Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
1001 CERITA!

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah..

Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Dan bukan mudah nak gambarkan perasaan bila diberi peluang..

untuk menyantuni jemputan istimewa..

dari Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) cawangan Johor, iaitu Tn. Khusaini Saimon.

Bertempat di Pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Taman Sri Pulai, Johor Bahru..

Sisthur Anis dijemput untuk berkongsi ilmu tentang simpanan emas Public Gold..

bersama lebih kurang 30 orang ahli persatuan mereka.

Rasa kecil sangat diri ini.

Dalam kekurangan yang mereka alami, semangat mereka untuk terus belajar, mencari ilmu,

dan menambah nilai dalam hidup sangat-sangat menginspirasi.

Bila Sisthur Anis melangkah masuk tadi, sambutan mereka sangat mesra dengan panggilan ‘Uder’..

Kenapa ‘Uder’ next story Sisthur Anis kongsikan..

Ada yang tanya, “Uder, Kami ni tak nampak dunia luar,

tapi kami nak cari jalan simpan apa yang kami ada untuk masa depan.”

Allahuakbar… Menitis air mata Sisthur Anis dengar kata-kata mereka.

Betapa mereka yakin, walaupun diuji dengan kekurangan, masa depan tetap perlu dirancang.

Dan hari ini, mereka berusaha mengambil langkah pertama dengan ilmu emas.

Doakan Sisthur Anis ya, sahabat semua!

Semoga setiap perkongsian kecil Sisthur Anis pagi tadi mampu membuka jalan baru buat mereka.

Dan semoga Allah terus beri rezeki kepada kita semua untuk saling membantu dan menyantuni.

Simpan biar sikit, yang penting konsisten.

Kalau mereka mampu mula walau dengan sekecil RM100, apa lagi alasan kita?

Terima kasih sekali lagi kepada SBM Johor atas jemputan ini.

Hari ini bukan Sisthur Anis yang beri hadiah ilmu kepada mereka…

tapi Sisthur Anis lah yang dapat hadiah pengalaman dan pengajaran yang sangat bermakna.

Begitulah.

Anisah Salleh,
Hidup ini tentang peluang dan usaha.

Kalau mereka yang diuji mampu bermula, kita yang sihat ni apa lagi alasan kita?😌

#PublicGold #SimpanEmas #SimpanSikitKonsisten #InspirasiHidup #HariWargaEmasSBMJohor