Nota Emas Hilyati 📝
6.83K subscribers
28K photos
1.27K videos
2 files
8.57K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungLelaki

Adakalanya kita membunuh semangat isteri yang membara menjaga rumah tangga kita.

1. Dengan bertanya, kemana wang semua dihabiskan. Seolah olah mereka boros berbelanja.

2. Dengan persoalkan, apa yang dia lakukan dirumah seharian.

Seolah olah dia makan tidur sahaja tanpa lihat urusan anak dia bereskan.

3. Marahkan isteri, ketika dia mintak tambahkan duit belanja dapur yang semakin membesar hari ini.

Kita belum faham makna inflasi

4. Persoalkan isteri yang tidak bekerja, dan hanya jadi suri rumah tangga saja. Beban tugas suri rumahtangga luar biasa.

5. Menyalahkan isteri ketika anak anak sakit, seolah olah dia tidak pandai menjaga anak anak kita.

6. Membandingkan isteri dengan kawan kerabat yang lain. Tanpa melihat kebaikan yang isteri kita lakukan.

7. Membiarkan isteri urus semua belanja, kerana gajinya lebih besar dari kita.

Kita lupa kita suami dan dia isteri!

8. Tidak berikan nafkah buat mereka, dengan alasan duit dah habis bayar kereta luar negara.

Kawan kawan,

Jangan biarkan hati mereka terluka, semangat mereka untuk bersama membina rumah tangga bahagia akan tergendala.

Kepuasan sejati bagi seorang wanita, datang dari rumah tangganya, daripada suami dan daripada anak-anaknya

Api besar bermula dengan api kecil yang menyala secara tak sengaja.

Jadilah suami luar biasa.

Abah Qilah
Suami Mama Qilah
👍1