Nota Emas Hilyati 📝
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungDuit

RINGGIT MAKIN LEMAH?

1. Bukan hanya Ringgit sahaja melemah sebenarnya. Matawang Yuan, Yen, Euro, Pound Sterling dan Swiss Franc juga sedang menurun.

2. Penurunan nilai matawang kita bukan hanya disebabkan ringgit kita melemah semata mata, tetapi nilai Dolar juga semakin mengukuh.

3. Kelemahan ringgit akan beri kesan kepada harga barang terutamanya barang yang diimport akan jadi mahal.

Makan betik Pak Man, kurangkan makan betik dari Jenifer Arisson.

4. Bila ringgit rendah, kita akan mula beralih kepada barang lokal sebagai pilihan berbanding barangan import seperti sebelum ini. Ia bantu pacu ekonomi juga.

5. Menurut BNM, Kita juga sebenarnya lebih banyak eksport barangan berbanding import barangan. Jadi tukaran matawang asing seimbang .

6. Cuma data inflasi kita pada kadar 2.2% masih rendah berbanding negara lain seperti US 8.3%, Singapore 5.1%, Australia 5.4%.

Pelik juga rendah sangat. mmmm.. tapi harga barang makin mahal? 😌

7. Dalam keadaan sekarang pastikan simpanan pelaburan kita beri pulangan yang lebih baik dari 2.2% tersebut.

8. Kekal berbelanja secara baik dan sihat. Pastikan kita ada pendapatan tambahan. Nilai kembali kehidupan kita, hindari hutang baru yang susut nilai.

Paling penting adalah kawalan

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

KITA TAK BOLEH KAWAL BANK?

1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.

2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.

3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.

4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.

5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.

6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.

Kawan kawan,

Mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja.

Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

8 TANDA KEWANGAN KITA SIHAT

Jalani sahaja hidup ini dengan baik,

Jika kita bersedia dari segi kewangan tiada apa yang perlu kita bimbingkan tahun depan kawan.

#AAA
#TabungDuit

BUAT APA BILA DUIT MELEMAH?

Bila duit kita semakin melemah, jangan merungut sahaja. Ia tak guna.

Selain ringgit matawang negara jiran juga ada yang melemah.

Apa kita boleh mula buat?

Belajar simpan duit kita dalam bentuk emas. Sifat emas itu universal.

Jika dolar mengukuh, harga emas akan mula menurun biasanya.

Jadi,

Jika ada duit lebih, dan rancang untuk takkan guna dalam 2-3 tahun kedepan. Saya galakkan simpanlah emas.

Hari ini 13 Julai 2023

0.5 gram emas = RM205
1 gram emas = RM316
10 gram emas = RM3,160
20 gram emas = RM6,306
50 gram emas = RM15,690
100 gram emas = RM31,239

1/4 dinar = RM405
1/2 dinar = RM790
1 dinar = RM1,343
5 dinar = RM6,716
10 dinar = RM13,431

Kawan kawan,

Merungut dan salahkan kerajaan tak ubah apa apa pun macam semalam.

Harga tetap sama, yang boleh kita lakukan buat simpanan buat siri dan keluarga kita.

Belajar menyimpan emas buat masa depan, bahaya simpan emas bila sekali beli ketagih nak beli dan simpan lagi.

Kredit nota: Tuan Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

HARGAI USIA KITA

1. Hargai Kerja Keras Kita Supaya Tak menyesal di Masa Tua.

2. Jangan sampai hidup ini cuma fokus pada cari duit sahaja, tetapi kita lupa kelola semua hasil kerja keras kita.

3. Dapat duit kita belanja dan habiskan, tunggu gaji untuk ada duit kembali.

4. Kita lupa untuk buat Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

5. Padahal, kita tak selamanya produktif dan akan mampu mencari duit.

6. Sudah banyak teladan kita jumpa orang yang kewangannya bagus akhirnya kehidupannya hancur kerana gagal urus wang dengan baik.

7. Sebab itu kita wajib memikirkan soal Dana Kecemasan, pelaburan dan Perlindungan untuk kenyamanan kewangan kita nanti.

Pesan pesan buat ingatan kita bersama

Azizul Azli Ahmad

Sampaikan agar adik adik kita mula menabung dan menyimpan demi masa depan sendiri.
#TabungDuit

RINGGIT SEMAKIN MENDEBARKAN!

Bila Ringgit Malaysia semakin jatuh dengan konsisten. Kita hanya ada dua pilihan sahaja.

1. Belajar Menyimpan Emas
2. Tukar kepada Dolar

Pilihan pertama lebih baik, sebab emas diterima oleh mana mana negara didunia.

Emas matawang tanpa sempadan.

Mulakan sikit sikit menyimpan emas, bulan ini mulakan beli satu dinar simpan. Jika nak lebih bagus, jangan beli kecik kecik.

Beli yang besar agar spread tidak banyak kali berlaku.

Emas adalam penyimpan nilai yang baik

Kredit : Dr. Azizul Azli