Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.49K photos
336 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Ikut graf sekarang esok boleh naik RM264-RM266. Masuk gaji simpan dulu gais. Ada lagi 15 minit untuk tambah gram. ๐Ÿคฉ
Gais,

Quick update.

Harga emas sekarang sedang menaik. Apa sebabnya?

Jawapan: Ia disebabkan oleh pandangan daripada Janet Yellen, bakal setiausaha kewangan US.

Yellen menggesa penggubal undang-undang US untuk MENAMBAHKAN PERBELANJAAN untuk program bantuan Covid-19 us.

Bayangkan.

Bakal presiden US, Joe Biden mencadangkan pakej bantuan/ransangan bernilai 1.9 trillion USD yakni cetakan duit yang terlalu tinggi. Tambah pula dengan cadangan Yellen untuk tambah lagi nilai bantuan.

Bila duit yang terlalu banyak masuk kedalam ekonomi, ia menyebabkan risiko inflasi naik. Maklumlah, semua orang ada duit. Semua orang spend duit. Jadi risiko inflasi adalah tinggi.

Jadi, emas dilihat sebagai aset yang boleh melindung nilai daripda inflasi.

Jadi pelabur mula memberikan perhatian kepada emas.

Sebab itu kita lihat harga emas sudah naik.

Gais. Ini adalah contoh bagaimana news boleh menggerakkan harga emas.

Yellen baru buka mulut nak suruh tambah duit bantuan, emas dah naik.

Tapi kita kat Malaysia nie, majoriti adalah pelabur emas fizikal.

Bila harga emas turun, kita rasa gembira. Sebab kita boleh beli aset mahal pada harga murah.

Bila harga menaik balik, kita juga gembira. Sebab aset kita naik harga.

Apapun. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.

Keep that in your mind.

#NotaSifuEmasku
Artikel Star Biz Wealth hari ini
#ScammerAlert

Perkara paling asas dalam apa jua pelaburan adalah melabur dalam ilmu terlebih dahulu.

Beli emas pastikan dapat emas fizikal.

Kata mentor ilmu emas itu lebih penting dari alatnya.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K
Gais,

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

๐๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ฐ๐š๐ฆ.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih ๐Ÿ˜ƒ

๐๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐ก๐ฅ๐ข.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '๐’˜๐’‚'๐’‚๐’…' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’Š๐’”๐’š ๐‘ฑ๐’Š๐’…๐’…๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.
APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (0.3g++).

Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.
Hari ini 18/01/2021 segram emas harganya RM261.

Kalau korang nak mula terus simpan 10g kiraanya adalah RM261 x 10g = RM2610

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Antara kelebihan GAP ialah:

1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

3. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

4. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.

5. Tiada komitmen bulanan.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

Info tambahan:
Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.
#TipsHariGaji

S I M P A N P A K S A D A N L U P A K A N

Minggu ni minggu gaji. Macam biasa rutin kita, hari ni masuk gaji esok dah susut. Tak kiralah susut untuk bayar komitmen atau masuk akaun tabungan.

Betul ke betul!

MUDAH jer nak hafal FOR-MULA ini.

PENDAPATAN - SIMPANAN = BELANJA (LEBIHAN)

Asas kepada kekayaan adalah simpanan. Tak ada orang kaya yang tak menyimpan. Simpan biar sikit daripada tiada langsung.

Kata pakar kewangan, kita wajib buat simpanan minimum 10% dari pendapatan. Baru kekayaan dapat terbina.

Jangan tunggu ada lebihan lepas belanja baru nak buat simpanan. Selalunya memang tak ada lebih.

Alasan kalau simpan nanti tak cukup pakai sudah tak relevan, sebabnya tak simpan pun sentiasa tak cukup pakaikan.

Baiklah simpan dulu, mana yang tak cukup kita usaha cari untuk cukupkannya.

Gais, langit tidak selalunya cerahkan! Simpanan hari ini untuk kegunaan kita dan anak anak kita dimasa depan.

Kita paksa simpan emas #1gram1bulan, tapi bulan ke-19 dah ada 110 gram dalam simpanan. Wow, Hebatnya kamu!

Macam mana tu Sisthur Anis ?

Pengalaman macam ni biasa berlaku kepada semua penyimpan emas yang tegar. Malah ia susah berlaku kepada yang simpan duit dalam akaun bank.

Simpan RM100 sebulan, bulan ke-19 ada RM1,900 dianggap sudah dianggap bertuah. Dan boleh dikatakan agak mustahil jadi RM30,690.

Yang penting, tujuan utama kita tu jelas dan kita perlu istiqomah. Pasti kita akan nampak perbezaan jika kita menabung emas. InShaAllah.

You never late!

โ€œGold, Secure Your Futureโ€

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K #MingguGaji #PublicGold #PGJBB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit