Nota Emas Hilyati πŸ“
6.82K subscribers
27.7K photos
1.24K videos
2 files
8.5K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Sifat duit, rasa nak belanja.
Sifat emas, rasa nak kumpul.

Jika orang tanya kenapa penyimpan emas boleh berjaya berbanding penyimpan duit, itulah jawapannya.

Ramai orang bertangguh simpan emas bukan kerana emas mahal, bukan kerana duit tiada tetapi kerana kurang bersungguh untuk mula.

Kalau bersungguh-sungguh mula, pasti akan capai simpanan emas kerana simpanan emas boleh bermula dengan sekecil 1gram emas.

#FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
Pentingnya konsisten untuk β€˜membayar’ balik masa yang kita tangguh.

Kita tangguh bukan kerana duit.
Kita tangguh bukan kerana orang sekeliling.
Kita tangguh kerana diri kita sendiri.

Rugi kan bertangguh benda baik😊

#FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
Simpan duit rasa nak belanja. Sebab itu kita kena hadirkan rasa belanja kepada emas.

Apabila kita mula selesa belanja kepada emas secara tidak langsung kita Sebenarnya menyimpan duit.

Ya benar, ada emas Pasti ada duit.
Ada duit belum tentu Ada emas.

#FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
Asyik asyik emas emas dan emas. Bila nak gunanya?

Ini antara soalan yang sangat baik. Untuk orang yang celik emas, emas akan menjadi benteng untuk membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Pengalaman saya melihat, orang yang ada simpanan emas selalunya akan cakap

β€œAlhamdullillah ada emas”
β€œSyukur ada emas ketika susah”
β€œUntung simpan emas. Tak perlu pinjam duit”

Untuk orang yang belum simpan emas, ketika berlakunya kecemasan,

Mereka mula sedar pentingnya Simpan emas.

Mereka terfikir untuk mula simpan emas.

Ketika itu kesedaran mula menebal. Semangat mula tinggi.

Apa kan daya, mereka terlepas manfaatkan emas ketika berlakunya kecemasan. Akan tetapi itu jauh lebih baik daripada tidak mula-mula.

Syukur dan Tahniah yang telah mulakan simpanan emas.


#FairuzAziz
Kita takut untuk mulakan simpanan emas tetapi kita tidak takut Jika tiada simpanan emas.

Kenapa terbalik?

Kerana mindset kita lebih kepada takut menyimpan daripada takut tidak menyimpan.

Simpan emas bukan untuk kita kaya tetapi untuk elakkan kita meminta-minta.

#FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
Kaya adalah subjektif. Sedikit kisah β€˜Kaya’ untuk dikongsikan.

Ada orang gambarkan kaya jika memiliki rumah besar.

Ada orang gambarkan kaya jika memiliki kereta mewah.

Ada orang gambarkan kaya jika memiliki duit banyak.

Ada orang gambarkan kaya jika memiliki emas berketul-ketul.

Tapi ada yang gambarkan kekayaan dengan hanya memiliki motosikal biasa, cukup untuk pergi ke tempat kerja dan masjid dengan keadaan yang selesa tanpa perlu risau dengan apa apa kerosakan motosikal tersebut.

Ya benar, ini pengalaman saya mendengar kisah daripada salah seorang yang saya kenal.

Kata beliau,
Bekerja untuk mencari rezeki keluarga.
Solat Jemaah di Masjid untuk membuang ego dan sombong supaya tidak lupa dengan rezeki Allah.

Hebatkan pemikiran begini?

Saya menjadi saksi Isterinya sangat hormat kepada beliau.

Saya menjadi saksi Anak-anaknya sangat baik dan mendengar nasihat beliau.

Subhanallah.
Setiap orang mempunyai tafsiran kaya berbeza.

Semoga kita semua kaya dan berjaya yang diredhai Allah. Aminn YRA

#FairuzAziz
Jongkong emas 350gram ini sekitar tahun 2014 dimana harga emas ketika itu RM140/gram. Jadi nilai 350gram emas itu adalah RM49,000.

Tahun 2022 Harga emas sekitar RM280/gram. Jadi nilai jongkong 350gram itu dah cecah hampir RM98,000.

Perbezaan harga sekitar RM49,000

Sikit ja kan?
Boleh la daripada tiada kan😁

Abaikan tangan kasar tu. Tangan laki kan tak pakai losyen, so biasala kan nampak kasar sikit. πŸ˜†πŸ˜†

#FairuzAziz
Duit Raya ❌
Emas Raya βœ…

β€’ Sampul 1 = 2gram - RM600
β€’ Sampul 2 = 4.25gram (1Dinar) -RM1200
β€’ Sampul 3 = 5gram - RM1400
β€’ Sampul 4 = 20gram- RM5600

Nasiblah siapa dapat sampul ke-4. 😍

#FairuzAziz
Duit seronok untuk berbelanja.

Simpan RM500 habis.
Simpan RM200 habis.
Simpan RM100 habis.
Simpan RM50? Lagi lah habis.

Sebab itu,

Bila kasut koyak sikit, rasa nak beli baru.

Bila baju buruk sikit, rasa nak beli baru.

Bila telefon jatuh sikit, rasa nak beli baru.

Itu lumrah apabila β€˜Berduit’
.

Emas adalah penawar terbaik untuk selamatkan duit daripada habis.

Mula dengan 1gram, pengakhiran bergram-gram.

#FairuzAziz
Teringat kisah semut dan burung yang pernah diceritakan kepada saya masa kecil dulu.

Burung tiada siapa nak berkawan sebab burung terbang tinggi.

Semut juga tiada siapa nak berkawan sebab semut terlalu kecil.

Akan tetapi Burung dan Semut berkawan baik.

Ada suatu ketika semut jatuh dalam sungai dan burung datang menyelamat.

Suatu hari ditakdirkan seorang pemburu datang mahu menembak burung tersebut. Semut datang dengan menggigit pemburu itu. Maka tembakan tersasar.

Walaupun cerita ini dongeng tetapi bila teringat semula rupanya banyak pengajaran yang boleh diambil. Berkait rapat dengan persahabatan.

Hati-hati berkawan.
Ada yang hadir ketika kita senang.
Ada yang pergi ketika kita susah.

Cari kawan yang boleh bersama ketika kita susah senang. Bukan bermaksud kita meminta duit mereka tapi cukuplah mereka ada untuk berikan kata-kata semangat.

#FairuzAziz
#Tahun2020
= 1 kilogram RM235,649
= 2 kilogram RM471,298

#Tahun2024
= 1 kilogram RM380,374
= 2 kilogram RM760,748

#Perbezaan (2020 hingga 2024)
= 1 kilogram RM144,725
= 2 kilogram  RM289,450

Beli dan simpan ja pun dah untung βœ…
Lebih lama simpan lebih bernilai βœ…
Bahagia cara kitaπŸ₯³

#FairuzAziz
Lima (5) perkara yang saya belajar dan dapat daripada Achievers :

1. Kesusahan.
Kesusahan itu adalah proses untuk berjaya. Jika tidak mahu dan tidak sanggup susah, proses untuk berjaya itu tidak wujud.

2. Korban sesuatu demi sesuatu.
Orang boleh beri alasan tidak cukup masa. Semua orang diberi 24jam tetapi yang membezakan seseorang ialah cara manfaatkan masa. Untuk achievers, korbankan masa tidur, korbankan masa makan, korbankan masa bersama keluarga.

3. Bahagiakan Orang sekeliling.
Orang berjaya banyak korbankan diri demi orang sekeliling. Kejayaan bukan tentang diri tetapi tentang orang sekeliling.

Gembirakan βœ…
Bahagiakan βœ…

4. Kegembiraan.
Kata Achievers, apabila berjaya itu adalah kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Seolah-olah terbalas kesusahan lalu.

5. Impian Besar & Jelas.
Apabila impian besar, segala halangan-halangan dianggap kecil. Apabila impian jelas, segala kesusahan dianggap cabaran.

Bahagia Cara Kita πŸ₯³

#FairuzAziz
Suka Melihat Kejayaan