Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Dinar vs Dirham
==============

Ada kawan SA tanya apa beza antara dinar dan dirham keluaran Public Gold. Kedua-dua produk ini hampir sama, berbentuk bulat.

Jawapan :

Dinar dan Dirham walau kedua-duanya berbentuk bulat tetapi kandungannya adalah dari logam yang berbeza.

Dinar adalah dari emas berketulenan 999.9, manakala Dirham dari perak berketulenan 999.9

Berat kedua-duanya juga berbeza. Ambil contoh 10 dinar dan 10 dirham. 10 dinar beratnya adalah 42.5gram manakala berat 10 dirham adalah 29.75gram.

Dari segi harga, 10 dinar hari ini adalah RM11,301/keping manakala 10 dirham harganya pada hari ini adalah RM195/keping.

Dari segi nilai tambah sebagai simpan kedua-duanya boleh dijadikan simpanan jangka panjang kerana sifat kedua-duanya kalis inflasi dan sebagai pengekal nilai.

Dirham (perak) digelar emas masa depan kerana sebahagian dari fungsi emas telah di ambil alih oleh perak dalam industri elektronik dan barangan buatan elektrik. Dijangka harga perak akan lebih bernilai pada masa hadapan.

Jika anda penyimpan emas, SA sarankan agar anda juga menyimpan perak sebagai pengimbang kepada simpanan emas.

Anisah Salleh,
Jom #SimpanEmas dan #SimpanPerak