Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Salah satu nikmat di dunia ialah, kita masih bernafas dan menghirup udara pagi.

Alhamdulillah

Assalamualaikum.
Pagiii..! Salam Jumaat Terindah Lagi Barakah.
Salam Keemasan dan Salam Kejayaan Sahabat Hati Semua.

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan tercinta.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga cahaya selawat menyinari diri dan sanubari kita. InShaAllah.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #syukurselalu
#salamjumaat
Esok ada open promosi. Ready stock. Pendant dinar untuk local dinar.
#TipsHariGaji

S I M P A N P A K S A D A N L U P A K A N

Minggu ni minggu gaji. Macam biasa rutin kita, hari ni masuk gaji esok dah susut. Hehehe. Tak kiralah susut untuk bayar komitmen atau masuk akaun tabungan.

Betul ke betul!

MUDAH jer nak hafal FOR-MULA ini.

PENDAPATAN - SIMPANAN = BELANJA (LEBIHAN)

Asas kepada kekayaan adalah simpanan. Tak ada orang kaya yang tak menyimpan. Simpan biar sikit daripada tiada langsung.

Kata PAKAR Kewangan Tuan Azizi Ali, kita wajib buat simpanan minimum 10% dari pendapatan. Baru kekayaan dapat terbina.

JANGAN tunggu ada lebihan lepas belanja baru nak buat simpanan. Selalunya memang tak ada lebih.

Alasan kalau simpan nanti tak cukup pakai sudah tak relevan, sebabnya tak simpan pun sentiasa tak cukup pakai.

Baiklah simpan dulu, mana yang tak cukup kita usaha cari untuk cukupkannya.

Gais, langit tidak selalunya cerahkan!Simpanan hari ini untuk kegunaan kita dan anak anak kita dimasa depan.

Kita paksa simpan EMAS #1gram1bulan, tapi bulan ke-19 dah ada 110 gram dalam simpanan. Wow, Hebatnya kamu!

Macam mana tu Sisthur Anis ?

Pengalaman macam ni biasa berlaku kepada semua penyimpan EMAS yang tegar. Malah ia susah berlaku kepada yang simpan duit dalam akaun bank. Simpan RM100 sebulan, bulan ke-19 ada RM1,900 dianggap sudah dianggap bertuah. Dan boleh dikatakan agak mustahil jadi RM30,690.

Yang penting, tujuan utama kita tu jelas dan kita perlu istiqomah. Pasti kita akan nampak perbezaan jika kita menabung emas. InShaAllah.

**Har-ga emas GAP hari ini 28 OCTOBER 2020, masih cun hanya RinggiT Malay$ia 279/gram sahaja.

You never late!

“Gold, Secure Your Future”

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #MingguGaji
#PublicGold
#teamJBB #PGJBB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
Assalamu’alaikum.
Selamat Pagi dan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1442H | 29 Oktober 2020
.
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN
NABI MUHAMMAD S.A.W
.
‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Baginda Rasulullah ﷺ akan terus mekar dalam diri & beroleh syafaatnya.

“Ummah Rabbani Negara Harmoni"

#SisthurAnisPublicGold
#DinarWangSunnah

BELI KAMBING, BAYAR PAKAI DINAR EMAS 🐐

Ini saya tunjukkan testimoni atau perkongsian sebenar dari rakan yang beli kambing dan bayar pakai dinar emas Public Gold.

Siap tunjuk RESIT.

Kalau kita lihat 1 dinar sejak 1400 tahun dulu zaman Nabi boleh beli seekor kambing, malah zaman sekarang 1 dinar masih lagi mampu beli seekor kambing.

Hebatnya nilai yang ada pada emas!

Kalau kita lihat dari sudut duit kertas, untuk beli seekor kambing pada tahun 2000 lebih kurang RinggiT Malay$ia 300.

Kita simpan duit tu dari tahun 2000 sehingga tahun 2020, adakah RinggiT Malay$ia 300 itu masih mampu untuk beli seekor kambing?

Jawapannya, confirm tak boleh beli seekor!

Sebabnya kuasa beli duit RinggiT Malay$ia 300 tu dah hilang, kita kena tambah duit yang lebih untuk dapatkan seekor kambing.

Tapi ia tidak pada emas, sebab kuasa beli kekal. Sejak 1400 tahun dulu boleh beli seekor kambing, sehingga kini boleh beli seekor kambing juga.

Kesimpulannya disini, memang benar emas kalis kepada inflasi.

Kuasa beli kekal..!

Begitulah kisah dinar dan kambing.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #dinar999
#dinarkambing #dinarkalisinflasi
#PublicGold #dinar #Dinaremas
#teamJBB #PGJBB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
PUBLIC GOLD NI PATUH SYARIAH TAK ?

Untuk makluman, tokoh ini lah yang mengesahkan sistem jual beli emas dalam Public Gold, patuh syariah.

DATUK DR. MOHD DAUD BAKAR

Semoga kita semua dapat menyimpan dan melabur emas Public Gold dengan tenang, tanpa ragu-ragu.
#RewardPublicGold

Bismillah.

S I L V E R P R O D U C E R

Alhamdulillah bulan ini, Sisthur Anis terima penghargaan dari Public Gold hasil usaha membantu team #StarBrilliant semua membuat simpanan dan pelaburan emas.

