Nota Emas Hilyati πŸ“
6.83K subscribers
28.3K photos
1.3K videos
2 files
8.68K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Macam pendapat orang tentang harga emas tahun hadapan

Korang rasa tetap nak kumpul emas tak?

Dengar sharing Tn Azizi Ali ni

https://vt.tiktok.com/ZSR4wBpDY/

Bagi saya ada duit lebihan, baik alihkan dalam bentuk emas 😍
https://vt.tiktok.com/ZS85mw8qq/

Emas adalah aset yg high liquidity, namun jika kita tersalah beli produk, besar kemungkinan susah untuk kita jual semula.

Ikuti perkongsian Tn Azizi Ali di video ini
πŸ“’Berita Hebat!πŸ“’

Kini terdapat Gold ATM yang ke-20 di Cawangan Public Gold Kuantan! 😎Datanglah untuk mengalami keistimewaan Gold ATM beramai-ramai.✨ Gold ATM mempunyai lebih daripada 30 reka bentuk berbeza dari 0.5g sehingga 1 Dinar. Jomlah memberikan hadiah yang unik dan berharga kepada anda sendiri sebagai koleksi.

πŸ’• Ia juga sesuai sebagai hadiah kepada seseorang istimewa, tambahan baru ini memberikan sedikit kilauan kepada kehidupan! βœ¨πŸŽ‰

πŸ“ Temui kami di Cawangan Public Gold Kuantan, Pahang
http://surl.li/pziax

#publicgoldATM #PGATM #publicgold #PelaburanEmas #kuantanpublicgoldbranch #kuantan #HadiahDanKoleksi #souvenir #koleksiemas
Gais.

Harga Emas Cecah Rekod Tertinggi, Kemudian Menjunam – Apa Sebenarnya Berlaku?

Baru-baru ini, harga emas melonjak ke paras $3,168 per auns troy β€” tertinggi dalam sejarah!

Namun selepas itu harga emas menjunam lebih $100 dalam sesi dagangan yang sama.

Apa yang berlaku?

Jawapan: Pengumuman Presiden Trump mengenai tarif baharu pada 2/4/2025 menyebabkan pelabur-pelabur panik dan jual emas untuk menampung kerugian dalam aset lain, biasanya kerugian dalam pasaran saham.

Gais.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam pasaran. Ia selalu berlaku.

Menurut Commerzbank, harga emas biasanya akan pulih semula selepas kejatuhan mengejut sebegini.

Tambahan pula, pasaran menjangka 2 perkara akan berlaku (1) Fed akan turunkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas tahun ini, (2) tarif oleh Trump dijangka menaikkan inflasi di US.

Namun, ada berita yang menarik iaitu β€” emas dikecualikan daripada tarif! Tapi ini juga mungkin memperlahankan aliran emas fizikal ke AS.

Apa maksudnya untuk anda sebagai penyimpan emas fizikal?

Bagi saya, Ini mungkin peluang terbaik untuk pelabur emas fizikal membeli ketika harga jatuh banyak β€” tapi pastikan anda tahu strategi anda.

Antara strategi yang boleh digunapakai adalah beli emas secara konsisten dan borong jika harga jatuh banyak (jika anda ada lebihan duit)

Pada pendapat saya, harga emas sekarang sangat menarik.

Gais.

Sila follow FB saya untuk info terkini tentang pelaburan emas dan ekonomi global.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PelaburanEmas #HargaEmas #EkonomiGlobal #GoldUpdate #Emas2025
❀2πŸ‘1
Gais.

Hari ini harga emas melonjak ke paras TERTINGGI dalam sejarah, melepasi $3,200 (RM15,200+) / Oz.

Apa yang sedang berlaku? Kenapa ramai pelabur berebut-rebut membeli emas sekarang?

Sebab pertama adalah ketegangan perdagangan global.

Presiden AS, Donald Trump, sekali lagi menggegarkan pasaran dunia dengan dasar tarif yang tidak menentu β€” menyebabkan ketidakyakinan besar terhadap ekonomi global.

Tarif ke atas barangan China kini mencecah 145%πŸ₯²

Ini menyebabkan pasaran saham, bon, dan mata wang dolar AS semuanya bergoncang.

Gais.

Dalam situasi macam ni, pelabur akan lari ke β€œasset perlindungan” paling selamat dan dipercayai iaitu EMAS.

Faktor kedua kenapa emas naik?

Jawapan: permintaan Meningkat dari Bank Pusat.

Bukan orang biasa aje yang beli emas, bank-bank pusat seluruh dunia pun sedang beli emas dalam kuantiti besar.

Mereka tahu, dalam waktu ekonomi tidak menentu, emas adalah pelindung kekayaan yang terbaik.

Faktor ketiga, kadar Faedah Dijangka menurun.

Federal Reserve (bank pusat AS) dijangka akan memotong kadar faedah 3 hingga 4 kali tahun ini.

Bila kadar faedah turun, emas jadi lebih menarik kerana ia tak beri faedah, tapi nilainya naik bila matawang US dollar lemah kerana interest rate US jatuh.

Gais.

Minggu ini sahaja harga emas naik hampir 6%. Satu lonjakan besar dalam masa singkat!

Apa maknanya untuk kita di Malaysia?

Kalau anda eorang peyimpan emas, TAHNIAH! β€” anda berada di laluan yang betul.

Dan kalau belum mula simpan emas, mungkin ini masa terbaik untuk bermula.

Dalam dunia yang semakin tak menentu, satu perkara yang pasti - Emas kekal bernilai dan semakin menaik.

Ingat, beli emas fizikal Public Gold atau akaun emas yang bersandarkan emas fizikal seperti akaun emas GAP.

Jangan terpedaya dengan emas ganda-ganda.

Semoga anda untung dengan emas.

11/4/2025
#notaemassyukorhashim #publicgold
#Emas #pelaburanemas
πŸ‘1
(Analisis harga emas Ahad 22/6/2025)

Gais.

Nampaknya konflik di timur tengah menjadi semakin tegang.

Ini kerana konflik antara Iran dan Israel kini telah melibatkan US.

Hari ini dunia dikejutkan dengan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, yang mengesahkan bahawa AS telah menyerang tiga tapak nuklear utama Iran β€” Fordo, Natanz dan Esfahan.

Serangan ini dikatakan telah β€œmemusnahkan sepenuhnya” keupayaan pengayaan nuklear Iran.

Iran mengecam tindakan ini dan memberi amaran bahawa akan ada tindak balas yang dahsyat.

Ketegangan di Timur Tengah kini berada di tahap kritikal!

Gais.

Apa kesan serangan US kepada pasaran emas?

Saya percaya harga emas yang akan dibuka hari Isnin jam 5 pagi nanti akan naik banyak!

Persoalannya adalah, adakah konflik ini hanya sekejap ataupun ia berupaya menjadi konflik berterusan dan bertambah besar.

Konflik yang berterusan boleh menyebabkan harga emas terus naik.

Dalam jangka panjang: Selagi risiko geopolitik tinggi + inflasi kekal membelenggu + dasar monetari longgar (contohnya jika Fed beralih kepada dasar kadar faedah rendah) β€” maka harga emas berpotensi terus menaik hingga hujung 2025.

Pesanan untuk pelabur emas:

Ini masa untuk peka dengan perkembangan global, terutamanya geopolitik di Timur Tengah.

Jika anda nak tambah gram emas, better beli sewaktu market gold tutup hari nie sehingga 4.59 pagi hari Isnin.

Adakah anda sudah bersedia menghadapi gelombang ketidaktentuan ini?

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas
❀1
Gais.

Analisis harga emas 7/7/2025.

Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.

Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:

1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.

Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.

2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.

Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).

Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.

3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.

Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.

Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.

Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.

4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.

Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.

Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:

βœ… Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)

βœ… Dolar AS yang lebih kukuh.

βœ… Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.

Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:

1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion

Jangkaan harga emas bulan depan.

1 Ogos 2025 – Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.

Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.

Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.

Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas #AnalisisPasaran #TarifAS #EkonomiGlobal #Fed #BRICS