Nota Emas Hilyati 📝
6.68K subscribers
26.5K photos
1.19K videos
2 files
8.29K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
𝗞𝗘𝗥𝗨𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦

1️⃣ Dah lama tahu tentang emas, tetapi bertangguh

2️⃣ Dah lama simpan emas, tetapi tidak bersungguh

“𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗿𝘂𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀?”

Ini antara soalan yang saya terima daripada pelanggan saya.

Jika sebut rugi, saya tidak fokus kepada rugi duit ringgit (RM) tetapi saya melihat kepada kerugian dari segi 𝗠𝗔𝗦𝗔. Kenapa ?

Ada diantara kita memang tahu kelebihan emas tetapi oleh kerana sikap bertangguh, mereka tidak mulakan simpanan emas. Itu adalah kerugian pertama dalam dunia emas.

Bagi mereka, walaupun ada pakar-pakar berdebat tentang kenaikan emas dan mencadangkan menambah emas dalam portfolio simpanan, ia tidak menjadi faktor utama untuk mereka mula.

Walaupun ada orang-orang ‘lama’ yang beritahu tentang kebaikan dan kepentingan simpanan emas, itu tidak menjadi sebab utama untuk mereka mula.

Walaupun ada kawan-kawan disekeliling bercerita tentang nilai simpanan emas, itu juga bukan alasan utama untuk mereka mula.
Rugi kan? 😊

Antara contoh kerugian kedua dalam dunia emas, apabila ada diantara kita yang telah pun mulakan simpanan emas tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam menyimpan.

Ketahuilah dan percayalah simpanan emas mereka tidak kemana.

Jika dulu mereka mulakan 1gram emas, 5tahun berikutnya simpanan mereka masih 1gram emas.

Tidak berubah.
Tidak bertambah.
Tidak berkurang.
Tidak berganjak.

Nampak macam tidak rugi tetapi sebenarnya kerugian mereka dari segi 𝗠𝗔𝗦𝗔 kerana dalam tempoh 5tahun tersebut sebenarnya kita boleh capai simpanan minima 250gram emas.

Rugi kan seandainya kita bertangguh untuk mula?

Tetapi sebenarnya kita lebih rugi jika kita telah pun bermula tetapi tidak bersungguh-sungguh.

Jadi untuk kita berada di kategori UNTUNG, fokus dan terus konsisten menyimpan emas.

Jika telah capai 1gram emas, berusaha lagi untuk capai 5gram emas pula.

Jika telah capai 5gram emas, berusaha lagi untuk capai 10gram emas pula.

Jika telah capai 10gram emas, berusaha lagi untuk capai 50gram emas berikutnya.

Jika telah capainya 50gram emas, berusaha lagi untuk capai 250gram emas dan seterusnya.

Seandainya kita telah pun capai 250gram, sudah semestinya kita akan berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk capai 1kilo pertama.

Jadikan setiap gram emas yang kita capai itu sebagai inspirasi untuk kita terus meroket lebih tinggi.

Jangan terlalu selesa kerana selesa itu melemahkan & menjatuhkan kita.

Sentiasa ada rasa ingin tingkatkan simpanan kita terutama sekali dalam simpanan emas.

Kepada yang dah mula, Tahniah !
Kepada yang belum mula, jangan bertangguh !
Kepada yang telah mula tetapi tidak bersungguh-sungguh, #setup semula pemikiran dan teruskan pecutan.

Dapat sesuatu?
Bersemangat? 🔥💪🏻😊

#notaemasfairuzaziz