InsyaAllah Sisthur Anis akan cuba untuk berikan khidmat nasihat yang lebih baik pada masa akan datang, jika ada sebarang feedback, boleh PM Sisthur Anis untuk penambahbaikan.

Terima kasih juga kepada Jutawan Emas STAR Brilliant di bawah bimbingan Sisthur Anis, Mentor Emasku Mama Azizah Hassan, Guru Emasku Mami Mazlifah Omar, dan juga Staff PG Branch JB yang sentiasa memberi semangat dan sokongan.

Tanpa anda semua siapalah saya hari ini.

Anda semua memang luar biasa hebat lagi owesome. Syukran.

Semoga kita sama-sama terus istiqomah simpan aset emas dan doakan Sisthur Anis terus berjuang mendidik lebih ramai orang lagi celik emas.

Berhajat menyimpan Emas, mulakan ILMU Simpanan Emas.

Bila ada ILMU, yang susah menjadi mudah, yang mustahil boleh jadi kenyataan.

Dengan ILMU juga, kita boleh elakkan banyak kesilapan mereka terdahulu, dan lebih mudah untuk kita melangkah seterusnya. InShaaAllah.

Wallahualam.❤️💙

#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant
#PGBO #UsahawanPG
#EmasItuDuit #MasaItuEmas
#EmasPenawarPenyakitBoros
#BeliEmasDapatEmas
#PublicGold
#AuraEmas

D I N A R MATAWANG SUNNAH

Apa perasaan anda bila dapat pegang sendiri 1 dinar ini yang bernilai RM116O.

1 dinar ini amat sesuai bagi yang nak baru bermula simpan emas. Bajet sebulan hanya RM116++ sahaja.

Jika simpan emas hari ini kalau kita tak sempat merasa nikmatnya. Sekurangnya jadi aset untuk anak dan isteri kita.

“Gold, Secure Your Future”

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #PublicGold
#teamJBB #PGJBB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
#dinar999 #dinar #dinaremas
Gais,

Saya nak share sikit petikan daripada buku "Strategi Menabung Dari Kosong: oleh Dato' Hj Rusly Abdullah (chef Li)

Beliau berkata orang Melayu tidak ada budaya dan adat yang mewajibkan setiap orang Melayu wajib menabung.

Oleh kerana menabung bukan satu budaya, maka untuk melihat orang Melayu mempunyai tabung hanya akan berjaya jika mereka dipaksa.

Contohnya KWSP adalah satu bentuk tabungan paksa.

Tanpa simpanan KWSP yang diwajibkan itu kemungkinan 2/3 masyarakat pekerja kita akan terlantar selepas bersara.

Gais, bagi saya ini adalah statement yang besar dan berani yang dibuat oleh Chef Li.

Chef Li sendiri mengaku bahawa beliau BUKAN seorang pakar ekonomi dan kewangan. Beliau hanyalah seorang bekas peniaga pasar malam yang SUKSES dalam menabung.

Bagi Chef Li kejayaan bisnes tidak membawa sebarang erti jika tidak disusuli dengan KEJAYAAN MENABUNG.

Namun, setiap orang harus ada tabungan peribadi yang DIRAHSIAKAN terutama jika tabung-tabung anda yang lain telah diketahui umum misalnya akaun KWSP, Tabung Haji dan ASB.

Kenapa kita harus memiliki sebuah akaun tabung rahsia?

Sebab duit simpanan KSWP anda biasanya orang tahu. Bila anda keluarkan duit KWSP yang banyak juga ramai orang akan tahu.

Justeru mungkin anak-anak atau sedara mara akan turut berkira-kira untuk tumpang semangkuk dan semasa itu akan ada orang yang akan datang dan ajak melabur. Itu belum termasuk yang datang nak meminjam dan nak ajak buat bisnes bersama-sama.

Jadi berkemungkinan besar duit tabung KWSP anda boleh lesap sekelip mata.

Gais, saya nak share sikit pengalaman.

Saya pernah berjumpa dengan seorang bekas jurutera MAS yang mempunyai duit KSWP sebanyak RM1 juta. Waktu tu saya bagi ceramah kat Public Gold Relau Penang.

Dia bagitau "Saya sekarang seorang bankrup En. Syukor. Semasa pencen saya ada duit KWSP sebanyak RM1 juta"

"Mula-mula saya ada offer kat member-member, siapa yang buat bisnes, saya nak jadi rakan pemodal. Jadi ada member saya yang minta RM300,000 untuk start bisnes. Saya bagi duit kat dia"

"Lepas tu bisnes tu gagal. Hangus duit saya RM300,000"

Kemudian, saya dah tak percaya kat orang. Saya nak buat bisnes sendiri. Saya laburkan lebih dari RM600,000 duit KWSP tu dalam bisnes.

"Tapi malangnya bisnes saya gagal. Saya jatuh bankrap"

"Sekarang nie nasib baik isteri masih bekerja. Jadi duit gaji isterilah yang digunakan untuk sara hidup sekarang" ujarnya.

Saya boleh dengar nada kekesalan beliau.

"Kalau saya tak buat apa-apa dengan duit KWSP tu, lagi bagus. Mesti duit tu ada lagi" ujar beliau.

Gais,

Kalau ada duit banyak dan uols tak tahu nak buat apa, simpan elok-elok atau tukar ajer dalam bentuk emas.

Belajar dari kesilapan orang lain lebih bagus dari belajar dari silap sendiri.

#NotaEmasSifuku