Nota Emas Hilyati ๐Ÿ“
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik ๐Ÿ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungEmas

"Selain simpan duit, kita kena simpan apa yang bang?"

"Simpan emas dik"

"Kenapa emas bang?"

"Dalam tempoh 21 tahun purata kenaikkan emas antara 10.5%-29% setahun dik"

"Ok baik, saya belajar simpan emas pula sekarang bang".

"Selain emas apa lagi kena simpan bang?"

"Simpan 'hati' baik baik, jangan mudah jatuh hati dengan mana mana gadis yang cantik menawan. Gegadis suka sangat dengan lelaki yang menyimpan emas nie sebenarnya.

Belajar simpan emas yang baik untuk pelaburan masa depan disini kawan kawan.

Azizul Azli Ahmad
Beli Emas Jangan Sampai Lemas

#Kongsikan agar adik kita bijak menyimpan emas untuk beli kereta nantinya. Bukan satu kereta tapi 5 jadinya.
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Jangan tukar semua simpanan duit kita menjadi emas. Tukar antara 10%-20% sahaja simpanan bersih menjadi emas. Beli emas dengan duit yang dalam tempoh 3-5 tahun kita tak akan usik dan guna.

12. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas
#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.
#TabungEmas

Dalam pelaburan hartanah golongan ini juga ada.

"Beli rumah banyak banyak, sebab itu rumah tak cukup dan mahal".

"Asik suruh orang beli emas, habis nak makan apa?"

Ada orang,

apa yang dia lihat akan ditafsir berdasarkan tahap pemikiran semasa dia sahaja.

"Asik tunjuk emas jer, menunjuklah tu. Ingat semua orang kaya ka?"

"Bagus juga emas nie untuk simpanan bagi anak isteri bila tak ada nanti".

Ia bergantung tahap kefahaman kita bab kewangan dan aset. Sebab itu lahir perkaraan 'Bodahlah awak ini' pada akhir status ini.

Kawan kawan yang baik.

1. Jangan simpan emas dengan duit keperluan harian kita. Duit gaji untuk belanja dapur jangan guna beli emas.

2. Fahami tujuan kita simpan emas, simpan untuk kahwin, untuk bersara, untuk hadiah pada isteri bila tiada nanti, untuk beli tanah, beli rumah, simpanan perniagaan, untuk menjaga nilai wang dari ditelan inflasi ada macam macam tujuan.

3. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika ada impian beli telur masin, bawang dan beras jangan simpan emas dulu. Simpanan emas yang baik 5 tahun dan kedepan.

4. Penjual emas juga, jangan persenda orang yang tak beli emas sebagai tidak bijak. Itu tidak adil, kefahaman kewangan tiap orang berbeza. Bersyukurlah jika ada kesedaran awal. Sama seperti menabung, tak semua orang rasa menabung itu wajib.

5. Jika belum ada duit lebih, jangan menyimpan emas. Nanti kita canang satu dunia emas ini rugi sebab beli semalam nak jual hari ini.

6. Jangan juga tunggu duit lebih baru beli, adakala duit selagi tidak dipaksa menyimpan. Ia tak akan lebih, maklumlah nafsu kita dan kuda sama sama naik bila jualan bonanza merdeka!

Bagi pendidikan kewangan, jangan putus asas. Menyimpanlah dan jaga keluarga kita.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

"Bang dekat mana nak letak duit untuk simpanan persaraan nanti bang?"

"Ada banyak tempat, KWSP, ASB, PRS, UT dan lebih istimewa adalah emas sekarang"

"Apa yang best sangat tentang emas?"

"Emas tawarkan diri sebagai Penyimpan Nilai yang baik, jika rajin tengok dan belajar, dalam tempoh 16 tahun ia bagi nilai yang baik buat nilai berbanding ringgit"

"Tapi lambat lagi nak bersara nie, ada 20 tahun lagi"

"Sifat emas untuk jangka panjang, ia bukan pelaburan jangka pendek dan sementara.

