Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
225 subscribers
6.44K photos
335 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Selamat datang harga 1900 USD πŸ₯³

Kalau kita lihat gambar, semua kenaikan harga berlaku pada sesi New York.

Kenaikan hari ini didorong oleh tindakbalas China yang mengarahkan pejabat konsulat US di Chengdu ditutup.

Sebelum ini US telah mengarahkan agar pejabat konsulat China di Houston ditutup.

Ini membayangkan yang China tidak takut dan tidak tunduk dengan US.

β€œYou nak gaduh dengan i ? Silakan” kata China. 🀜🏻 πŸ€›

Siapa menang?
Emas dan Perak.

Gais, emas dan perak boleh pergi lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Faktor fundamental dilihat mendorong harga emas naik lebih tinggi.

Antaranya adalah:

1. Ancaman Covid-19,
2. pakej rangsangan trillion Dollar oleh US dan Kesatuan Eropah (baca sebagai cetak duit)
3. Pergeseran diantara US dan China.

Phew.. jarang kita boleh jumpa insiden-insiden besar ini berlaku serentak.

Beli emas dan perak sekarang dan nikmati kenaikannya dalam jangka masa 2-3 tahun lagi

#NotaSifuEmasku
Gold jatuh disebabkan pelabur-pelabur di US menukar portfolio pelaburan.

Kenaikan pulangan dalam 10 tahun US Treasury melebihi 1.1% menyebabkan pelabur-pelabur besar menjual emas (aset yang tidak memberikan pulangan) .

Mereka (pelabur dan institusi besar) kemudiannya membeli US Treasury (aset yang memberikan pulangan, walaupun ciput).

Penukaran portfolio ini menyebabkan harga emas dan perak jatuh banyak.

Namun untuk pelabur-pelabur di Timur, kejatuhan harga emas menyebabkan kita berpeluang membeli emas fizikal pada harga diskaun πŸ‘

Setiap kejatuhan besar seperti ini adalah peluang membeli emas.

Ia bukan datang setiap hari.

#NotaSifuEmasku
Ada 2 perkembangan menarik berlaku hari ini.

Pertama:
President Trump mengistiharkan darurat untuk negeri Washington bermula hari ini sehingga 24 Januari 2021.

Ini berpunca daripada rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong Trump. Mereka telah menceroboh ke dalam bangunan US Capitol Rabu minggu lepas. Dalam insiden berkenaan 5 orang telah kehilangan nyawa.

Kemudian FBI memaklumkan bahawa ada ancaman serangan bersenjata akan berlaku ketika majlis angkat sumpah president Joe Biden.

Ancaman serangan bersenjata dan pencerobohan US Capitol mengakibatkan darurat diisytiharkan untuk negeri Washington DC.

Situasi kacau bilau dan tidak menentu menjadi faktor emas naik. Ini kerana pada waktu ini emas dilihat sebagai aset selamat.

Jika situasi kacau bilau berlarutan di US maka harga emas akan terus menaik.

Saya membayangkan jika serangan bersenjata berlaku besar-besaran di US maka kacau bilau yang luar biasa akan berlaku. US akan huru-hara.

Kita tidak tahu apakah tragedi yang akan berlaku mulai sekarang sehingga hari angkat sumpah Joe Biden pada 20/1/2021 nanti.

Jadi kita hanya boleh lihat dari jauh.

Kedua:
Kerajaan Malaysia turut mengumumkan perintah Darurat hari ini.

Namun ia disebabkan ancaman Covid-19. Kesan daripada pengumuman darurat ini, pasaran saham Malaysia jatuh dan nilai RM jatuh berbanding USD.

Bila nilai RM jatuh berbanding USD, maka secara tidak langsung harga emas akan meningkat.

Ini kerana harga emas dunia disebut dalam US Dollar.

Kelemahan dalam nilai Ringgit menyebabkan kita memerlukan lebih banyak ringgit untuk membeli USD.

Kedua dua insiden ini menyebabkan harga emas naik.

Jadi untuk pelabur dan penyimpan emas, 2021 saya lihat sebagai tahun dimana emas masih dalam trend menaik.

Masih ada faktor-faktor fundamental yang menyokong kenaikan harga emas.

