Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
897 photos
44 videos
9 files
152 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
EMAS TERBUKTI PENYIMPAN NILAI YANG BAIK

Sejak zaman berzaman malah dari zaman nabi lagi, seekor kambing nilainya sama dengan 1 Dinar. Biasa dah kita sengar cerita ni kan?

Memang betul..
Sehingga kini pun secara amnya didapati seekor kambing yang cukup umur ialah bersamaan dengan nilai 1 Dinar yang berat emasnya bersamaan 4.25gram.

Subhanallah, Mama terjumpa satu poster lama milik seorang dealer bernama Mohd Shahrom Abdullah ni (credit for him)

Kita biasa dengar yang harga seekor kambing bersamaan dengan nilai 1 Dinar.

Menarik lagi kita lihat harga seekor lembu pula bersamaan dengan harga 5 Dinar emas yang beratnya ialah 21.25g

Dan hari inii 23 Julai 2021
Jom mai kita lihat..
Tahun 2021
1 Dinar : RM1128
5 Dinar : RM5642
Harga GAP : RM266/gram
Harga lembu biasa : sekitar RM5250
Harga kambing biasa : RM1100
*kalian boleh rujuk harga kambing dan lembu di tempat kalian masing-masing.

InsyAllah dengan nilai 1 Dinar itu kita masih boleh membeli seekor kambing dan 5 Dinar boleh kita beli seekor lembu.

Kalau kambing aqiqah mungkin lebih murah sebab kecik lagi kan. Tapi kalau nak dijadikan kambing golek, kambing perap, tambah la 'premium caj' nya kan..

Inilah illustrasi klasik tapi sangat menarik.

Memang betul lah!
Emas penyimpan nilai yang sangat baik.
Emas kalis inflasi sejak beribu tahun dulu lagi

Wang kertas hanyalah mempunyai 'nilai muka' yang sah diperakui nilainya oleh kerajaan tempat ianya dikeluarkan. Ia bukan duit sebenar yang laku satu dunia tapi ianya adalah medium transaksi masa kini.

Jadi, jika ada duit yg tiada plan apa2 untuk digunakan, terus tukar kepada gram emas. InsyAllah nilainya kekal sampai bila2 walau sampai ke anak cucu generasi kita akan datang.
Di 🇧🇳 pula

1 ekor kambing harganya B$480
1 ekor lembu harganya sekitar B$2800

Menariknya ini lah juga nilainya harga dinar PG berkaitan yang jika dibawa masuk ke sini setelah diambil kira segala kos postage, declaration, tax semua tu.

Nak rujuk exact price dinar sini agak susah sbb di kedai2 emas sini pun tak ada jual dinar dan tiada keluaran dinar di sini.

Majoriti adalah dinar2 yang di beli dari Malaysia especially dari PG
*EMAS PENYIMPAN NILAI YANG BAIK*

Harini saya ada duit dalam RM1600. Niat dihati nak selit saja dalam dompet atau dalam beg sebagai duit kecemasan. Bukan untuk dibelanjakan pun.

Setahun, dua tahun malah 5 tahun dari sekarang... jujurlah pada diri sendiri sebab kita yang lebih arif dengan diri kita sendiri. Jawab soalan ni..

Q1: Rasa-rasanya, apa jadi pada duit RM1600 tu?
Andaikan diri kita memang hebat, 5 tahun dari sekarang pun, duit RM1600 tu masih elok je tersimpan dalam beg kita.

Q2: Rasa-rasanya 5 tahun akan datang kalau dibelanjakan, bolehkah duit RM1600 membeli benda dan kuantiti yang sama dengan yang kita oleh beli hari ini?
Kita tukar senario pula. Dengan duit RM1600 yang kita nak simpan tu, kita tukarkan menjadi gram emas.

Hari ini 5g GB tengah offer di PGMuseum.

Harga ~RM1568~
Apply kos diskaun less RM20, bayar *RM1548* je untuk sekeping 5g GB. Free shipping pulak tu ke seluruh Malaysia.