Jika nak cepat untung, emas bukan pilihan yang baik. Sebagai penyimpan nilai, emas berfungsi dengan baik"

"Ok, faham"

Kawan kawan,

Setiap instrument pelaburan ada objektif berbeza, jangan samakan atau bandingkan. Ia tidak bijak dan adil.

Semua ada kelemahan dan kelebihannya.

Jangan juga saling MENYALAHKAN dan MEMBANDINGKAN .

Baju sahaja ada pelbagai tujuan, baju sukan, baju sekolah, baju kerja, baju renang semua ada fungsi dan tujuan berbeza.

Inikan pula instrument pelaburan.

"Takkan pakai baju renang masuk opis marah bos sebab seksi sangat"

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad

#BeliEmasJanganSampaiLemas
#Jadilah pelabur bijak bukan dipijak pijak

#Belajar simpan dan beli emas disini https://publicgold.me/NurHilyati
#TabungEmas

"Bagus tak bang simpan emas nie bang?"

"Bagus jika ada kesedaran awal, abang dulu lambat juga ada kesedaran"

"Simpan duit dan emas mana bagus bang?"

"Secara jangka panjang, simpan emas lebih baik dari segi nilai, wang bukan penyimpan nilai yang baik untuk jangka panjang"

"Tak faham bang"

"Senang cakap duit kita semakin susut nilai, dulu RM50 boleh beli macam macam , sekarang 3-4 benda kat pasaraya dan cukup RM50 . Emas tidak begitu sifatnya"

"OK baik bang, faham"

Kawan kawan,

Belajar menabung emas sikit sikit menjelang tahun baru nanti ya

https://publicgold.me/NurHilyati

Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

HARGA EMAS BAGI 10 DINAR 1 JAN 2023

Simpan disini macam tahun lalu, harga emas naik lagi setiap tahun.

Boleh mulakan tahun baru dengan mula kumpul emas sikit sikit kawan kawan. Saya dulu mula dengan 1 dinar sahaja.

Boleh bermula dengan simpanan emas yang kita mampu.
Gold Bar Dinar 24k (Harga 1 jan 2023)

10 gram RM2,795,
20 gram RM5,577
50 gram RM13,877
100 gram RM27,625
250 gram RM68,838
1000 gram RM275,352

1 Dinar RM1,188
5 Dinar RM5,939
10 Dinar RM11,878

Mulakan tahun baru dengan kumpul sedikit emas juga baik buat masa depan keluarga kita. Beli 1 dinar juga bagus buat yang baru nak bermula.

Selamat tahun baru kawan kawan, moga 2023 lebih baik dan bermakna.

Azizul Azli Ahmad

#TahunDepanKitaSemakHarga
#TabungEmas

HARGA EMAS BAGI 10 DINAR 1 JAN 2023

Simpan disini macam tahun lalu, harga emas naik lagi setiap tahun.

Boleh mulakan tahun baru dengan mula kumpul emas sikit sikit kawan kawan. Saya dulu mula dengan 1 dinar sahaja.

Boleh bermula dengan simpanan emas yang kita mampu.
Gold Bar Dinar 24k (Harga 1 jan 2023)

10 gram RM2,795,
20 gram RM5,577
50 gram RM13,877
100 gram RM27,625
250 gram RM68,838
1000 gram RM275,352

1 Dinar RM1,188
5 Dinar RM5,939
10 Dinar RM11,878

Mulakan tahun baru dengan kumpul sedikit emas juga baik buat masa depan keluarga kita. Beli 1 dinar juga bagus buat yang baru nak bermula.

Selamat tahun baru kawan kawan, moga 2023 lebih baik dan bermakna.

Azizul Azli Ahmad

#TahunDepanKitaSemakHarga
#TabungEmas

"Bang, ada duit lebih nak buat apa?"

"Laburlah duit tu"

"Saya tak pandai bang melabur bang"

"Berniaga?"

"Lagi tak pandai bang, darah saya bukan darah berniaga. Darah pahlawan"

"Kalau macam tu, belajar simpan emas pelaburan untuk masa depan. Ia paling mudah dan tenang"

Kawan kawan,

Dalam kekalutan semua orang beli barang kemas ini. Beli emas pelaburan yang betul dan baik.

Jangan beli yang ada susut nilai yang tinggi.

Belajarlah buat simpanan emas untuk masa depan sejahtera nanti

Gegadis cepat lemas kalau tahu kita ada simpanan emas.

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad
Beli Emas Jangan Sampai Lemas

Harga emas hari ini RM297

#Belajar Simpan Emas Dengan Betul dan percuma disini

https://publicgold.me/NurHilyati/akaun-gap
#TabungEmas

Selain ada akaun ASB, Tabung Haji, Shopee dan akaun Tik Tok.

Belajar juga simpan emas.

Jangan tukar semua duit jadi emas, sebaiknya hanya guna 10%-20% dari simpanan tunai kita jadikan emas.

Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika ada duit dan cadang tak akan pakai dalam tempoh 3-5 tahun mendatang.

Jadikan ia dalam bentuk emas kawan kawan.

Boleh mula belajar simpan emas disini kawan kawan juga.

https://publicgold.me/NurHilyati

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad
Tips Pelaburan Emas yang Simple Tapi Power
.
"๐—•๐˜‚๐˜† ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ฑ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐˜„๐—ฎ๐—ถ๐˜, ๐—ป๐—ผ๐˜ ๐˜„๐—ฎ๐—ถ๐˜ ๐˜๐—ผ ๐—ฏ๐˜‚๐˜† ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ฑ"
.
"๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚...๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ"
.
Sebab:
.
Bila ada gram dalam simpanan, barulah kenaikan harga emas menguntungkan anda
.
Bila asyik tengok sahaja harga emas tapi takde gram dalam simpanan, maka untung = kosong

#TabungEmas
#TabungEmas

EMAS DAN TUNAI

1. Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Jika duit semakin susut nilai, belajar simpan emas agar duit kita ada kekal bernilai.

2. Emas tiada tempoh luput. Boleh disimpan bertahun tahun dan tetap memberi sinar dan nilai yang baik dizaman apa pun.

3. Emas tetap bernilai walaupun dalam keadaan patah, nampak buruk, bengkok atau hancur. Emas tetaplah emas.

4. Emas penyelamat nilai. Ketika rakyat Vietnam melarikan diri semasa perang. Mereka mengunakan emas untuk menukar nilai ketika wang mereka sudah tidak laku lagi.

5. Emas matawang tanpa sempadan. Bawalah kemana negara, tetap orang akan suka kita.

Kawan kawan,

Belajarlah menyimpan emas. Mulakan sikit sikit dahulu buat diri atau keluarga kita.


Kredit : Azizul Azli Ahmad
Simpan Emas Jangan Sampai Lemas
#TabungEmas

TUNAIKAN HAJI DENGAN EMAS!

Jika ada impian menunaikan haji, buatlah simpanan emas.

Peningkatan nilai emas lebih tinggi, laju dan cepat berbanding kenaikan nilai kos haji.

Simpanan emas melindungi nilai duit kita.

Belajar menyimpan emas bermula disini kawan kawan.

https://publicgold.me/NurHilyati

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

TUNAIKAN HAJI DENGAN EMAS!

Jika ada impian menunaikan haji, buatlah simpanan emas.

Peningkatan nilai emas lebih tinggi, laju dan cepat berbanding kenaikan nilai kos haji.

Simpanan emas melindungi nilai duit kita.

Belajar menyimpan emas bermula disini kawan kawan.

https://publicgold.me/NurHilyati

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

EMAS HARI INI!

Pasaran nilai emas hari ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, inflasi, permintaan dan penawaran global, serta ketidakpastian geopolitik.

