Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#AwardPG

PUBLIC GOLD AWARD RECOGNITION NIGHT FY2020/21

Bismillah.

Majlis Public Gold Award Recognition (ARN) tanda penghargaan bagi menghargai usaha dan kesungguhan dealer atau Public Gold Business Owner (PGBO) dalam tempoh setahun kewangan PG Group, dari Mac 2020 hingga April 2021.

Alhamdulillah Wa Syukurillah.

Tahun ini tahun yang ke-4 Sisthur Anis bersama PG Group. Terima kasih buat 1000 orang penyimpan dan pelabur emas di bawah empayar SA yang memberi kepercayaan dealership SA untuk membimbing kalian.

Tanpa anda semua siapalah Sisthur Anis hari ini.

Anda semua memang hebat luar biasa!

Alhamdulillah. Asbab platform Public Gold ini dan sempena ARN kali ini, Sisthur Anis dapat 4 anugerah dari PG berbanding tahun sebelum ini hanya 1 anugerah.

1️⃣ 🏆 CLUB 100 : SA berjaya membimbing lebih 100 orang baru dalam masa setahun.

2️⃣ 🏆 MASTER DEALER : SA berjaya membimbing lebih 300 orang dan personal sales melebihi RM300k.

3️⃣ 🏆 SUPERSTAR PRODUCER : SA berjaya mencapai personal sales melebihi RM300k setahun.

4️⃣ 🏆 LEADERSHIP SEMINAR (SOUTH EAST ASIA / PERCUTIAN PERCUMA KE THAILAND) : SA berjaya mencapai personal sales melebihi RM600k dan dapat 100 recruitment setahun.

Syukran. Thank you Allah.

Terima kasih tak terhingga buat mak ayah, suami tercinta, anak anak dan family yang sentiasa memberi sokongan, semangat dan mendoakan kejayaanku ini.

Terima kasih juga kepada founder PG Group Dato’ Wira Louis Ng kerana menyediakan platform emas dan bisnes yang terbaik sejak tahun 2008 lagi.

Jutaan terima kasih kepada Mentor PG Group En Syukor Hashim, Cik Jonaina Nordin, Mama Azizah Hassan, Bonda Mazlifah Omar aka Kak Ina selaku introducer dan juga Mentor MyPG yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar yang tak jemu jemu untuk Sisthur Anis berada sebaris dengan yang lain.

Dan tak lupa terima kasih pada staff PG di seluruh Malaysia khususnya PG Branch JB yang banyak membantu.

Dengan award ini juga menjadi penanda aras untuk Sisthur Anis terus maju bersama PG Group dalam usaha membantu lebih ramai lagi penyimpan dan pelabur emas dengan ilmu yang betul pada masa akan datang. InShaAllah.

Building A Lifetime Empire & Grow Together.

“Gold, Secure Your Future”

Nor Anisah Mohd Salleh
Master Dealer PG Group

#SisthurAnisPublicGold
#MyPG #GrowTogether
#PublicGold #PGJB #PublicGoldJB
#PGJewel #PGMall #AuroraItalia