Nota Emas Hilyati 📝
6.7K subscribers
26.7K photos
1.19K videos
2 files
8.33K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Seperti yang dijangka, hari ini OPR telah pun dinaikkan sekali lagi...

Makanya kadar ansuran bulanan rumah kita turut sama akan naik lagi bermula pada bulan hadapan.😓

Bagi mereka yang menyewa, kemungkinan besar tuan rumah anda akan turut sama menaikkan kadar sewa rumah dalam masa terdekat ini. Tunggu dan lihat sajalah nanti...

Tiada siapa pun yang akan terlepas dari libasan ekonomi yang melanda pada kali ini.

Ada antara kita yang akan mula berkira-kira untuk potong takaful, stop unit trust, tunda beli rumah, kereta dan kurangkan beli makanan diluar...

Semua ini akan memberikan kesan "domino effect" yang pastinya akan memberi kesan kepada ejen, sales person, penjual makanan dan peniaga kecil secara amnya.

Sesungguhnya, kita tak mampu nak kawal semua kenaikan yang berlaku disekeliling kita pada hari ini.

Apa yang kita boleh lakukan adalah ikat perut, ikat kemahuan dan ikat nafsu kita untuk berbelanja pada barang yang bukannya satu keperluan untuk kita terus hidup.

Selepas semua usaha telah kita lakukan, maka barulah kita berserah pada Allah swt.

Jangan lupa kekal untuk bersedekah walaupun kita tidaklah sekaya mana kerana sedekah itu mampu menghapuskan dosa.

Moga kita semua terus kekal tabah...

#MERZ
FB: MOHD EZAIROL REZAN ZAINOL
TERKINI ‼️

OPR NAIK LAGI KE 2.75%
Seperti yang dijangka, hari ini OPR telah pun dinaikkan sekali lagi...

Makanya kadar ansuran bulanan rumah kita turut sama akan naik lagi bermula pada bulan hadapan.😓

Bagi mereka yang menyewa, kemungkinan besar tuan rumah anda akan turut sama menaikkan kadar sewa rumah dalam masa terdekat ini. Tunggu dan lihat sajalah nanti...

Tiada siapa pun yang akan terlepas dari libasan ekonomi yang melanda pada kali ini.

Ada antara kita yang akan mula berkira-kira untuk potong takaful, stop unit trust, tunda beli rumah, kereta dan kurangkan beli makanan diluar...

Semua ini akan memberikan kesan "domino effect" yang pastinya akan memberi kesan kepada ejen, sales person, penjual makanan dan peniaga kecil secara amnya.

Sesungguhnya, kita tak mampu nak kawal semua kenaikan yang berlaku disekeliling kita pada hari ini.

Apa yang kita boleh lakukan adalah ikat kemahuan dan ikat nafsu kita untuk berbelanja pada barang yang bukannya satu keperluan.

Selepas semua usaha telah kita lakukan, maka barulah kita berserah pada Allah swt. Moga kita semua terus kekal tabah...

#Merz

Kredit Tn Mohd Ezairol Rezan Zainol
Aduhh... Kenapa makin teruk nilai ringgit kita ni.😓

Kalau nilainya adalah yang terendah dalam tempoh 26 tahun, ini bermaksud nilai ringgit kita pada hari ini adalah yang terburuk sejak tahun 1998.😔

Jadi apa tindakan kita?
- utamakan keperluan
- kurangkan atau elak hutang
- cari side income
- pelbagaikan simpanan
- simpan aset emas untuk jangkamasa panjang

----

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), seiring mata wang negara pesat membangun yang lain, berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit mencecah paras terendah dalam 26 tahun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 ketika ditutup pada Jumaat dan berbanding paras terendah yang dicapai pada 1998.

Sumber : Berita Harian Online

#Merz