Nota Emas Hilyati 📝
6.67K subscribers
26.5K photos
1.19K videos
2 files
8.28K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Tertarik saya dengan artikel Tn AAA 😊

#TabungRumah

MENGAPA PENCEN DENGAN RUMAH BESAR?

1. Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.

2. Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah bunglo Yusop Aslam ini.

3. Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.

4. Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?.

5. Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.

6. Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan 'trendy' lagi.

7. Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana.

8. Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.

9. Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.

10. Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua.

Jika saya ingin jalan jalan dan melihat dunia

Akhirnya kita diruang yang kecil dan sempit juga?.

Azizul Azli Ahmad

#LupakanRumahAgamBilaBersara
#RumahSederhana
#TabungRumah

TABUNG RUMAH ANAK MUDA

1. Untuk membeli rumah, wujudkan satu akaun untuk 'Tabung Rumah Masa Depan'

2. Jika kita rancang beli rumah RM200k, kita harus ada modal sekitar 25k. Anggap kita nak beli rumah lagi 4 tahun

Bagaimana Bermula?

SINGLE

1. Setiap bulan kita harus ada simpanan RM520 sebulan.
2. Jika gagal menyimpan duit, tukar cara dengan simpan emas.
3. Untuk mencapai matlamat RM25k, simpan 100gm emas as deposit rumah.
4. 2gram emas setiap bulan

PASANGAN PENGANTIN BARU

1. Setiap bulan kita harus ada simpanan RM520 sebulan. Bahagikan 2 dengan suami tersayang supaya lebih ringan.
2. Setiap pasangan akan sumbangkan RM260 setiap bulan.
3. Jika gagal menyimpan duit, tukar cara dengan simpan emas
4. Untuk mencapai matlamat RM25k, simpan 100gm emas as deposit rumah.
5. 2gm emas setiap bulan. Setiap pasangan sumbang 1gm setiap bulan

Masih adakah kediaman RM200k?

Mulakan dengan menabung, jika kita terus cipta alasan kita akan terus ketinggalan kengkawan.

Ada skim pinjaman penuh HOC kempen kerajaan, banyak modal boleh dijimatkan.

Tetapi ia tetap perlukan modal, bahagikan bebanan menyimpan dengan insan tersayang bagi yang telah berkahwin

#mogabermanfaat
#TabungRumah

Video ni cuma illustration dan contoh sahaja bagi mereka yg mmg mampu menyimpan 2.5gm emas sebulan (sekitar RM700).

Bila bercerita bab kewangan dan planning, sudah semestinya kita kena kira dan adjust sendiri ikut bajet dan pendapatan masing2.

Tidak perlu follow bajet org lain sehingga menyeksa diri.

Tapi jangan pula terlalu leka dan complacent sehingga gagal menyimpan at least 10% drpd gaji setiap bulan.

https://vt.tiktok.com/ZSdsTRVcS/?k=1
#TabungRumah

TERBELI ALPHARD DAN DUCATI?

1. Nasihat Tuan Firdaus ini jujur dan bagus. Tak ramai yang dah terluka sanggup rendahkan ego nak nasihat orang lain agar jangan buat silap macam kita.

2. Ada orang lagi suka orang lain juga merasa perit dan susahnya macam mereka.

"Pakai nie barulah kau nampak macam Bosku bro!".

3. Bila DSR (debt service ratio) kita dah habis 'rosak' akibat hutang kereta. Kita boleh baiki dengan jual kembali sahaja alphad dan ducati yang kita ada.

4. Jika gaji kita RM8,000 biasanya DSR bank bagi antara 50%-65% dari gaji kita. Konsep bank, makin besar gaji kita, makin banyak hutang kita boleh buat.

Selain DSR bank juga buat kiraan NDI (net disposable income) untuk belanja kehidupan kita dimana. Jika tinggal di bandar ada bank tetapkan belanja hidup sekitar RM1800 sebulan. Jika luar bandar sekitar RM1300 sebulan.

5. Semua yang Tuan Firdaus sebut ada susut nilainya.Jika kita bayar kereta berharga RM2350 sebulan, bermakna kita boleh beli rumah berharga RM500k biasanya.

Jika kita bayar Ducati RM1830 biasanya kita boleh beli kediaman kondo harga RM400k punya sebijik.

Kawan kawan,

Tak salah beli kereta dan motor.

Cuma susun keutamaan dalam hidup kita, semua orang ada hak merasa naik alphad dan ducati.

Saya dulu sebelum mampu beli saya sewa sahaja dulu, sedap naik, bini tidur lena baru beli.

Tahniah Tuan Firdaus bagi nasihat yang baik. Bila dah kahwin, belanja hidup bukan macam zaman kita bujang lagi.

Azizul Azli Ahmad
Ada Skuter Yamaha
#TabungRumah

GUNA ORANG LAIN!

1. Gunakan pengalaman dan modal orang lain untuk berjaya.

2. Ramai orang berjaya lakukan ini, mereka upah pakar atau belajar dari pakar untuk sesuatu perkara.

3. Jika lakukan sendiri kita perlukan masa yang lama untuk untuk jadi pakar berjaya.

4. Baca buku, cari mentor, hadir seminar akan jimatkan masa kita untuk belajar lebih lama.

5. Kita boleh berjaya sekiranya berusaha sendiri tetapi lebih berjaya jika guna kepakaran, pengalaman, modal dan masa orang lain.

Barulah kacak bergaya

Gegadis tak suka kita guna orang lain untuk luahkan hati kita pada mereka, itu bukan jantan namanya :-p

#BelajarDariPengalamanPahitOrangLain
#TabungRumah

PERLUKAH TANGGUH BELI RUMAH?

