Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#TabungEmas

RAGAM PENYIMPAN EMAS

Sisthur, Aiman berminat untuk mula menyimpan emas. Bajet Aiman segram saja sebulan. Berapa harga segram hari ni Sisthur Anis?

Senyap...

Esok tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Sisthur Anis?

Senyap...

Minggu depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Sisthur Anis?

Senyap...

Bulan depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Sisthur Anis?

Senyap...

Sampai kesudah si Aiman ni tak juga menyimpan.

“Aiman, nak simpan emas ni ada duit lebih simpan jek”.

“Hobi tanya harga segram tidak menjadikan gram Aiman bertambah. Bila sudah ada duit, mula saja dengan segram sebagai permulaan.”

Gais, emas ni selagi kita tidak bermula, rasa takut dan tamak akan selalu menghantui fikiran kita.

Setiap kali tanya, harga semakin naik. Kita jadi takut.

Tanya lagi, harga tetiba turun. Kita pula jadi tamak.

Nenek Sisthur Anis selalu berpesan, "Jangan tunggu baru beli emas tapi beli emas dulu baru tunggu..!”

**Harapan Sisthur Anis, kita pun tak akan menyesal macam nenek ni.

Begitulah.

“Gold, secure your future”

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K
#UsahawanPG #PublicGold #PublicGoldJB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
Jangan salah faham dengan Emas 🤷🏻‍♀

🧚🏻 Emas untuk semua orang, tak ada kasta untuk simpan Emas.

🧚🏻‍♀ Emas untuk lelaki juga. Simpan je tau. Jangan pakai pula. Boleh cepat Alzheimer nanti.

🧚🏻 Emas dijamin untung kalau kita mendalami ilmu emas. hehe

🧚🏻‍♀ Emas tak ada dividen, target untuk akan datang. Bukan untuk jana keuntungan sekarang.

Jika susah sangat nak menabung duit kertas untuk akan datang. Jom belajar kumpul emas bersama sama.

Pastikan, beli emas jangan sampai lemas 🌊🌊🌊
Public Gold akan keluarkan 1gram edisi Masjidil Haram awal tahun 2021. Boleh keluarkan dari akaun emas GAP.

Kalian suka design yang mana? 1, 2, 3 atau semua.
Anonymous Poll
43%
Design 1
14%
Design 2
29%
Design 3
43%
Kesemua sekali
Sila topup akaun emas GAP masing masing tau. Item laku keras!
Gais,

Ini kes penipuan emas palsu tahun ini yang melibatkan kerugian RM100,000.

𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚:

Mangsa = seorang agen hartanah warga Malaysia.
Penipu = Warganegara China
Berat emas palsu = 5 kilogram
Nilai penipuan = RM100,000
Modus penipuan = Tawaran harga yang tidak munasabah.

Gais, mangsa ini bukanlah orang yang mahir selok belok emas, namun dia tertipu sebab ditawarkan emas 5 kilo dengan harga RM100 ribu sahaja.

Kalau ikut harga semasa pada awal Ogos 2019 (tarikh penipuan), harga 1 kilogram emas adalah RM195 ribu ke RM200 ribu sekilo.

Tapi si penipu tawarkan 5 kilo emas dengan harga RM100 ribu Harga yang tidak munasabah.

Namun mangsa bernasib baik kerana membawa emas tersebut untuk diperiksa di kedai emas sebelum ia disahkan palsu. Mangsa juga bernasib baik sebab polis berjaya menahan penipu selepas mangsa membuat laporan polis..

𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐬𝐢𝐛 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐠𝐚𝐢𝐬..

𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐩𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐢𝐩𝐮:

1. Hati-hati jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga pasaran (walau apa jua sebabnya seperti penjual terdesak)

2. Hati-hati jika anda membeli dengan penjual emas online (penjual individu) terutama barang kemas. Banyak kes penipuan berlaku seperti barang palsu, barang tak sampai, emas tak ada dalam sampul.

3. Kalau ragu-ragu dengan emas yang dibeli, bawa emas tersebut untuk diuji di kedai emas atau di Ar-rahnu (cakap nak tahu berapa boleh pinjam, nanti mereka akan test dan bagi nilai ketulenan kat anda). Kalau ada penipuan, buat laporan polis.

3. Kalau nak beli secara online pilih syarikat yang sudah establish seperti Public Gold. Ha.. ini memang tak ada risiko penipuan sebab syarikat besar. Tak berbaloi menipu dan menghadapi pihak berkuasa.

Emas ini nilainya tinggi gais. Kalau kena tipu... sakitttt... Saya dah ada pengalaman 12 tahun dalam bidang ini. Setiap tahun saya lihat orang kena tipu dengan urusniaga emas.

Takde tahun orang tak kena tipu. Sebab penipu nie memang wujud dari masa ke semasa. Mereka akan ambil kesempatan dengan orang yang tidak berhati-hati.

Jadi dengan ilmu yang betul kita akan selamat.
Gais,

Hari ini saya nak cerita kisah 2 penipu. Dalam bahasa oputihnya kita panggil scammer.

