Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
225 subscribers
6.45K photos
335 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Duit dan emas sama-sama penting, ada duit baru boleh cerita berapa gram emas yang boleh dibeli.

Pastikan bayar duit dapat gram emas, simpan dalam akaun dulu atau beli fizikal terus ianya satu pilihan.

Urus duit kita sebaiknya, tukarkan duit jadi emas supaya simpanan tersebut bertahan lebih lama.

Bila sampai waktu yang sesuai tukarkan balik jadi duit, InSyaAllah duit kita akan bertambah.

#SisthurAnisPublicGold
Berat 4.45 gram
Lebar : 1cm x 1cm
Soalan:

Tuan. Harga emas dah jatuh. Nak tunggu atau nak beli sekarang?

Jawapan: Kejatuhan harga emas (termasuk perak, minyak, saham dan bitcoin juga) didorong oleh penjualan besar-besaran akibat situasi panik dalam pasaran. Pemacu utamanya ialah koronavirus. Ia semakin merebak dan tidak ada tanda-tanda akan surut.

Pedagang dan pelabur terpaksa menjual saham/emas bagi menampung kerugian yang mereka alami dan ada yang menjual bagi mengelakkan daripada kerugian yang lebih besar. Jadi jualan panik menyebabkan banyak instrumen mengalami kejatuhan harga.

Semalam (13/3/2020) President Trump telah mengistiharkan koronavirus sebagai "kecemasan negara" . Sebelum itu, Trump telah mengeluarkan larangan perjalanan keatas 26 negara Eropah daripada memasuki US. Ia bertujuan mengelakkan penyebaran koronavirus daripada masuk ke dalam US.

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini US sudah ada 2000 kes jangkitan koronavirus dengan 43 kematian.

Baik, untuk menjawab samada sesuai membeli atau tidak? Saya akan menggunakan analisis teknikal harga emas. Pada pendapat saya analisis teknikal harga emas boleh dijadikan panduan yang baik.

Sila rujuk graf harga emas di bawah. Dengan menggunakan kaedah Fibonacci retracement, kita dapat melihat beberapa maklumat dengan jelas.

1. Harga emas tertinggi tahun ini adalah 1703 usd/Oz. Sepanjang 1 minggu ini harga emas jatuh sehingga melepasi garisan Fibonacci retracement 61.80% @ 1545 usd

Sekarang harga emas ditutup pada harga 1529 usd iaitu dibawah garisan Fibonacci retracement 61.80%

Dengan andaian harga emas dalam trend menaik dan kejatuhan ini adalah satu pembetulan harga, maka membeli emas dibawah garisan Fibonacci retracement 61.8% adalah tindakan yang bagus.

Dari segi peratus, harga emas sekarang jatuh 10.22% (daripada 1703 usd kepada 1529 usd. Jadi anda jimat 10.22% berbanding membeli pada harga puncak.

Analisis teknikal harga emas adalah panduan sahaja ok.

Nanti Isnin bila market buka, maka harga akan bergerak naik dan turun mengikut berita-berita yang berkaitan.

Harga psikologi adalah 1500 usd (belum dipecahkan lagi). Kalau berjaya pecah, ada satu lagi harga strong support @ 1450 USD.

Jadi, sesuai tak beli emas pada harga sekarang? Jawapan pendeknya: YA boleh.

Kalau ada orang tanya. Silakan #share info ini. Terima kasih 😀

#KreditMentorEmasqu
Gais,

Federal Reserved (bank pusat US) telah mengumumkan pemotongan kadar faedah sebanyak 1% hari Ahad 15/3/2020 (waktu US).

Ini menjadikan kadar faedah di US sekarang antara 0% sehingga 0.25% sahaja. Sangat rendah gais.

Pemotongan kadar faedah dibuat bagi merangsang ekonomi US yang dijangka akan terjejas teruk akibat Koronavirus.

Kesan daripada pemotongan kadar faedah tersebut adalah; harga emas naik 📈📈📈

Ini kerana dalam situasi kadar faedah yang rendah, pelabur akan memindahkan wang kedalam intrument lain seperti emas dan logam berharga.

Ini kerana menyimpan duit dalam bank pun takde untung sebab interest rate = 0%. Kalau inflasi di US = 2.3% setahun maka sesiapa yang simpan duit kat dalam bank sebenarnya rugi 2.3% setahun.

Jadi lebih bagus untuk meletakkan duit dalam instrument lain seperti ehem... ehem... emas.

Beli emas untuk jangka panjang ye! sebab financial market tidak menentu sekarang. Banyak news-news yang tidak disangka akan datang dan ia boleh menaikkan dan menurunkan harga apa-ap sahaja instrument dengan banyak.

Buy gold, keep it and love it.
Gold will love you back 🥰

#KreditSifuEmasku
Nak beli emas tapi kerap kali kita bertangguh sebab tunggu harga terbaik.

Ramai yang berpesan pada Sisthur Anis bunyinya macam ni:

"Sis, harga turun nanti bagi tahu yer".

Bila harga emas dah turun dan dah dimaklumkan, selalunya akan ada dialog begini pula:

"takut harga turun lagi".😬😇🤯

Akhirnya bertangguh lagi untuk beli sebab nak tunggu harga turun lagi.

Sebenarnya selagi kita tidak memulakan pembelian pertama kita tidak akan faham apa itu emas yang sebenar.

Kita tidak boleh buat penanda harga (Benchmark) untuk belian seterusnya kelak.

Pembelian pertama juga akan membuatkan kita bermotivasi untuk ilmu emas yang lebih mendalam.

Buat sahabat sahabat yang nak Sisthur Anis bimbing mulakan simpanan emas, boleh terus wassap +6019-7824559 atau klik link wassap di bawah untuk respon lebih cepat.

www.wasap.my/60197824559/NakSimpanEmas

#SisthurAnisPublicGold
#EmasItuDuitSebenar
#MasaItuEmas