KENAPA SAYA TIDAK PERNAH UCAPKAN TAHNIAH KEPADA SESIAPA YANG BELI KERETA MEWAH BARU ?
Maafkan wahai teman 🙏
Saya memang tidak pernah mengucapkan tahniah bila anda post gambar anda beli kereta mewah yang baru.
Bukan saya cemburu,
Apa yang nak dicemburukan jika saya juga mampu memilikinya.
#CashatauHutang
Saya tidak mengucapkan tahniah kerana dalam posting itu anda tidak menjelaskan samada ianya dibayar tunai atau hutang.
Dan jika ianya hutang 9 tahun,
dimanakah adab & profesionalisma kita mengucapkan tahniah kepada orang yang berhutang dalam tempoh yang lama selama 9 tahun, untuk sesuatu yang susutnilainya tinggi pula.
#TahniahkepadaBank
Jika keadaan begitu, saya sepatutnya mengucapkan tahniah kepada Bank.
Dalam keadaan menjelang kegawatan ekonomi, Bank tetap berjaya memastikan keuntungan mengalir masuk selama 9 tahun lagi.
#TahniahkepadaPengeluarKereta
Saya juga sepatutnya mengucapkan tahniah kepada pengeluar kereta.
Dalam keadaan orang bisnes lain mengeluh, mereka berjaya terus menjana keuntungan hasil dari menggoda kita.
#Beli2ndHand
Bulan lepas seorang anak saya beli kereta H secondhand. Ianya masih cantik.
Hanya perlu tukar tayar dan sedikit kos wear & tear.
Oleh kerana 2nd Hand dan kereta baru cepat turun susut nilainya maka dah hampir separuh harga, ianya dibeli tunai.
Tidak ada potong riben.
Tidak ada ucapan tahniah sana-sini.
Tidak perlu bayar bulan-bulan.
Kita tidak perlu terima ucapan tahniah apabila kita buat hutang baru.
Lain orang lain cara mendidik anak-anaknya.
.
Mohd Shukor

👍1