Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais.

Ada berita penting saya nak share di sini.

Saya percaya berita ini mengembirakan pelabur emas dan perak.

2 hari lepas, pelabur lagenda dunia Warren Buffett membuat kejutan kepada pasaran dunia.

Ini kerana firma Warren Buffet, Berkshire Hathaway (bernilai USD 503 billion) dilaporkan telah menjual sebahagian besar pegangan saham perbankan mereka di Goldman Sachs dan membeli 20.9 juta saham syarikat perlombongan emas, Barrick Gold dengan nilai 563 juta USD.

Berkshire Hathaway turut menjual pegangan saham mereka dalam sektor perbankan seperti JP Morgan dan Well Fargo.

Kenapa perkara ini penting?

First sekali kita kena tahu personaliti Warren Buffett.

Beliau memegang prinsip “value investing” iaitu membeli saham syarikat-syarikat yang beliau rasakan dibawah nilai pasaran dan akan memegang saham tersebut selama yang mungkin.

Dengan membeli saham syarikat perlombongan emas Barrick Gold, Warren Buffet telah nampak potensi emas untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Warren Buffett dilihat mengelakkan diri dari melabur di dalam saham syarikat lombong emas.

Saya rasa gembira 😆.

Ini bermaksud, pelabur emas dan perak berada di landasan yang betul.

Jika pelabur lagenda dunia sudah join sekaki membeli saham pelombong emas, kita patut rasa gembira.

Covid-19 menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mencetak wang secara berleluasa, diatas nama stimulasi ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, risiko inflasi akan berlaku. Nilai duit akan jatuh.

Emas dan perak adalah aset kalis inflasi. Jadi bila inflasi tinggi maka harga emas dan perak akan menaik.

Gais, sekarang masa untuk membeli emas dan perak. Simpan untuk jangka masa panjang (2 tahun ke atas)

Simpan dengan senyuman 😄.

Anda berada di landasan yang betul.

Sila #share maklumat ini.

#PerkongsianDariMentorEmasku
#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant