Nota Emas Hilyati 📝
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
TEMPOH SESUAI PAJAK EMAS
[Tips Menggunakan Kemudahan Ar-Rahnu]
-------------------------------
.
Pada saya, pinjaman ar-rahnu tak sesuai digunakan untuk jangka panjang sebab:
.
(1) KOS PINJAMANNYA mahal, iaitu sekitar 14% setahun (atau 1.15% sebulan). Daripada pajak emas untuk beli kereta dan dibayar dalam tempoh 3 - 5 tahun, lebih baik ambil Car Loan terus. Kos pinjamannya jauh lebih murah.
.
(2) HAD TEMPOH pinjaman selalunya sekitar 12 bulan sahaja. Kalau nak sambung pajak, ar-rahnu akan RE-VALUE emas tu mengikut harga semasa. Ia selalu diistilahkan sebagai "tukar surat pajak". Kalau harga naik, kita boleh top-up pinjaman. Kalau harga turun? Kita kena REFUND perbezaan kelayakan pinjaman lama dan pinjaman baru. Bila kena refund tu ramai orang sangkut...
.
Bagi saya, pinjaman ar-rahnu lebih sesuai kalau digunakan untuk jangka pendek i.e. 6 - 12 bulan.
.
#tipsarrahnu #tipspajakemas #tipspelaburanemas