Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
225 subscribers
6.45K photos
335 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,

Minggu ini harga emas tertinggi adalah 1692 USD. Namun ia ditutup rendah pada 1673.10 USD.

Ia berikutan wabak koronavirus yang merebak dengan serius di negara-negara luar daripada China.

Harga emas masih belum mencecah harga psikologi 1700 USD.

Namun jika kes-kes jangkitan dan kematian akibat koronavirus semakin tinggi hujung minggu ini (terutamanya di US) maka kita dijangka akan melihat harga emas boleh memecahkan harga psikologi 1700 USD minggu hadapan 😁

Koronavirus menjejaskan aktiviti manusia. Ia menimbulkan rasa panik, sekolah, universiti dan kilang ditutup.

Orang akan mengelak daripada pergi shopping mall, makan diluar, tengok wayang, travelling, bersukan dan pergi ke aktiviti yang melibatkan khalayak ramai.

Ini menjejaskan bisnes, keuntungan banyak syarikat, pendapatan peniaga-peniaga dan juga gaji pekerja.

Pelabur akan jual saham dan duit ini akan diletakkan ke dalam aset selamat seperti treasury bond, t-bill dan logam berharga emas dan perak.

Peningkatan permintaan ini akan memacu harga emas dan perak naik lebih tinggi.

Selagi tidak ada ubat/vaksin untuk membendung koronavirus maka harapan untuk kita melihat harga emas jatuh adalah pudar.

Jika vaksin koronavirus berjaya ditemui... baru ada harapan untuk harga emas dan perak jatuh.

Buat masa ini, beli emas dan pegang rapat-rapat ye! 💪

#NotaSifuEmasqu