Nota Emas Hilyati 📝
6.66K subscribers
26.5K photos
1.19K videos
2 files
8.28K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungHutang

BERHENTILAH MAIN KUTU?

Satu budaya menyimpan duit sejak zaman dulu kala adalah bermain 'kutu'.

Dipejabat saya juga, budaya ini masih subur sebenarnya.

Jika pakatan ada 12 orang maka, kita akan buat cabutan siapa yang dapat bulan pertama sehingga bulan 12.

Malah ada yang negosasi,

"Boleh bagi aku bulan 8 sebab road tax Audi aku mati". Cerita Syukri.

Jika kita kutip RM100 sebulan, sekali dapat RM1200.

Bila bulan pertama kita dah dapat, bulan depan kita dah mula berhutang dengan kawan kawan.

Kita dah dapat RM1200, dan kita mula berhutang RM1100 pada semua kawan kawan.

Bagaimana jika belum habis giliran kita, kita dijemput illahi pergi. Mati itu pasti!.

Elakkan main kutu kerana ia membina hutang sebenarnya.

Jika susah sangat nak menyimpan. Isi borang arahan tetap potongan masuk terus ASB atau Tabung Haji.

Ia lebih terjamin.

Secara perundangan satu kesalahan, secara hukum ianya dilarang.

Abah Qilah
Pesan Buat Kawan

#Bermain kutu adalah satu kesalahan dibawah sek 3 akta Kumpulan Wang Kutu 1971
#Dalam naskah Duit ini ada cara menabung lebih seksi disini https://bit.ly/2RmVrET