Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.55K photos
339 videos
9 files
1.83K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,

Hari ini orang berpusu-pusu mengunjungi pajak gadai.

Tujuannya ialah untuk memajak barang berharga (biasanya emas) untuk mendapatkan wang.

Namun saya nak bagi tips sikit.

Gunakan pajak gadai Islam (ArRahn). Saya nak bagi 2 sebab.

Sebab pertama adalah untuk mengelakkan terlibat dengan riba.

Arrahnu pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah/riba atas pinjaman sebaliknya mengenakan upah simpan keatas barang yang digadaikan. Riba adalah dosa besar dalam Islam. Jangan terlibat.

Kedua, yang penting penting penting (got it?) ialah bagi mengelakkan daripada penindasan.

Dah ler orang yang pergi gadai tu biasanya susah dan kesempitan wang, jika mereka tak boleh bayar dalam tempoh yang ditetapkan maka risiko penindasan sangat tinggi.

Contoh penindasan adalah jika anda gagal membayar pinjaman dan interest, biasanya pajak gadai konvensional akan mengambil barangan anda menjadi milik mereka dan anda tidak mendapat sebarang pampasan. Zero.

Arrahnu pula tidak sesekali berbuat demikian.

Jika anda gagal membayar pinjaman dan upah simpan, Arrahnu akan melelong emas anda.

Namun hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk menebus semula pinjaman dan upah simpan (serta kos-kos berkaitan lelongan) dan jika ada lebihan maka lebihan itu akan DIPULANGKAN kepada penggadai.

Arrahn tidak akan mengambil hak anda. Mereka cuma ambil hak mereka.

Namun malang sekali sebab masih ramai lagi orang di luar sana tak tahu menahu pasal pajak gadai Islam Arrahn.

Mereka masih menggunakan pajak gadai konvensional untuk mendapatkan wang.

Sila sebarkan ilmu ini.

#IslamicVsKonvensional