Nota Emas Hilyati πŸ“
6.81K subscribers
27.6K photos
1.24K videos
2 files
8.49K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Pentingnya konsisten untuk β€˜membayar’ balik masa yang kita tangguh.

Kita tangguh bukan kerana duit.
Kita tangguh bukan kerana orang sekeliling.
Kita tangguh kerana diri kita sendiri.

Rugi kan bertangguh benda baik😊

#FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
Antara sebab kenapa orang ramai beralih dari simpan DUIT kepada simpanan EMAS

Kebanyakan dari kita termasuk saya, mudah tergoda dgn nafsu berbelanja. Tidak mampu untuk simpan DUIT dalam jangka panjang.

"Kerja bertahun-tahun, tapi tak ada simpanan" --> janganlah kita termasuk dlm golongan ini

Jadi untuk berjaya dalam simpanan jangka panjang, simpanan EMAS adalah yang terbaik.

Tahniah kepada yang sudah dapat KONSISTEN menyimpan emas.

Bagi yang ingin memulakan simpanan emas serendah RM100 boleh whatsapp saya.

Pendaftaran adalah PERCUMA, klik πŸ‘‡πŸΌ
https://publicgold.me/NurHilyati
Jom kita buat self-check dan tengok matlamat kewangan di bawah. Adakah kita on track? Lagi 15 tahun nak capai usia persaraan, dah ready ke belum?

1. Kumpul aset, elak tambah liabiliti seperti pinjaman kereta, kad kredit, dan pinjaman peribadi.
2. Elak hutang jangka panjang seperti pinjaman kereta. Duit yang ada lebih baik penuhkan tabung simpanan, berbanding tukar kereta baru.
3. Fokus 100% tabung persaraan. Contoh: Tabung Haji, ASB, Emas.
4. Menabung, menyimpan, melabur. Pilih instrument yg boleh beli pulangan yg tinggi. Contoh Emas. Harga meningkat 47% dalam masa 3 tahun. Ok sangat kan?
5. Elak buat hutang tak perlu contohnya personal loan. Jangan sekali-kali melabur guna duit loan. Kalau tak dapat return tinggi, terperangkap dalam hutang baru pulak.
6. Banyakkan bersedekah, jangan lupa bayar zakat.

Kita mungkin hanya ada lagi 15 tahun sebelum capai usia persaraan. Rancang kewangan sebaiknya, supaya boleh pencen dengan selesa, tak susahkan anak2 dan cucu.

Kita juga mungkin tak punya masa yang lama, jadi jangan lupa tunaikan perkara yg wajib. Keberkatan Allah itu penting, untuk tenang di dunia, tenang di akhirat.

Bagi anda yang nak cepat penuhkan dana persaraan dan achieve financial freedom dengan simpanan emas, klik ni utk saya guide ok 😍

https://publicgold.me/NurHilyati
3 PRASYARAT SEBELUM BELI EMAS😁

1. ISLAMIC

Ini syarat utama sebagai muslim. Emas adalah barang ribawi. Sangat mudah jatuh dalam hukum riba.

Jadi sebagai Muslim Mukmin Muttaqin, kita perlu berjaga-jaga dengan apa jua transaksi jual beli yang melibatkan emas.

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir: "Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba, seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda: Mereka semuanya sama bersalah." (Hadis Riwayat Muslim)

Patuh shariah tidak pada nama tetapi pada pelaksanaan. Usah terpedaya dengan nama ala-ala islamik, hakikatnya 'scammers'. Pernah dengar Mecca Fund?

2. LEGAL

Ini prasyarat kedua. Sekadar patuh shariah tetapi melanggar hukum dan undang-undang negara juga tidak boleh.

Jual beli emas haruslah bertepatan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan BNM.

Jual beli emas fizikal bukanlah sebuah pelaburan. Ia adalah proses jual beli, oleh itu tidak perlu kepada apa-apa syarat dari BNM.

Fahami serba sedikit tentang undang-undang yang berkaitan agar kita tidak tersilap langkah. Jangan kerana kawan, dan dasar tolong Melayu maka kita pun menyerahkan duit kita kepada sesebuah syarikat yang tidak kita ketahui statusnya.

3. LOGIC

Ini adalah prasyarat ketiga yang perlu anda teliti. Pastikan jual beli adalah logik. Jika harga semasa dunia adalah RM270 per gram, adalah tidak logik untuk sesebuah syarikat menjual emas dengan harga RM200 per gram. Jangan kerana nak jimat, kita ditipu sampai lumat.

Sebagai pembeli emas juga, pastikan kita tahu bahawa emas tidak menjanjikan sebarang keuntungan melalui dividen, faedah atau hibah.

Keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas (capital gain). Jika syarikat emas tersebut menjanjikan bulan dan bintang segeralah angkat kaki sebelum anda tersontot dengan skim-skim pelik mereka.
Kenali posisi anda, Penyimpan atau Pelabur Emas?

Kenali ciri2 penyimpan emas tegar atau gold savers seperti di bawah:

1. Simpan emas untuk long term. Bukan beli hari ni lepas few months terus nak jual

2. Fokus mereka adalah pertambahan GRAM emas. Mereka ada target atau matlamat tersendiri. Contoh nak simpan 50gm emas setahun, atau 1kg emas dalam masa 5 tahun.

3. Mereka jarang tengok harga, dan tidak mudah emosi dengan turun naik harga emas. Harga naik mereka tetap beli. Tapi bila harga jatuh, mereka ambil peluang untuk 'borong'!

