Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.53K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#MotivasiBisnes

Kekuatan dari dalam diri

Teruskan iklan walaupun :
💴 walaupun friendlist fb tak belanja like
💴 walaupun family sendiri tak beli apa kita jual
💴 walaupun kawan sendiri tak pernah bagi semangat
💴 walaupun kadang terasa down sebab tiada siapa sudi tanya harga
💴 walaupun terpaksa terima sindiran dari orang sekeliling
💴 walaupun untung sikit tapi kita kerja keras
💴 walaupun ada kawan fb yang akan remove kita dari friendlist diorang

Sebab bisnes mengajar kita erti tawakkal. Tawakkal selepas berusaha💪.

Kerana bisnes mengajar kita berfikiran positif dengan orang-orang disekeliling kita. 😊

Kerana bisnes kita belajar bersabar mengendalikan emosi apabila berhadapan dengan pelanggan yang cerewet. Belajar untuk menerima teguran, belajar mengakui kelemahan diri, belajar berdikari.

Kerana bisnes mengajar kita erti pentingnya silaturrahim. Kerana bisnes menjadikan kita manusia yang tidak pernah berputus asa.

Jadi berbisnes lah walaupun anda sudah kaya. Supaya dapat memupuk sifat positif dalam diri.. 😍

Semoga dipermudahkan segala urusan & dilimpahkan rezeki.

Bismillah.

Anisah Salleh,
Rakan Bisnes Anda.