𝙆𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖.

Sebuah syarikat yang membuat program skim pelaburan jual beli emas yang dinamakan Gold Trading Investment telah didapati menipu pelabur mereka.

15 laporan polis telah dibuat oleh mangsa-mangsa syarikat ini. Mereka ditawarkan pulangan setinggi 30% sehingga 70% sejak tahun lepas (2019). Jumlah kerugian pula memcecah RM440,000 ringgit.. pheww...

Gais, dengan tawaran pulangan tak masuk akal ini, memang patut mereka tertipu.

Namun yang malang lagi adalah agen-agen syarikat tersebut yang pergi cari orang untuk melabur. Memang masak ler korang kena cari dengan pelabur.

Gais, saya dah tengok skim cepat kaya bertopengkan emas dari tahun 2008. Dah 12 tahun dah gais. Jadi bila terbaca cerita seperti ini, saya geleng kepala.

Gais, pelaburan emas tak boleh janji pulangan tetap dan pulangan bulanan ye.

Jika anda dijanjikan pulangan mingguan, pulangan bulanan maka anda nie 999.9% akan kena bohong.

Jika anda terpengaruh dengan agen syarikat ini maka akan lebih malang.. sebab agen syarikat tersebut akan cakap "saya pun kena tipu jugak"

Saya dah bertahun dengar skript ini gais. Dua-dua pihak masuk longkang.

𝙆𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙖.

Scammer menyamar sebagai Mazlifah Omar dan menghantar whatsapp

Modus operasi telah diceritakan oleh kak Ina dalam posting FBnya.

----------- start------------------

"𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑖𝑙𝑒 𝑝𝑖𝑐𝑡𝑢𝑟𝑒 𝑘𝑎𝑘 𝑖𝑛𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑛𝑎𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑘 𝑖𝑛𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑡𝑒𝑙𝑒𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑟𝑢ℎ 𝑏𝑎𝑛𝑘 𝑖𝑛 𝑑𝑢𝑖𝑡, 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑦𝑎𝑛 𝑦𝑎..

𝑆𝑐𝑎𝑚𝑚𝑒𝑟 𝑛𝑖 𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑛𝑎𝑚𝑎 𝑅𝑖𝑑𝑧𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐽𝑜ℎ𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑟𝑢ℎ 𝑑𝑖𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑛𝑘 𝑖𝑛 𝑟𝑚400 .

𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔 𝑠𝑐𝑟𝑒𝑒𝑛𝑠𝑜𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑢𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑟𝑒𝑝𝑜𝑟𝑡 𝑝𝑜𝑙𝑖𝑠 𝑦𝑎.."

---------------- end-------------

Hati-hati gais.

Banyak penyangak di luar sana 😟

#NotaEmasSifuku
EMAS SEBAGAI MEDIUM UNTUK CAPAI MATLAMAT

Seperti yang kita maklum,emas fizikal kita boleh beli serendah 1gram.Ini merupakan cara terbaik untuk kita beli sikit-sikit dan simpan kerana harganya lebih mampu milik dan saiznya kecil.

Oleh itu,jadikan emas sebagai medium untuk kita capai matlamat kita seperti beli rumah,tanah,simpanan pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana emas dapat di beli dengan saiz yang kecil serendah 1gram,ini membolehkan kita kumpul sedikit demi sedikit mengikut bajet kita dan tidak terlalu membebankan.

Tanah atau rumah kita tidak boleh beli dengan saiz yang begitu kecil,tidak boleh beli 1 kaki,tapi perlu beli dengan saiz yang besar dan perlukan duit yang banyak.

Bila kita rasa sudah cukup nilai emas yang kita simpan untuk kita tukar kepada aset lain seperti tanah,jual emas yang kita ada dan beli tanah tersebut.Kita boleh dapat aset lain tanpa perlu berhutang.

Begitulah emas di fungsikan.Tidak perlu simpan terlalu lama.Jika ada keperluan,gunakan emas yang ada dengan hati yang tenang tanpa perlu berhutang.

Selamat mencuba.
#AuraEmas

Aura emas cinta bermula.
Terpaku dengan kilauannya. Cheewah.

Berkawan biar seribu,
Berkasih biar satu,
Kumpul emas jangan ditunggu,
Nanti susah, sape nak tolong u.

Haa berpantun kita pagi ni..!

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K
#PublicGold #PublicGoldJB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
6 Ciri-Ciri Pelaburan Emas Terbaik

1. Harga berpandukan harga sebenar dunia.

2. Boleh dibeli dan dijual bila-bila masa.

3. Boleh kunci harga belian dan jualan semula (locking price)

4. Cara buat belian dan jualan semula yang fleksibel

5. Urusan Beli & Jual semula sangat mudah.

6. Spread emas sangat nipis (rendah)

Kesemua 6 ciri-ciri pelaburan emas terbaik, semuanya ada di Public Gold.

Senang beli & jual 24jam. 👍🏻