Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,
Saya nak share 2 tips bagaimana anda menyimpan duit/emas dengan pantas.

Tips ini saya belajar daripada buku Chef Li "𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆"

2 tips ini menyebabkan saya sangat seronok menyimpan, samada duit atau emas.

Kenapa? Sebab tips ini menukar mindset saya tentang menyimpan duit. Ia menukar cara saya berfikir.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠.
Banyak pakar kewangan meletakkan target menabung/menyimpan sebanyak X% daripada gaji.

Contohnya 10%, 20% dan sebagainya. Jadi jika anda mengamalkan tips ini, ia meletakkan had kepada tabungan/simpanan anda.

Namun, ia akan jadi lebih bagus jika anda tambahkan prinsip menabung tanpa menghitung ke dalam target simpanan anda.

Contohnya: Simpan minima 10% dari gaji + menabung tanpa menghitung.
Prinsip ini menyebabkan anda langsung tak meletakkan had keatas tabungan anda. Ada duit extra, masuk tabung simpanan... ada duit extra.. masuk tabung simpanan.

Anda tak perlu kira berapa nilai RM yang anda masuk tabung simpanan. Masuk ajer...

Bila saya terapkan prinsip ini dalam strategi menyimpan, otak saya rasa segar dan rasa kebebasan.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐮𝐭𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦.

Apa akan jadi kalau kita lapar? Kita mesti pergi cari makanan bukan? Kalau haus? Mesti nak minum air bukan?
Sebab itu adalah fitrah manusia kan? Kalau tak makan atau tak minum.. boleh mati jawabnya.. hehehe...

Jadi, jika otak kita menganggap menabung sama penting dengan makan dan minum maka kita akan jadi lebih serius untuk menabung duit.
Asal lapar ajer ingat menabung.. asal dahaga aja.. ingat menabung. Tedia.. walaupun ia nampak ekstrem, tapi percayalah, ia boleh membantu anda menabung dengan pantas.

Gais, salah satu sebab kenapa saya suka baca buku Chef Li ini adalah kerana beliau bercerita pengalaman sebenar hidup dia.

Dia pernah berhutang beratus ribu dengan bank dan berpuluh ribu ringgit dengan kawan-kawan dan hampir seratus ribu ringgit dengan pembekal bahan mentah.

Dia pernah berada dalam situasi hampir hilang kewarasan, pernah mengayuh basikal puluhan kilometer seperti orang kebingungan dan tidak siuman. Dia juga mula bercakap sendirian..

Namun, beliau berjaya keluar dari masalah hutang ini dan berjaya menyimpan duit yang banyak. Alhamdulillah.

Pengalaman sebenar beliau menyebabkan buku yang beliau tulis mempunyai 'roh'.

Saya suka membaca buku-buku seperti ini.

Memandangkan ia memberi kesan kepada saya, maka saya nak share dengan rakan-rakan FB saya. Biar mesej ini sampai kepada ramai orang.

Orang yang mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit jauh lebih baik dari orang yang cuma tinggal puluhan ringggit dalam akaun bank dan tak nak belajar teknik menabung.

Sila share tips ini dengan rakan-rakan anda. Semoga mereka mendapat manfaat.

#NotaMentorSisthurAnis