Nota Emas Hilyati 📝
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Ramai pula pm saya tanya pasal dividen ASB. Bagus saya jadi agent ASB lah🤣

Saya bukan orang banker atau agent ASB. Cuma saya suka mencari gali ilmu dan calculation. Melabur atau menyimpan dalam sesuatu aset mesti kena ambil tahu calculation dia.

Dividen ASB 2023 adalah 5.25% seunit termasuk bonus.

Macam-macam soalan saya dapat dalam ruangan komen atau direct pm sy.

Saya simpan 90k tapi dividen cuma Rm3,900 bukan ka sepatutnya Rm4,725?

Saya ada Asbf 60k bermula bulan Mei 2023, kenapa sy dapat Rm1,837 bukan Rm3,150?

Saya ada asbf 50k, tapi saya dapat Rm3200. Lebih dari sepatutnya Rm2625😃

Kenapa saya cuma dapat Rm200, kenapa begitu kenapa begini, macam-macam lah soalan sy dapat. Yg sempat sy jawab, saya jawab la beserta kiraan.. Macam sy consultant Asb sudah😂

Macam dalam gambar ni akaun anak kedua sy yg berumur 2 tahun, baki akhir akaun dia (sebelum dividen masuk) adalah Rm24,977 tapi dividen dia dapat cuma Rm495.12 termasuk bonus. Sebab amaun Rm24,977 tu bukan bermula dari 01/01/23.

Begini ah.. saya cuba terangkan guna cahaya sportlight😃

Dividen ASB akan dikira berdasarkan prorate baki terendah setiap bulan.

Contoh tahun 2023, dividen diberi adalah 5.25% setahun. Bermaksud prorate bulanan adalah 0.4375% sebulan.

Untuk akaun yg ada transaction keluar masuk (terutama yg simpan sendiri bukan loan Asb), kiraan dividen adalah, baki terendah akaun setiap bulan (dari jam 12.00am 01hb hingga 12.00am 01hb bulan berikutnya) darab dengan 0.4375%.

Apa maksud baki terendah akaun setiap bulan?
Contoh begini..
01/01 baki akaun adalah 100k,
10/01 tambah lagi 30k, baki jadi 130k
20/01 keluarkan 40k, baki tinggal 90k
30/01 tambah lagi 50k, baki jadi 140k.
Baki dibawa ke bulan feb adalah Rm140k

Baki terendah pada bulan Januari adalah 90k.
Jadi dividen yg akan dikira untuk bulan Jan adalah 90k x 0.4375% = Rm393.75

Dan katakan pada bulan febuari tiada pengeluaran atau penambahan simpanan, jadi baki kekal Rm140k, so dividen untuk bulan feb adalah 140k x 0.4375% = Rm612.50

Dan pada bulan Mac pula,
Baki bawa ke depan pada 01/03 adalah 140k,
10/03 ada penambahan 20k, baki terkini 160k.
Masih dikira baki terendah adalah 140k. Jadi dividen bulan mac adalah 140k x 0.4375% = Rm612.50

Untuk bulan April,
Baki bawa ke depan 01/04 adalah Rm160k,
Katakan tiada sebarang penambahan atau pengeluaran, so dividen bulan April adalah 160k x 0.4375% = Rm700

Dan sekiranya bulan May, Jun, July, Ogos, Sept pun sama juga tiada sebarang pengeluaran atau kemasukan, maka dividen bagi setiap bulan adalah sama.
Dividen May - Rm700
Dividen Jun - Rm700
Dividen July - Rm700
Dividen Ogos - Rm700
Dividen Sept - Rm700

Bulan October pula,
01/10 baki awal bulan Rm160k
10/10 tambah Rm30k, baki terkini Rm190k
Maksudnya baki terendah adalah 160k, so dividen adalah 160k x 0.4375% = Rm700

Dan untuk bulan November dan december jika tiada sebarang pengeluaran atau penambahan,
Baki terkini 190k, dividen masing2 adalah 190k x 0.4375% = Rm831.25.

Jadi dividen sepanjang tahun adalah..
Jan - Rm393.75
Feb - Rm612.50
Mac - Rm612.50
Apr - Rm700
Mei - Rm700
Jun - Rm700
July - Rm700
Ogos - Rm700
Sept - Rm700
Oct - Rm700
Nov - Rm831.25
Dec - Rm831.25

Jumlah keseluruhan: Rm8,181.25

Jadi dividen yang akan diterima adalah Rm8,181.25 untuk tempoh setahun.

Kalau asbf paling senang kira. Dan untuk yang ada asb loan, katakan kamu ada asbf 50k tapi kamu dapat lebih dividen iaitu Rm3200. Kalau ikutkan cuma Rm2625.

Mungkin sebab kamu ada buat simpanan sendiri lagi di asb. Atau mungkin kamu tidak pernah keluarkan dividen tahun-tahun sebelumnya (jadi compounding saja). Jadi itu yang dapat dividen lebih. Untuk asbf memang sangat bagus kalau jangan keluarkan dividen yg kita dapat setiap tahun supaya lebih cepat untung😃

Begitulah serba sedikit pengiraannya. Kalau tidak faham, tidak perlulah pening-pening untuk memahami. Buka saja Apps ASNB dan tengok berapa yang masuk itulah dividen yang kamu dapat😃

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad

#simpananasb #pengiraanasb #savings #simpananduit #dividenasb