1. Jika duit kita cukup cukup sahaja hidup tiap bulan, tangguh dulu beli rumah.

2. Belajar sewa rumah dulu, bayar sewa secara konsisten. Jika tak mampu bayar pindah rumah kecil.

3. Jika dah beli rumah, wajib bayar sampai habis. Jika tak mampu kita tak boleh lari membayar. Komitmen rumah 30-35 tahun bayar hutang yang panjang.

4. Separuh usia kita habis bayar hutang rumah. Beli rumah yang betul, bukan yang bebankan hidup kita.

5. Jangan juga bertangguh, adakalanya hidup ini perlu dipaksa dan disuruh. Jika tidak makin lewat kita beli, makin lambat kita bersara bebas hutang nanti.

Cari calon isteri yang bahagiakan kita, bukan bebankan kita dengan tudung jenama 'itik'nya.

Azizul Azli Ahmad

#LelakiSeksiAdaRumahSendiri
#GadisBistariAdaRumahSendiri
#NotaHartanahPercuma t.me/NotaAzizulAzli
#TabungRumah

SEBELUM BELI RUMAH SENDIRI

1. Jangan Bina hutang jahat, kad kredit dan pinjaman peribadi.

2. Lindungi identiti diri, jangan bagi ic pada Bangla atau sesiapa tak dikenali. Mereka boleh copy.

3. Jika telah ada hutang pastikan kita bayar, kecuali terhutang budi dibawa mati.

4. Jaga kesihatan diri, jangan sampai insuran tinggi sebab takut kita mati.

5. Mulakan tabungan, kita bukan anak menteri atau Raja Giri.

6. Peruntukan duit hadir seminar atau baca buku property. Jangan kedekut nanti kita rugi.

7. Elakkan diri jadi penjamin mana mana menteri yang nak buat pinjaman peribadi.

8. Pegi bank tunjuk slip gaji, tanyakan mereka rumah apa yang saya mampu beli.

#BeliRumahYangKitaMampu
#CariOrangRumahLepasBeliRumah
#TabungRumah

SEBELUM BELI RUMAH SENDIRI

1. Jangan Bina hutang jahat, kad kredit dan pinjaman peribadi.

2. Lindungi identiti diri, jangan bagi ic pada Bangla atau sesiapa tak dikenali. Mereka boleh copy.

3. Jika telah ada hutang pastikan kita bayar, kecuali terhutang budi dibawa mati.

4. Jaga kesihatan diri, jangan sampai insuran tinggi sebab takut kita mati.

5. Mulakan tabungan, kita bukan anak menteri atau Raja Giri.

6. Peruntukan duit hadir seminar atau baca buku property. Jangan kedekut nanti kita rugi.

7. Elakkan diri jadi penjamin mana mana menteri yang nak buat pinjaman peribadi.

8. Pegi bank tunjuk slip gaji, tanyakan mereka rumah apa yang saya mampu beli.

#BeliRumahYangKitaMampu
#CariOrangRumahLepasBeliRumah
#TabungRumah

MENGAPA BELI RUMAH DULU?

1. Jika kita gila beli kereta dulu ia telah makan kemampuan gaji kita.

2. Jika kita bergaji RM3,000 sebulan, kemampuan kita buat hutang adalah sekitar RM1,200 sebulan.

3. Kita mampu membeli kediaman sekitar harga RM250,000! Masih banyak kediaman begini sebenarnya.

4.Jika kita beli Axia dulu dan bayaran bulanan sekitar RM550. maka kemampuan gaji kita untuk beli rumah semakin kecil

(RM1200-RM550 = RM650)
Dengan baki RM650 kuasa membeli kediaman sekitar RM135,000 sahaja.

5. Itu belum tolak PTPTN, pembiayaan peribadi atau kad kredit. Makin banyak hutang makin gelap peluang.

Beli rumah dulu baru pasang angan angan kereta idaman.

Gegadis suka suaminya merancang masa depan mereka, bukan main ikut kawan tukar sportrim kereta saja.

#RumahLebihUtamaDariKereta
#Kongsikan bagi semua orang faham mengapa.

Dr Azizul Azli Ahmad
#TabungRumah

FORMULA ASAS BELI RUMAH

1. Gaji kita x 12 x 6.5 = Harga Kediaman kita.

2. Gaji RM2500 x 12 x 6.5 = RM195,000.

3. Pembiayaan rumah tak lebih dari 35% gaji.

4. Gaji RM2500 x 35% = RM875 Ansuran bulanan.

Beli rumah sebelum ada rumah dan gaji orang rumah.

Azizul Azli Ahmad

#KongsikanJikaBermanfaat
# t.me/NotaAzizulAzli
#TabungRumah

RULE OF THUMB BELI RUMAH

Rule of 30

Bayaran bulanan beli rumah tak lebih 30% peratus pendapatan kasar suami-isteri.

Kalau dapat 30% dari gaji bersih, lagi baik.

Jika pendapatan bulanan suami-isteri RM10,000, bayaran bulanan tidak lebih RM3,000.

Jika pendapatan bulanan suami-isteri RM5,000, bayaran bulanan tidak lebih RM1,500.

Jika jodoh bertemu tujuan hidup. Hanya 30% dari gaji buat bayaran rumah.

Jika gaji RM3,000. Bayaran rumah yang sihat sebaiknya RM900 sahaja. Rumah yang kita layak beli cuma RM180,000 sahaja.

Kawan kawan,

Makin besar bayaran hutang rumah, makin susah kita ada simpanan.

Azizul Azli Ahmad