Nota Emas Hilyati πŸ“
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
πŠπ„π”ππ“π”ππ†π€π π„πŒπ€π’ π‡π€πŒππˆπ‘ πŸ–πŸŽ% π”ππ“π”πŠ πŸ• 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍! 𝐈𝐍𝐈 π˜π€ππ† 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 π…π€π‡π€πŒ...

β€œAda orang kata bulan depan harga emas akan turun. Perlu beli sekarang atau tunggu dulu?”

Jawab saya, β€œSaya tak kisah orang nak predict harga emas naik atau turun. Pengalaman lebih 10 tahun melihat harga emas, formula terbaik ialah beli sahaja bila ada duit”.

Asalkan duit yang kita beli itu untuk tujuan simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun, insyaAllah kita tak akan rugi.

Bahkan selalunya tindakan β€œbeli sekarang” itu adalah tindakan yang lebih baik berbanding percaya kepada ramalan harga.

Satu perkara yang kita kena tahu tentang ramalan harga; tidak ada ramalan yang tepat.

Pakar analisis teknikal harga emas pun tak boleh confirm ramalan mereka tepat ataupun tidak. Bahkan yang paling banyak ialah ramalan yang tersasar!

Apatah lagi yang meramal harga emas itu adalah bukan dari kalangan penyimpan emas fizikal! Mereka fikir melabur dalam emas ni macam main saham…

Owh… Sangat jauh bezanya…

Simpanan emas fizikal ni formulanya mudah;

1. Beli emas dapat emas,

2. Beli dengan duit simpanan sekurang-kurangnya untuk 2 tahun dan ke atas.

3. Dan dalam masa sama, kena baca buku. Paling tidak baca #BukuWangEmas. Itu cara paling mudah faham tentang simpanan emas.

Buat 3 perkara ni, confirm akan untung, insyaAllah. Tak perlu sibuk nak buat ramalan harga.

Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.

Harga karipap Makcik Bedah pun confirm naik dalam jangka panjang, inikan pula emas!

Jadi buat apa yang pening pasal harga?

Ini contoh harga emas pada tahun 2014.

Gold bar 250 gram harganya RM33,651 sekeping. Harganya cuma RM134/gram (RM33,651 / 250gram)!

Kalau penyimpan emas ini jual pada hari ini, dia dapat jual pada harga RM240/gram dan menikmati keuntungan sebanyak RM105 per gram.

Kadar keuntungannya ialah 78% untuk tempoh 7 tahun!

Bukankah keuntungannya jauh lebih baik dari simpanan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

Dan berita lagi baik.

Sekarang harga emas hanyalah sekitar RM260/gram. Harga tertinggi sebelum ini pernah cecah RM300/gram.

Perangai harga emas ni, bila dia cecah harga tertinggi, dia akan turun dulu sebelum cecah harga yang lebih tinggi berbanding rekod sebelum ni.

Pada saya, harga emas sekarang sangat murah. Beli sekarang!

#TipSimpananEmas
#TipPelaburanEmas

πŸ“ Sumber: Tn Zulkifli Shafie
ASET PELABURAN PALING SELAMAT

Kata pakar-pakar, emas fizikal tak sama dengan pelaburan aset kertas yang cuma ada nombor dan kertas sahaja. Emas fizikal tak ada risiko sebenar selagi emas tu ada di tangan kita.

Kalau harganya jatuh, emas dalam simpanan kita masih kekal, ia tak berkurangan walaupun 1 gram.

Harga naik turun hanyalah persoalan masa sahaja.

Disebalik pergerakan harga emas yang ada naik turun, emas pada hakikatnya tak ada risiko, ia tidak akan jatuh lingkup ataupun kehilangan nilai sama sekali.

#bukuwangemas #tippelaburanemas