Soalan:
Tuan. Harga emas dah jatuh. Nak tunggu atau nak beli sekarang?
Jawapan: Kejatuhan harga emas (termasuk perak, minyak, saham dan bitcoin juga) didorong oleh penjualan besar-besaran akibat situasi panik dalam pasaran. Pemacu utamanya ialah koronavirus. Ia semakin merebak dan tidak ada tanda-tanda akan surut.
Pedagang dan pelabur terpaksa menjual saham/emas bagi menampung kerugian yang mereka alami dan ada yang menjual bagi mengelakkan daripada kerugian yang lebih besar. Jadi jualan panik menyebabkan banyak instrumen mengalami kejatuhan harga.
Semalam (13/3/2020) President Trump telah mengistiharkan koronavirus sebagai "kecemasan negara" . Sebelum itu, Trump telah mengeluarkan larangan perjalanan keatas 26 negara Eropah daripada memasuki US. Ia bertujuan mengelakkan penyebaran koronavirus daripada masuk ke dalam US.
Untuk pengetahuan anda, sekarang ini US sudah ada 2000 kes jangkitan koronavirus dengan 43 kematian.
Baik, untuk menjawab samada sesuai membeli atau tidak? Saya akan menggunakan analisis teknikal harga emas. Pada pendapat saya analisis teknikal harga emas boleh dijadikan panduan yang baik.
Sila rujuk graf harga emas di bawah. Dengan menggunakan kaedah Fibonacci retracement, kita dapat melihat beberapa maklumat dengan jelas.
1. Harga emas tertinggi tahun ini adalah 1703 usd/Oz. Sepanjang 1 minggu ini harga emas jatuh sehingga melepasi garisan Fibonacci retracement 61.80% @ 1545 usd
Sekarang harga emas ditutup pada harga 1529 usd iaitu dibawah garisan Fibonacci retracement 61.80%
Dengan andaian harga emas dalam trend menaik dan kejatuhan ini adalah satu pembetulan harga, maka membeli emas dibawah garisan Fibonacci retracement 61.8% adalah tindakan yang bagus.
Dari segi peratus, harga emas sekarang jatuh 10.22% (daripada 1703 usd kepada 1529 usd. Jadi anda jimat 10.22% berbanding membeli pada harga puncak.
Analisis teknikal harga emas adalah panduan sahaja ok.
Nanti Isnin bila market buka, maka harga akan bergerak naik dan turun mengikut berita-berita yang berkaitan.
Harga psikologi adalah 1500 usd (belum dipecahkan lagi). Kalau berjaya pecah, ada satu lagi harga strong support @ 1450 USD.
Jadi, sesuai tak beli emas pada harga sekarang? Jawapan pendeknya: YA boleh.
Kalau ada orang tanya. Silakan #share info ini. Terima kasih 😀
#KreditMentorEmasqu