Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
BIARKAN DALAM KWSP ATAU BELI EMAS?

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

“Tapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, “ada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan 'masalah' majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

“Saya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang
Perkongsian dari mentor emas SA, En Zul.

Cantik dan menarik item emas ni.

Saiznya lebih besar dari item 1 dinar (4.25 gram) keluaran #PublicGold, tapi item ni beratnya cuma 0.2 gram!

Saiznya (diameter) besar sebab ianya sangat-sangat nipis...

Sebenarnya saya pun excited tengok emas ni.

Cuma apa yang kita kena tahu, ini betul-betul item emas koleksi, bukan emas pelaburan.

Selain harga per gram sangat mahal, emas 0.2 gram ni tak ada nilai langsung untuk pajak atau jual balik. Bahkan kalau buka seal dia ni nanti keluar macam habuk jer...

Sebab terlalu nipis...

Beli sebagai koleksi atau hadiah tak ada masalah. Tapi bukan untuk pelaburan.

Untuk pelaburan, kena ambil kira 5 kriteria penting sebagaimana yang saya tulis dalam #BukuWangEmas
𝗧𝗜𝗣 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨

𝗧𝗜𝗣 𝟭 :
𝗠𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗷𝗲𝘁 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮.

Tujuannya supaya kita mendapatkan pengalaman pertama menabung emas serta mendapat tanda aras harga sendiri.

𝗧𝗜𝗣 𝟮 :
𝗣𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻.

Supaya dapat feel sebenar menabung emas. Emas milik sendiri feelnya luar biasa dan lebih motivasi untuk menabung emas seterusnya.

Kalau menabung emas melalui Akaun Emas GAP, keluarkan sedikit dalam bentuk emas fizikal.

𝗧𝗜𝗣 𝟯:
𝗞𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺 𝟭 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗠.

Tujuannya memupuk tabiat menyimpan secara konsisten tanpa culas.

𝗧𝗜𝗣 𝟰 :
𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗲𝗺𝗮𝘀, 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗹𝗸 𝗦𝗵𝗼𝘄 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗚𝟭𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗚𝗼𝗹𝗱. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮.

Menambah kefahaman tentang emas dan keuntungan menabung emas.

𝗧𝗜𝗣 𝟱 :
𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀.

Paling baik baca
#BukuMenyingkapRahsiaPelaburanEmas #BukuWangEmas dan #MisiBebasHutang tulisan mentor Sisthur Anis, En Syukor Hashim dan En Mohd Zulkifli Shafie.

Link beli buku di PG Mall:
💢
https://pgmall.my/p/PBAJ/C336?referralPgCode=mypg.anisahsalleh@gmail.com
💢
https://pgmall.my/p/SC83/5797?referralPgCode=mypg.anisahsalleh@gmail.com

Tujuannya supaya ilmu yang dapat daripada seminar kita mantapkan dengan membaca.

𝗧𝗜𝗣 𝟲 : 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁-𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗘𝗻 𝗦𝘆𝘂𝗸𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗘𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗶𝗳𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗳𝗶𝗲.

Tujuannya supaya kita dapat up date terbaru berita tentang emas, tip-tip, dan nasihat-nasihat simpanan emas yang betul dan selamat.

Begitulah.

𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗔𝗱𝗮 𝗔𝘂𝗿𝗮!⚡️
Are you ready gais?💪

Nak belajar simpan emas, klik link wasap di bawah👇
💢
http://emasadaaura.wasap.click/
ORANG BIASA SIMPAN NOMBOR, TAPI ORANG KAYA SIMPAN NILAI

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan “savers are losers”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil
#1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui
#AkaunEmasGAP di #PublicGold.

Anda Boleh klik ke official website untuk info2 lanjut
https://bit.ly/PublicGold_AnisahSalleh

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

#BukuWangEmas
#testimonipenyimpanemas
Perkongsian Tn Ashrul

Sepatutnya 9 tahun, tapi dapat jimat 5 tahun.

Sempena Harga Emas tertinggi dalam sejarah saya sebagai penyimpan Emas ambil peluang untuk tutup hutang kereta.

Kalau saya bayar ikut jadual, bayaran saya akan jadi RM26,125.60.

Kalau saya full settlement bulan ni, saya dapat jimat RM3,643.41.

Alhamdulillah.

Rasa sayang nak jual Emas saya ni, yelaa nak dapat harga macam dulu memang takkan dapat lagi.

Berbekal kan ilmu dari
#bukuwangEmas penulisan Tuan Mohd Zulkifli Shafie , harga Emas memang sentiasa mahal.

Tak ada satu zaman pun harga Emas murah.

Mengikut pengalaman saya dari tahun 2021, apa yang dikatakan mentor tu betul.

Harga Emas tak pernah murah, setiap masa mahal.

Jadi saya ambil keputusan jual sahaja Emas ni dan bermula bulan depan saya boleh simpan lebih banyak dari harini.

Emas ni bukan sekadar beli harga rendah jual harga tinggi, dari sudut kewangan Emas ni banyak membantu kukuhkan kewangan saya.

Apa yang saya buat untuk langsaikan hutang kereta ni awal 4 tahun ialah sambil saya membayar hutang setiap bulan sambil saya focus penambahan gram Emas setiap bulan.

Dalam masa yang sama bila harga Emas capai harga tertinggi RM455 per gram, saya ambil keputusan untuk tutup hutang kereta yang berbaki RM22,482.19 dengan simpanan Emas saya.

Dalam kewangan dan simpanan Emas, saya selalu lihat pada 5 checkpoint kewangan yang dikongsi oleh mentor.

1- Aliran Tunai Positif.
2- Simpanan Kecemasan 3 bulan gaji.
3- Bebas Hutang Negatif.
4- Kewangan Selamat 6-12 bulan gaji.
5- Bebas Kewangan

Dari kelima-lima checkpoint ni saya dah capai 2.

InsyaAllah akan datang saya akan settlekan hutang rumah dan akan capai 5 checkpoint kewangan ni.

Doakan saya.
TERBELI HARGA MAHAL

Kesilapan banyak pelabur emas, bila beli harga mahal, dia tunggu belian mahal tu untung dulu baru nak tambah belian seterusnya.

Jadi dia stuck dekat situ.

Tak tahu apa nak buat sebab belian pertama belum untung lagi katanya.

Sepatutnya dia ambil peluang ketika harga emas rendah untuk tambah lagi belian supaya dapat kurangkan kos belian pertama yang mahal tu.

Jadi bila harga emas naik balik, dia dah untung kalau nak jual pun.

Itu tip penting yang
#PelaburEmas kena tahu.

#BukuWangEmas

Kredit foto Tuan Muda Azam Amiri