. Nak selamatkan duit dari risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang, tukarkan kepada emas.

Selepas melihat Ringgit jatuh 30% tahun 2015.

Kali ni melihat nilai Ringgit jatuh kepada 4.73 per USD. Rekod terendah sejak lebih 20 tahun.

SA rasa lebih peace of mind. Tak perlu bimbang pasal kejatuhan ringgit. Alhamdulillah...
#TipKayaDenganEmas
RM340 segram. Lagi rekod baru, harga emas tertinggi dalam sejarah!

Ringgit jatuh, harga emas naik. Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun, harga emas Malaysia naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Itulah sebab mereka yang simpan emas tak resah sangat bila ringgit jatuh. Sebab kekayaan dia dah protect kekayaan dia dengan emas.

#TipKayaDenganEmas
Laku tak emas ni kalau tergores?

Atau nilainya akan jatuh?

Emas
#PublicGold tak ada masalah. Public Gold tetap beli pada harga tinggi (harga PG Buy semasa) walaupun emas ni calar, kemek atau bengkok.

Asalkan beratnya masih sama. Tapi emas jenama lain, ada syarat mereka tersendiri.

#TipKayaDenganEmas
Cantik atau hensem sahaja tak cukup. Kena tengok beberapa perkara lain lagi kalau nak pilih pasangan hidup.

Macam tu jugalah emas pelaburan. Harga paling murah tak cukup kalau nak untung. Kena tengok lagi 4 kriteria lain lagi untuk dapat keuntungan optimum.

Saya kupas secara terperinci dalam Tiktok Live saya tadi.

Emas Public Gold bukanlah paling murah. Tapi pakej terbaik untuk kita dapat keuntungan optimum dari emas pelaburan.

#TipKayaDenganEmas