Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
225 subscribers
6.46K photos
335 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,

Semalam stock market jatuh sebanyak 1031 mata, antara kejatuhan tertinggi dalam 3 tahun.

Dari segi logik, sepatutnya kejatuhan pasaran saham bermaksud harga emas boleh naik semalam.

Namun harga emas dalam trend menurun juga. Seolah-olah trader semalam menjual saham termasuk emas dan perak sekali.

Andaian yang saya boleh buat adalah "adanya aktiviti-aktiviti daripada bank-bank besar untuk mengambil untung dengan memanipulasikan pasaran"

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Bila pasaran tidak bagus, ramai pedagang-pedagang kecil (retail investor) akan membuka posisi BUY untuk emas dan perak.

Biasanya trader-trader ini akan trade spot gold, spot silver, CFD (Contract for Difference) atau gold/silver futures. Mereka akan buka position, set target profit dan stop loss.

Jadi trader kat bank-bank besar akan menjadi "lawan mereka". Trader-trader ini mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pasaran untuk jatuh.

Ini boleh merugikan trader-trader kecil yang trade spot gold/spot silver/CFD dan futures. Silap-silap mereka boleh kehilangan semua modal (margin call).

Sila tonton video ini untuk penjelasan: https://youtu.be/Lvq0t0eQOG4

Saya percaya ramai pembaca posting saya tidak trade spot gold/spot silver/CFD dan futures kan? You guys beli dan jual emas fizikal kan?

Jadi untuk pembeli emas fizikal, harga jatuh bermaksud peluang beli. Kalau terbeli waktu harga tinggi dan kalau jatuh harga pun, anda tetap ada emas fizikal dalam tangan. Anda tak akan hilang modal. 100% selamat.

#Kredit:SifuEmasku