Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
887 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
#TabungDiri

RAMAI BUAT TAK SEMESTINYA BETUL

1. Jika ramai kawan pejabat masuk apa apa skim, bukan semestinya skim itu betul buat semua orang.

2. Bila ejen kata ramai dah kaya dengan skim emas laverage yang dia iklankan. Belum pasti khabar itu baik dan betul.

3. Bila semua sedara mara pakat mintak kita loan untuk kahwin sebab mereka semua dah pernah buat. Bukan bermakna itu betul.

4. Bila semua orang gaji naik, gatal ketiak nak tukar kereta baru yang besar sesuai dengan pangkat. Tak perlu buat.

5. Bila semua orang reward diri tiap bulan jalan jalan ke Genting. Kita tak perlu ikut sebenarnya.

6. Bila ejen kata insuran ini ada skim pelaburan bersama dan ramai kawan sekolah kita dah masuk. Janganlah percaya.

7. Bila sifu kata beli rumah dengan pemaju ini bagus, semua orang beli dah untung. Semak balik, dia yang untung atau kita yang rugi nantinya.

kawan kawan,

Ramai orang buat bukan jaminan skim itu baik dan halal.

Belajar jadi matang dan dan buat keputusan dengan bijak dan tenang.

Dunia palsu dan tipu tipu sentiasa berjaga, kita sahaja yang terlelap oleh janji palsu mereka.

Sumber : Azizul Azli Ahmad