#TabungHutang
OPR DAN KEHIDUPAN KITA.
Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan polisi monetari (kewangan) negara.
Apa tu? Ianya berkenaan menetapkan kadar faedah/keuntungan dari pinjaman/pembiayaan dari institusi kewangan di negara ini.
Apa kena mengena polisi monetari dengan kehidupan kita?
Melalui pelbagai instrumen kewangan yang ada, BNM boleh menaikkan atau menurunkan kadar faedah/keuntungan yang dikenakan oleh institusi kewangan kepada peminjam/pihak yang dibiayai.
Biasanya kadar ini diikat kepada Kadar Policy Semalaman (Overnight policy rate - OPR) yang diumumkan oleh BNM dari masa ke semasa. Jika kadar ini naik seperti yang diumumkan semalam, kadar pinjaman asas bank juga naik.
Bila ini naik, faedah atau keuntungan yang perlu dibayar kepada bank bagi pinjaman/pembiayaan yang ada kadar berubah akan turut naik.
Perubahan polisi ini akan mempengaruhi kehidupan kita di dalam beberapa aspek. Di antaranya:
1. Kos membuat pinjaman/pembiayaan dari bank akan meningkat.
Jika kita menjalankan perniagaan, maka kos membiayai aktiviti perniagaan akan naik bergantung kepada setakat mana kita meminjam dari atau dibiayai oleh bank
2. Kadar tukaran asing di antara Ringgit dan matawang lain akan berubah juga. Nilai Ringgit akan menjadi lebih kukuh.
Ini akan mengurangkan kos impot barangan yang masuk ke dalam negara. Jika kita beli barangan impot, harganya mungkin menurun atau pun tak naik lebih tinggi
3. Penurunan kos impot boleh menjadikan harga barangan lebih stabil. Ini akan menjadikan kadar inflasi secara keseluruhannya lebih terkawal
4. Kenaikan kos pinjaman/pembiayaan juga akan menyebabkan semua pihak lebih berhemah di dalam berbelanja, samada perbelanjaan modal (capital expenditure) atau pun perbelanjaan runcit.
Ini akan menyebabkan permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan menjadi lebih stabil dan seterusnya akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan juga stabil.
Ini menyumbang kepada kestabilan/penurunan kadar inflasi negara
5. Bagi pihak yang menjual di dalam matawang asing seperti minyak kelapa sawit, bahan petroleum dan juga gas, pendapatan mereka di dalam Ringgit akan turun kerana peningkatan nilai Ringgit.
Jadi ini akan memberi kesan ke atas keuntungan perniagaan di sektor berkenaan
Kita kena ingat Bank Negara telah menurunkan kadar OPR apabila ekonomi negara terjejas disebabkan pandemik Covid-19.
Apabila ekonomi dibuka dan mula mencapai tahap zaman sebelum pandemik, permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan yang naik mendadak di atas pelbagai sebab telah meningkatkan kos serta inflasi.
Kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas (0.25%) menggambarkan peningkatan aktiviti ekonomi dan juga keperluan untuk menangani inflasi.
Ini adalah contoh bagaimana polisi awam memberi kesan ke atas kehidupan kita sebagai ahli masyarakat.
Oleh kerana itu, kita kena peduli juga dengan perkara-perkara yang melibatkan polisi awam ini.
Yang lebih penting ialah mempastikan orang-orang yang layak diletakkan di tempat yang betul. Kelayakan biasanya ditentukan berdasarkan tahap pendidikan, kemahiran, pengalaman dan juga hatibudi orang yang berkenaan.
Jika pemilihan menyimpang dari asas-asas ini, mungkin orang yang dinaikkan itu akan membawa lebih banyak kerosakan berbanding dengan kebaikan.
Sekiranya kita diberikan peluang untuk membuat pilihan, pilihlah dengan cermat dan penuh bertanggubgjawab.
Ini adalah kerana setiap pilihan kita itu ada kesannya dan kita pun akan dipersoalkan oleh Allah SWT berkenaan pilihan yang kita buat di dunia yang sementara ini.
Kredit Datuk Nik Hasyudeen