Nota Emas Hilyati πŸ“
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungHidup

π™ƒπ™„π˜Ώπ™π™‹ 𝙄𝙉𝙄 π™π™„π˜Ώπ˜Όπ™†π™‡π˜Όπ™ƒ π™ˆπ˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‡!

Saya ada kawan yang tiap hari kalau ajak lepak hanya nak minum di Starbuck sahaja. Memang begitu hidupnya, bukan nak bergaya tetapi disitu paling selesa.

Pada saya juga tak salah sebab pendapatannya dah capai RM30K sebulan.

Tiap kali dia minum habis dalam RM30 sahaja. Jika sebulan 10 kali dia lepak disana, dia belanja baru RM300 sahaja.

Dia hanya belanja 1% dari pendapatannya untuk nikmati suasana dan kopi yang dia suka. Takkan tak boleh belanja 1% buat diri sendiri yer dak?

Masalah bermula jika gaji baru RM1500 sahaja, jika sebulan 10 kali minum dan lepak sana dan upload disosial media. Kita dah belanja 20% gaji untuk nikmati hobi yang kita suka.

Boleh sahaja, tidak salah juga.

Hidup ini tiada salah dan betul, yang ada baik atau buruk sahaja buat kita dimasa depan nantinya.

Hidup ini tidaklah terlalu mahal, yang mahal bila gaya hidup kita lebih dari kemampuan kita sebenarnya.

Kredit : #AAA
#TabungHidup

RENDAHKAN HATI

Bila kita masih baru disesuatu tempat, walaupun sudah berpengalaman tinggi dalam bidang itu. Kita harus rendahkan hati dengan berkata

"Saya masih baru, banyak yang saya tak tahu. Mohon tunjuk ajar".

Jangan cakap,

"Saya dah 18 tahun mengajar nie".

Semua orang akan kagum dengan kita dan lari jauh jauh kawan. Mereka tahu kita tak boleh ditegur.

Abah Qilah.

#RendahHatiTinggiJatiDiri