Berikut adalah beberapa poin utama yang sering mempengaruhi harga emas:

1. Kadar Faedah:

Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung mencari aset yang lebih selamat seperti emas. Ini kerana emas tidak memberikan pulangan faedah, jadi dalam keadaan kadar faedah rendah, emas menjadi lebih menarik.

2. Inflasi:

Emas sering dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Apabila inflasi tinggi, nilai mata wang mungkin merosot, tetapi emas biasanya mengekalkan nilainya.

3. Permintaan dan Penawaran:

Permintaan untuk emas boleh datang daripada industri barang kemas, teknologi, dan pelaburan. Penawaran emas pula bergantung kepada pengeluaran dari lombong dan kitar semula.

4. Ketidakpastian Geopolitik:

Dalam keadaan politik yang tidak menentu atau krisis ekonomi, pelabur cenderung membeli emas sebagai aset selamat.

5. Kadar Pertukaran Mata Wang:

Nilai emas sering diukur dalam USD. Oleh itu, perubahan dalam kadar pertukaran mata wang boleh mempengaruhi harga emas di pasaran antarabangsa.

BELAJARLAH MENYIMPAN EMAS

#AAA
#TabungEmas

KELEBIHAN EMAS

Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.

Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.

Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri untuk membeli pelbagai jenis barang.

Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh

Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.

Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.

Selebihnya, bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.
#TabungEmas

KELEBIHAN WANITA MENYIMPAN EMAS

Membeli emas dapat membantu wanita mengelakkan pembaziran kerana ia menukarkan wang tunai kepada aset fizikal yang bernilai.

Emas bukan sahaja memberi nilai ekonomi, tetapi juga mempunyai nilai sentimental dan kebudayaan yang kuat dalam masyarakat kita.

Belajar belajar simpan emas, jangan banyak sangat simpan kenangan.

Simpan emas lebih baik dari simpan dendam. Gittew.

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

KELEBIHAN EMAS

Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.

Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.

Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri,dirasuk syaitan untuk membeli pelbagai jenis barang.

Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh

Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.

Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.

Selebihnya,kalau bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.

Simpanan emas sangat bermanfaat.Disaat negara menimpa musibah kejatuhan ekonomi dan kejatuhan ringgit malaysia, maka kita boleh menyimpan kekayaan dari terus dimakan inflasi.

Kita dapat mengimbangi kekayaan kita dengan inflasi semasa dengan menyimpan aset. Sebagai contoh hartanah dan emas adalah aset terbaik.

Memang kita rasa simpan duit di bank lebih selamat dari segi kuantitinya tapi tidak dari segi nilainya.

Kalau kita tengok RM 10k hari ni tidak akan sama nilainya RM10k 10tahun akan datang.

Barang yang kita beli dengan harga 10k hari ni ,tidak akan dapat dibeli 10tahun yang akan datang..bukan kita tak hadap, tapi minda kita belum terbuka.

Pada tahun 1998, nilai mata wang kita pernah susut nilainya hingga 50% tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilainya pun sekurang-kurangnya emas ditangan kita.

Selagi kita tidak menjualnya selagi itu kita tidak akan rugi.

Emas juga boleh dijadikan sebagai wang antarabangsa. Sebab emas tiada sempadan tempat dan masa. Emas sangat bernilai diseluruh pelusuk dunia.

Sebagai pelabur pula, emas boleh dijadikan pelaburan tetapi pastikan kita beli dalam bentuk yang lebih besar contohnya yang 100g, 250g atau 1kg.

Beli masa harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Baru dikatakan bijak.. Beli dan simpan bila cukup masa kita jual..

Emas juga boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan sama ada untuk peniaga kecil mahupun besar.

Dengan menjadikan emas sebagai modal pusingan, peniaga dapat pastikan yang modalnya tidak tergunakan tanpa sengaja terutama bagi peniaga yang bermusim.

Emas juga tidak ada dalam mana-masa sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas..

Orang yang diistiharkan muflis juga boleh simpan dan beli emas tanpa pengetahuan bank atau pihak lain.

