Nota Emas Hilyati 📝
6.83K subscribers
28K photos
1.27K videos
2 files
8.57K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungKaya

MEREKA PERNAH JADI SANGAT KAYA AKHIRNYA MUFLIS!

Dalam buku 'Living A Good life' dinyatakan usia selebriti dan ahli sukan tidak lebih dari 10 tahun kebiasaanya.

Selepas zaman itu, populariti mereka akan berkurangan dan mereka semakin hilang duit. Jika duit tidak dikawal dengan baik, maka duit akan cepat habis.

Ramai orang dapat duit cepat, hilang dan habisnya juga cepat.

Ada beberapa tahap wang yang kita kena kuasai adik adik:

1. Menghasilkan Wang
Kerja dapatkan duit, pastikan kita ada beberapa sumber duit bukannya satu sahaja. Zaman ini memeng susah, tapi zaman ini lebih mudah buat duit.

2. Menyimpan Wang.
Masalah utama kita tidak diajar seni menyimpan duit, kita suka habiskan duit dari menyimpan duit. Siapa bijak menyimpan, dia akan lebih sejahtera.

3. Melabur Wang Tersebut.
Selepas dah simpan, kita wajib belajar labur duit kita. Tak perlu kuasai semua ilmu pelaburan, pilih satu dulu dan kuasai. Minat hartanah labur dalam hartanah, minat saham labur dalam saham.

4. Wang menghasilkan wang.
Pelaburan 'mesti' untung, kawal dan selia pelaburan kita. Jika rugi cari 'exit plan' cepat dan kuasai pelaburan kita. Biar wang hasilkan wang.

5. Kekal Berduit.
Ramai founder yang kita pernah nampak kaya raya kini telah sepi. Mereka gagal untuk 'Kekal Berduit'. Bila duit banyak mereka tidak tahu buat apa selepas itu selain belanja. Mereka tidak tahu The Rules of 4% or Let's Make it 6%. maka duit yang banyak semakin hilang.

Adik adik,

Kita yang bukan selebriti ini, terpaksa bekerja selama 30 tahun untuk ada wang persaraan.

Semak kita dah boleh capai tahap mana sekarang.

Tak ramai orang dapat duit dan 'Kekal Berduit', ramai yang duit mereka tidak menghasilkan duit dan akhirnya habis begitu sahaja.

Baiki diri kita dan pastikan kita tidak belanja lebih dari apa yang kita dapatkan. Banyakkan membaca dan belajar.

Kredit Tn Azizul Azli Ahmad
Agar Ramai Jadi Kaya
👍2
#TabungKaya

BAGAIMANA ORANG KAYA BAJET

Dalam buku Atomic Habits disebutkan tentang perubahan perubahan kecil dalam hidup yang beri kesan yang besar.

Perubahan kecil seringkali dilihat tidak beri kesan yang besar.

Hidup ini bermula dengan keputusan keputusan kecil yang digabungkan menjadi perubahan besar dalam hidup.

Orang menjadi kaya bila mereka melakukan perubahan kecil dalam hidup mereka hingga menjadi kebiasaan yang baik.

Kebiasaan baik ini menjadi tabiat yang berulang ulang, keseronokkkan menyimpan dan menabung hasil pendapatan bermula dari kecil kecil.

Lepas mahir menabung, mereka melabur untuk gandakan nilai simpanan mereka.

Menjelang Tahun Baru 2023

Semak kembali apa perubahan kecil yang kita boleh lakukan:

Bawa air dari rumah bukan beli dijalanan.

Tidak mengambil minuman manis.

Budayakan menabung duit warna hijau.

Jangan mudah tergoda dengan wanita paling lawa kita jumpa.

Langgan perlindungan paling kecil buat hibah keluarga.

Besarkan bajet pelaburan keluarga.

Berhenti sembang bab kereta dan ubahsuai kereta.

Beli kasut sukan baru untuk hidup lebih aktif.

Solat diawal waktu, jangan berlengah.

Kurangkan marah dan kawal perasaan marah

Bacalah sehalaman buku jika tak mampu sebuah buku.

Nafkahi isteri walaupun kecil sebagai ingatan dan tanggujawab.

Kawan kawan,

Mulakan dengan perubahan perubahan kecil dalam hidup kita.

Kita akan jadi lebih kaya dari orang kaya sebenarnya.

Azizul Azli Ahmad
#TabungKaya

5 CARA MUDAH JADI MISKIN

Ramai beranggapan, jadi miskin ini bila gaji kita kecil. Ramai juga orang yang gaji besar sebenarnya miskin.

Kerja dan 5 tahun, simpanan minimum ikut jumlah gaji belum pernah dicapai. Dana kecemasan belum ada, kita miskin sebenarnya.

1. Ada orang suka menunjuk apa yang dia ada, banyak mana pun gaji dia akan beli banyak liabiliti . Semua ini telan banyak duit kita.

2. Budaya suka berhutang ini perlu buang jauh jauh, hutang banyak telan peluang kita buat simpanan dan bina harta. Berhati hati dengan hutang ini, ia seperti pisau. Salah urus boleh cepat terluka.

3. Orang boleh jadi kaya walaupun dia bodoh dan tidak berpelajaran, ada orang boleh jadi kaya bila dia rajin. Cuma kita belum pernah dengar pemalas jadi kaya setakat ini.

4. Kesedaran kewangan ini tidak semua orang dapat hidayah, bila dapat jaga baik baik. Pupuk dan jaga agar tak hilang dibawa arus cuaca. Ramai orang gaji besar tiada kesedaran kewangan sebenarnya.

5. Ketagihan kopi mahal, ketagihan vape, ketagihan bahan terlarang, ketagihan arak semua itu makan belanja yang besar dan mahal. Semak apa ketagihan kita selama ini.

"Tagih cinta mama Qilah" 😌

Kawan kawan,

Baiki diri sendiri dengan baik.

Cari kenalan yang betul dan baik bab kewangan.

Baca buku dan hindari menyesal sebab gaji kita langsung tak berbaki selama ini.

Gaji bukan untuk dihabiskan tetapi untuk disimpan dan dilaburkan.

Kredit : Azizul Azli