Jadi, simpanlah emas dengan senyuman 😁

#NotaSifuEmasku
#SisthurAnisPublicGold
Gais,

Quick update.

Harga emas sekarang sedang menaik. Apa sebabnya?

Jawapan: Ia disebabkan oleh pandangan daripada Janet Yellen, bakal setiausaha kewangan US.

Yellen menggesa penggubal undang-undang US untuk MENAMBAHKAN PERBELANJAAN untuk program bantuan Covid-19 us.

Bayangkan.

Bakal presiden US, Joe Biden mencadangkan pakej bantuan/ransangan bernilai 1.9 trillion USD yakni cetakan duit yang terlalu tinggi. Tambah pula dengan cadangan Yellen untuk tambah lagi nilai bantuan.

Bila duit yang terlalu banyak masuk kedalam ekonomi, ia menyebabkan risiko inflasi naik. Maklumlah, semua orang ada duit. Semua orang spend duit. Jadi risiko inflasi adalah tinggi.

Jadi, emas dilihat sebagai aset yang boleh melindung nilai daripda inflasi.

Jadi pelabur mula memberikan perhatian kepada emas.

Sebab itu kita lihat harga emas sudah naik.

Gais. Ini adalah contoh bagaimana news boleh menggerakkan harga emas.

Yellen baru buka mulut nak suruh tambah duit bantuan, emas dah naik.

Tapi kita kat Malaysia nie, majoriti adalah pelabur emas fizikal.

Bila harga emas turun, kita rasa gembira. Sebab kita boleh beli aset mahal pada harga murah.

Bila harga menaik balik, kita juga gembira. Sebab aset kita naik harga.

Apapun. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.

Keep that in your mind.

#NotaSifuEmasku
PGBO sekalian.

Selain daripada emas, silver juga pelaburan yang saya rasa sangat bagus.

Saya sangat recommend untuk anda memasukkan silver ke dalam portfolio pelaburan anda.

Minima letakkan 20% dalam silver dalam portfolio (jika baru nak start)

Jika anda lihat prestasi silver sejak setahun lepas, peratus kenaikan harganya lebih bagus untuk emas.

Jadi jika silver pun boleh untung, masukkan silver kedalam portfolio anda.

Kelebihan silver adalah harganya jauh lebih murah berbanding emas dan potensi kenaikan harganya lebih tinggi dari emas.

Kelemahan silver adalah, jika trend harganya adalah menurun maka peratus penurunannya juga lebih banyak dari emas.

Ia juga sukar digadaikan di Arrahnu. Biasanya mereka tak terima. Tapi kalau jenama Public Gold, anda boleh gadaikan silver bar tersebut kat mana-mana opis Public Gold (under koperasi dagang emas).

Untuk melabur di dalam silver, saya cadangkan anda pegang sekurang-kurangnya 3 tahun. Itu yang terbaik.

Terdapat 2 cara melabur silver di Public Gold.

Paling mudah, murah dan patuh syariah adalah membuka akaun simpanan silver SAP (Silver accumulation program)

Cara kedua, anda boleh terus beli jongkong silver 250g, 500g dan 1kg.

Public Gold menyediakan kemudahan pos jongkong silver kerumah anda dengan berlindungan insurans (maksima 1kg dalam 1 parcel).

Jika emas boleh untung, silver boleh untung. Maka masukkan aje kedua-duanya dalam portfolio pelaburan anda πŸ˜„

#NotaSifuEmasku
Berita baik nak bagitau!

Bilakah anda boleh keluarkan suku dinar daripada akaun GAP?

Well, saya nak bagitau berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang :)

Suku dinar emas edisi Masjid Sheikh Zayed boleh dikeluarkan daripada akaun GAP anda mulai 10/10/2022 jam 10.00 pagi..

tudiaaaaa.... tengok gambar dia.

Gold premium sekeping adalah RM20 sekeping dan anda boleh buat GIT terus ke depan rumah anda.

Jadi, silakan top-up akaun GAP anda dengan seyuman dan withdraw suku dinar ini pada 10/10/22 jam 10.00 pagi :)

#NotaSifuEmasku