Emas ni boleh dibeli dan dijual secara runcit...sikit-sikit la.. Jadi bagi mereka yang susah hendak menyimpan duit, simpanlah emas sikit-sikit pun tak pa.. Lama-lama jadi bukit..

Beli sebulan segram dah memadai. Kemudian dari simpanan emas tukarlah jadikan ia sebagai pendahuluan pembelian rumah pertama ๐Ÿ anda dan rumah-rumah seterusnya.

Simpanlah sebulan segram, jika mampu sebulan 1dinar, jika lebih mampu beli la sekilo untuk dijadikan sebagai pelaburan..๐Ÿ˜„

Mulakan simpanan hari ni demi masa hadapan. Bak kata pepatah Simpanan menjamin masa hadapan kita. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda yang rugi.

Jangan takut untuk mengorak langkah. Bermula dari sekarang supaya tidak menangis kemudian hari.
#TabungEmas

TUNAIKAN HAJI DENGAN EMAS!

Jika ada impian menunaikan haji, buatlah simpanan emas.

Peningkatan nilai emas lebih tinggi, laju dan cepat berbanding kenaikan nilai kos haji.

Simpanan emas melindungi nilai duit kita.

Belajar menyimpan emas bermula disini kawan kawan.

https://publicgold.me/NurHilyati

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

MULAKAN SIMPAN EMAS 2025!

Kawan kawan,

Kita mulakan  Tahun  2025 dengan simpanan emas.

Awal Januari 2024,1 dinar harga RM1214, hari ini 1 Januari 2025.

1 dinar dah jadi RM1740 jadinya.

Baru setahun sahaja!

https://publicgold.me/NurHilyati/akaun-gap
#TabungEmas

EMAS NAIK TETAP BELI?

Memang betul, harga emas makin naik, tapi orang tetap beli.

Kenapa?

Ada beberapa sebab yang buat emas ni tetap hot walaupun mahal:

1. Pelaburan Jangka Panjang

Orang beli emas sebab tahu harganya akan terus naik dalam jangka panjang. Walaupun sekarang mahal, 5-10 tahun lagi mungkin lagi mahal. Jadi, beli sekarang lebih baik daripada nanti.

2. Emas Sebagai Simpanan Nilai

Duit kertas boleh susut nilai sebab inflasi, tapi emas sentiasa ada nilai. Kalau ekonomi jatuh atau duit jadi lemah, emas tetap laku. Sebab tu ramai anggap emas macam โ€˜insurans kewanganโ€™.

3. Trend & FOMO (Fear of Missing Out)

Bila orang lain beli, kita pun rasa nak beli. Lagi-lagi bila nampak orang post dekat media sosial tunjuk gold bar, rantai tebal, atau simpanan emas mereka. Takut nanti harga makin naik, kita tak sempat beli.

4. Kegunaan & Prestij

Orang Melayu memang suka emas, bukan setakat untuk pelaburan, tapi juga sebagai perhiasan. Rantai, gelang, cincin โ€“ semua ni ada nilai tambah. Pakai emas rasa โ€˜ada classโ€™ dan nampak kaya.

5. Duit Simpanan Tak Berapa Kukuh

Kadang-kadang orang yang tak reti simpan duit, dia beli emas sebagai cara paksa diri menyimpan. Sebab kalau ada emas, susah sikit nak belanja sesuka hati berbanding duit dalam akaun.

6. Boleh Gadai Bila Terdesak

Kalau ada kecemasan, emas boleh dicairkan dengan mudah. Pegang emas rasa lebih selamat sebab tahu boleh gadai kalau ada hal urgent.

7. Hadiah & Mas Kahwin

Dalam budaya Melayu, emas selalu jadi pilihan untuk hadiah, hantaran kahwin, atau mas kahwin. Jadi walaupun mahal, orang tetap beli sebab dah jadi adat.

Kawan kawan,

Benda ni memang menarik, sebab walaupun harga naik, permintaan tetap tinggi. Kau sendiri ada simpan emas ke, atau tengah fikir nak beli?

Azizul Azli Ahmad