4. Mereka ni menyimpan emas dengan tenang. Sebab tak perlu kalut nak monitor harga setiap hari, belajar technical analysis emas secara details, kaji faktor ekonomi dan keadaan politik semasa sebab nak buat prediction esok harga naik ke turun? Mereka menyimpan emas dengan 'peace of mind'.

Persoalan penting, untung ke jadi Penyimpan Emas berbanding Pelabur Emas?

Sudah pasti, sebab bila mereka fokus dengan pertambahan gram, nilai simpanan emas mereka automatik meningkat seiring dengan kenaikan harga emas jangkamasa panjang. 10gram emas tahun 2010 baru RM1,360 tapi 10gram emas hari ini dah naik jadi RM2,647.

Nampak tak untung simpan banyak2 gram dalam jangkamasa panjang?

Kalau dah faham dan nak mula sekarang, klik Bio ok. Jangan tunggu harga naik 10 tahun akan datang. Harga emas tak tunggu kita πŸ˜€

- kak Yati -
Gold Saver tegar ❀️

https://publicgold.me/NurHilyati
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
Wahai diri
Alangkah indahnya kalau kita ini telah menjadi asbab berubahnya seseorang dalam menjadi orang yang lebih baik.
baiki diri, jaga hati

Harga Emas turun RM5 hari ini 😍

7 Jan 2022
GAP RM 264/g
SAP RM 366/100g

Jom tambah simpanan πŸ‘πŸ‘
#PemurataanHarga

Pernah dengar 'price averaging'?
Ni πŸ‘†πŸ» contohnya.
Konsisten membeli setiap bulan.
Jangan tengok naik turun harga. Track rekod belian.
Then, kira purata harga belian yang telah dibuat.

Fokus kepada gram πŸ’ͺ🏼

Penyimpan emas berilmu mesti ambil peluang BORONG Emas masa harga drop ni 😍

Unit cost saya setakat ini RM254/gm. Time harga tinggi beli juga sikit...time harga jatuh beli banyak2... simple je konsepnya but it works wonders!

https://publicgold.me/NurHilyati
Semuanya bermula dengan ilmu

Bukan emas tu yang mahal, tapi kesedaran dan langkah pertama yg kita ambil...itulah yang paling MAHAL

Rakan2 yang dah mula, terus konsisten menabung untuk masa depan.

Kita simpan emas bila ada duit. Suatu hari nanti simpanan kita ni akan membantu di kala kita perlu.
Percaya tak simpanan cepat bertambah dengan Emas?

☘️ Mentor saya cakap, emas ni kena pegang selalu, baru cepat dia bertambah

☘️ Aura simpan emas ni jauh berbeza dengan simpan duit. Bila dah beli, ketagih nak tambah dan tambah.

☘️ Ketagihan yang positif ni selalunya membuatkan penyimpan emas bertambah simpanan dan bertambah kaya.

☘️ Jika gagal menabung duit sebab senang bocor, cuba tukar kepada menabung emas. Pasti simpanan susah nak bocor lagi 😍

Harga emas jatuh RM5 hari ini. Kalau dah sedar tu jom cuba ubah cara menabung. Tak caya try simpan RM100 atau 1gm dulu.

https://publicgold.me/NurHilyati
Ini adalah perbandingan harga emas dalam tempoh dua (2) tahun sekitar Tahun 2020 hingga 2022.

Tahun 2020
= RM218/gram

Tahun 2022
= RM264/gram

Perbezaan
= RM48 bagi setiap gram.

Jika bandingkan 1gram pun kita dah serrrammmm apatah lagi jika kuantiti emas yang besar.
.

Jom kira,

Tahun 2020
= RM218,000 sekilo

Tahun 2022
= RM264,000 sekilo

Perbezaan
= RM48,000 bagi sekilo emas.

Nampak?

Mungkin kita rasa mustahil nak Simpan 1kilo tetapi kita ada pilihan iaitu simpan #1gram1bulan hingga capai 1kilo.

Sebuah rumah bermula dengan seketul bata.
Sekilo emas bermula dengan segram emas.

Mustahil?

Jawapannya tidak mustahil. Semua orang boleh jika konsisten. Fokus, fokus dan terus fokus 😊

Kredit:
Tn FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
Duit yang kita simpan hari ni walapun nilainya bertambah setiap tahun, namun kuasa belinya semakin berkurangan.

Duit tu hanya pada 'nombor' sahaja tapi nilainya dah tak sama.

Contoh mudah, RM 1 sekitar 80-an dulu boleh dapat banyak barang berbanding RM 1 sekarang.

Emas? Salah satu fungsi emas adalah kekalkan nilai duit kita dalam jangka masa panjang.

Sebab tu, simpan 1gram emas pada tahun 1990-an, kita cuma perlu beri R M 30 pada tauke kedai emas.

Sekarang 1 gram emas yang sama dah cecah RM 250 Β±..

Emas tetap 1 gram tetapi kita mendapat manfaat dari segi nilai ringgit tersebut yang selari dengan keperluan semasa.

Dah nampak bagaimana emas menguntungkan kita untuk jangka masa panjang? Bermula sekarang simpan emas,ok ☺️

Now or Never...
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…

Wahai diri,

Ketahuilah penyakit tercela di dalam hati ada banyak, maka mensucikan hati perlu kepada usaha yang bersungguh dan berterusan
Baiki hati,jaga diri.

8 Jan 2022
Harga emas masih KEKAL di paras terendah tahun ini 😍

GAP RM264/g
SAP RM366/100g