Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Sedih tengok akaun sendiri. Eh! Bukan baru gaji ke?

Bila dah bayar komitmen semua, biasanya itulah duit nak survive bulan tu. Macam mana nak simpan. Ini pun ntah cukup tak cukup.

Sebab tu wajib kena simpan dulu. Lepas tu, barulah survive guna baki yang ada.

Seeloknya 10% dari gaji asing terus ditempat yang susahhh nak di bawa keluar. Contohnya, asb dan tabung haji. Lagi susah keluar lagi bagus sebab nak elak terrr shopping tanpa kecemasan.

Kalau dah simpan kat asb dan tabung haji pun korang kacau duit tu. Eloklah simpan dalam bentuk emas. InShaaAllah, sayangggg nak jual semata nak shopping kat sogo sebab ada buat sale.

Kalau belum kahwin, cuba simpan 30% gaji. Ya ya ya. Perit, pedih rasa tercekik. Tapi cuba lah.

Sikit2 nampak nanti simpanan tu berbukit bukit. Simpanan kecemasan perlu ada sekurangnya 3 kali ganda gaji.

Katalah gaji 3ribu. Simpanan kecemasan perlu ada 9ribu. Dah cukup simpanan kecemasan, boleh buat tabung utk rumah pula.

#SisthurAnisPublicGold
#simpanankecemasan
#suribijakuruskewangan
#SimpananKecemasan

Sediakan payung sebelum hujan, begitulah fungsi dana kecemasan akan bertindak bila keadaan memerlukan.

Tiada siapa sangka covid-19 ini boleh ubah kewangan kita hari ini, yang ada simpanan boleh menarik nafas lega.

Ada yang simpan duit tunai di rumah, ada yang simpan duit tunai di bank, ada yang simpan dalam ASB, ada yang simpan dalam Tabung Haji.

Semua simpanan tunai tersebut wajib ada bagi setiap orang yang bekerja, minimum 3 hingga 6 bulan gaji.

Jika ada lebihan simpanan boleh tukarkan sikit dalam bentuk aset.

Duit simpanan tunai untuk jangkamasa pendek, aset simpanan untuk jangkamasa panjang.

Dua-dua simpanan ada fungsi masing-masing.

Aset emas adalah harta semasa kita senang, duit bila kita sesak.

Walaupun tengah sesak perasaan sayang untuk jual emas tetap ada, Sebab rasa sayanglah simpanan emas tadi bertahan lebih lama.

Pesanan Sisthur Anis simpanlah emas waima 1 gram sebab emas adalah aset mudah untuk jual dan beli.

Tak cuba belum tahu, da cuba baru tahu..

#SisthurAnisPublicGold