Nota Emas Hilyati 📝
6.7K subscribers
26.6K photos
1.19K videos
2 files
8.29K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungKereta

"SAYA TERBELI MERCEDES"

Tulisan ini untuk ingatan saya dan semua kawan kawan saya disini. Saya juga adakalanya terlupa dan ingin bergaya.

1. Saya selalu pesan dan berulang kali tulis disini, jangan beli sebab nak jaga pandangan orang.

2. Punca kita tak kaya, bila kita terlalu nak jaga apa orang kata.

"Ishhh doctor kena la pakai BMW, baru orang percaya".

Peduli apa orang percaya atau tidak pada kita, kita bukan nak jual apa apa.

3. Kereta adalah setahun gaji kita. Gaji RM5000 x 12 = RM60,000 sahaja. Beli Alza atau Almera.

4. Kereta yang salah beli, akan beri beban mental yang besar.

"Nak jual malu nanti apa kata orang nanti"

"Dulu semua gambaq atas bumbung, depan stering semua dah ambil gambar. Nanti orang tanya mana kereta, mana aku nak jawab".

"Jual nie kena tambah RM20,000 lagi sebab dah susut nilai. Hutang banyak lagi".

5. Jangan ingat semua yang kereta mewah itu tak pening kepala bayar kereta setiap bulan.

6. Saya pinjam kata Tuan Afyan Mat Rawi , "Beli kereta untuk pergi kerja, pergi kerja untuk bayar hutang kereta". #NerakaWang

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

Azizul Azli Ahmad

#JanganJualGayaHidup

#Sampaikan dan simpan buat ingatan adik adik dan kita
#TabungKereta

KERETA BABY AXIA SAHAJA

1. Mula kerja pakai kereta lokal sahaja sudah cukup baik.

2. Bayaran kereta yang sihat adalah 15% sahaja dari gaji kita.

3. Ramai antara kita bayaran kereta lebih dari 30% gaji yang diterima.

4.Tujuan beli kenderaan hanyalah untuk sampai ketempat kerja dengan selamat.

5. Beli kereta untuk pergi kerja, bukan pergi kerja untuk bayar hutang kereta.

6. Semua orang ada matlamat kewangan masing masing, ada orang beli kereta kecil sebab nak beli rumah cepat cepat.

7. Ada orang beli kereta besar untuk reward diri, bagi orang kagum dirinya, nak cari upline mlm dan bisnes online katanya.

8. Semakin besar kereta kita, semakin kecil peluang kita buat simpanan sebenarnya.

Kawan kawan,

Pakailah apa sahaja kenderaan yang tak bebankan hidup kita.

Tahniah dik sebab ada kesedaran yang baik.

Tiada kenderaan yang betul atau salah, yang ada hanyalah kesedaran yang baik.

Agar tidak beli kereta yang salah dan banyak simpanan. Baca naskah ini sebelum tahun 2023 dik

https://bit.ly/3GQuu0v
https://bit.ly/3GQuu0v

Azizul Azli Ahmad