Nota Emas Hilyati 📝
6.67K subscribers
26.5K photos
1.19K videos
2 files
8.28K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
URUSLAH HUTANG

Kerana hutang, kawan hilang kawan
Kerana hutang saudara hilang saudara
Kerana hutang suami hilang isteri
Kerana hutang juga ada jasad bercerai nyawa

Jangan main-main sahabat,
Silap percaturan, memang merana dek kerana hutang.

Sedikit tips

1. Jika kita ada berhutang dengan sesiapa pun, usahalah bayar balik. Sikit pun tak apa. Janji dihati kau ada niat nak membayar dan berusaha untuk membayar. Kadang dah ada duit, tapi kau dahulukan yang lain sebab rasa "rugi" nak membayar hutang.

2. Jangan rasa rendah diri atau buat buat lari dan hilangkan diri. Kalau hutang dengan bank, surat, call bertalu sampai tak tidur malam la. Boleh stress, anxiety semua ada. Ingat! Masa kau sign agreement tak ada siapa yang paks beb!

3. Jika rasa sangat tertekan dan tak mampu urus lagi, hubungi AKPK dapatkan bantuan. Jangan nak tunjuk hero dengan cara gali lubang tutup lubang. Jangan malu berjumpa dengan yang pakar.

4. Jika boleh bincang langsung dengan bank lebih baik. Jika bank berkeras juga, mintak AKPK jadi orang tengah. Mereka ada caranya.

5. Jangan tutup hutang dengan tambah hutang.habis sedara mara, kawan nak berhutang.pelan-pelan plan kewangan semula. Saya ada kawan yang sanggup berhutang dengan agen yang seakan "along". Memang asyik bayar min. Sampai bila pon tak habis la jawabnya.

6. Jika pengutip hutang buat ugutan dan ganggu hidup boleh buat laporan polis. Jangan malu. Kalau tak nak hidup dalam depression.

7. Hutang buat manusia jadi tertekan, jumpa kaunselor untur pengurusan emosi yang stabil dan baik.selalunya orang banyak hutang akan dicabut ketenteraman jiwanya. Rasa insecure dengan pasangan dan sekeliling.

8. Bina kesungguhan dan banyakkan berdoakan agar dilapangkan dari hutang hutang dalam hidup ini.apa sahaja masalah dalam dunia ni, pasti ada jalan penyelesaiannya. Masalah dari kita sendiri. Kembalilah pada siDia sang Pemberi Rezeki. Kita takkan mampu menguruskan hidup tanpa rahmat Dia.

Untuk anak muda, belajarlah tentang pengurusan kewangan.
Kita cuma ada 2 pilihan. Hidup dengan memuaskan dan merealisasikan kehendak. Atau hidup dengan mengurangkan kehendak.
Tangguhkan seketika kehendak, sehingga sesuai waktunya.

Ingat, hutang ni amat berat timbangannya.

#tabunghutang
#bijakwang
#bebashutangjahat
#tipskewangan
#TabungHutang

BERHENTILAH MAIN KUTU?

Satu budaya menyimpan duit sejak zaman dulu kala adalah bermain 'kutu'.

Dipejabat saya juga, budaya ini masih subur sebenarnya.

Jika pakatan ada 12 orang maka, kita akan buat cabutan siapa yang dapat bulan pertama sehingga bulan 12.

Malah ada yang negosasi,

"Boleh bagi aku bulan 8 sebab road tax Audi aku mati". Cerita Syukri.

Jika kita kutip RM100 sebulan, sekali dapat RM1200.

Bila bulan pertama kita dah dapat, bulan depan kita dah mula berhutang dengan kawan kawan.

Kita dah dapat RM1200, dan kita mula berhutang RM1100 pada semua kawan kawan.

Bagaimana jika belum habis giliran kita, kita dijemput illahi pergi. Mati itu pasti!.

Elakkan main kutu kerana ia membina hutang sebenarnya.

Jika susah sangat nak menyimpan. Isi borang arahan tetap potongan masuk terus ASB atau Tabung Haji.

Ia lebih terjamin.

Secara perundangan satu kesalahan, secara hukum ianya dilarang.

Abah Qilah
Pesan Buat Kawan

#Bermain kutu adalah satu kesalahan dibawah sek 3 akta Kumpulan Wang Kutu 1971
#Dalam naskah Duit ini ada cara menabung lebih seksi disini https://bit.ly/2RmVrET
#TabungHutang

TENANG SAHAJA

Selagi kita ada kawalan terhadap hutang kita, jangan risau. Semuanya terkawal.

Siapa yang buat hutang lebih dari kemampuan, layak beli sebuah rumah. Rempit sampai 3 bijik akan mula terbeban nanti.

Kawal Dana Kecemasan kita, sediakan 6-12 bulan gaji agar hidup kita tenang.

Jangan buat hutang liabiliti baru, kawal dan elakkan.

Kawan kawan,

Waktu begini boleh kita bertahan (berjimat) atau tambah pendapatan.

Itu pilihan.

"Ekonomi begini kita kena banyak belanja bang, bagi circle economy berjalan?"

Itu kerja orang kaya dan kerajaan.

Kita yang simpanan belum ada, kekalkan menyimpan dan belanja keperluan sahaja.

Dapat sesuatu?

Kredit Dr AAA

Konsisten Simpan Emas
#TabungHutang

HUTANG MANA DULU NIE!

Bila kita ada terlalu banyak hutang tak tahu yang mana nak diselesaikan, guna kaedah ini ;

1. Selesaikan yang kadar interest paling tinggi.

2. Selesaikan hutang paling kecil.

Tapi jika kita terhutang budi, jangan gadai 'body'. Katakan padanya "sudikah awak menjadi isteri mithali?".

Mesti dia tutup muka dengan baldi :-p

#SelesaikanHutangSegera
#kongsikan jika bermanfaat
#TabungHutang

KERJA GOMEN BANK SAYANG?

Selain mertua sayang, bank juga sayang orang kerja gomen.

Senang kejar sale dan boleh buat banyak hutang. Jika kerja gomen, elakkan buat personal loan ya kawan

#AAA

Beringat sebelum berhutang