Q3 : Rasa-rasanya setahun, dua tahun malah 5 tahun, apa jadi pada emas 5g itu?
Masing pasti ada jawapan yang tersendiri kan.
Meh Mama nak cerita pengalaman sendiri k..



Mama ada 5g Gold Coin ni yang Mama beli pada 14.01.2017 dulu pada harga RM945.

Jenama ni dah tak wujud. Syarikat pengeluarnya dah berbatu nisan.

Nape Mama masih simpan?
- sebab emas ni tak bersalah.. emasnya tulen. Design pun cantik. Siap disahkan ketulenan sama dengan assayer yang mengesahkan ketulenan emas PG yang dikilangkan di Malaysia ni.

Suami pun suruh simpan je.. akan datang pasti ada gunanya juga.
Setelah 4 tahun 8 bulan berlalu ia masih elok je dlm simpanan kami sekeluarga.

Tak rugi ke masih simpan????.. sedang kan ownernya pun 'hilang jejak' kalau Mama nak jual balik pada nya.
Mama dah survey..

Kalau la harini Mama nak jual balik pada geng2 pembeli emas scrap, paling murah pun Mama boleh jual balik pada harga RM225- Rm229 segram.

So kiranya Mama mampu dpt untung RM180 sekitar 19% berbanding kos Mama beli dulu.

Not bad la kan?

Biasa emas ni, nak untung lebih kena jual balik ke syarikat pengeluarnya sebab biasa mereka tawarkan harga belian balik produk mereka dengan nilai yang lebih tinggi.
Well... duit RM945 hampir 5 tahun dulu boleh beli 5g emas.

Duit RM945 yang sama disimpan sehingga harini yang pastinya sudah hilang KUASA BELInya terhadap 5g. No more. Tak leh dah beli tg dengan harga RM945 hari ini!!
Malah kalau RM945 Mama nak beli emas di GAP pun akan hanya dapat

RM945/ RM265 = 3.5660g emas

Sekurang2nya dengan RM1125 (Rm225 x 5g) hasil jualan balik 5g gold coin yang dari syarikat yang dah terkubur di usia umpama anak yang baru nak belajar berlari tu masih dapat beli emas yang lebih lagi.

RM1125 / RM265 = RM4.2453g emas di GAP
3.5660g vs 4.2453g

Nampak tak betapa simpan duit, KUASA BELINYA MENGHILANG ditelan masa..

sedangkan..

Simpan emas, KUASA BELINYA MENINGKAT seiring dengan masa ianya disimpan
Duit habis beli emas masih nampak emas, habis duit tak beli emas biasanya hilang jejak.. 😁
*Uniknya Emas* :

Emas sentiasa diminati oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama. Ia sentiasa diletak sebagai sesuatu yang tinggi nilainya.

Emas mudah dilentur, tiada bau, tidak berkarat. Apa saja rupa bentuknya pasti bernilai.

Emas memilki fungsi yang pelbagai - sesuai dengan matlamat pemiliknya.

Emas masih dianggap sebagai wang sebenar sejak dahulu hingga kini olrh pelbagai negara yang kekal menjadikannya sebagai simpanan (reserved) negara.

Dalam Islam, emas juga antara logam mulia ciptaan Allah yang juga disebut dalam Al Quran.

Emas salah satu bentuk harta yang boleh disimpan dan dibelanjakan untuk jalan Allah. Zakat emas contohnya.

Emas dijadikan barang hiasan di dunia juga di syurga.
Channel photo updated
Apa *BEST* nya menabung emas dalam akaun pengumpulan emas *GAP*?

Ringgit ditukar menjadi gram emas..
Sikit-sikit lama-lama membukit..
Tiba masanya keluarkanlah seketul emas..
Dipandang cantik, simpanan tak terusik..
Salah satu strategi pelaburan emas adalah dengan membeli emas secara konsisten.

Ia membolehkan anda mendapat harga purata.

Di dalam jangka masa panjang (lebih 3 tahun) anda akan mendapati harga purata untuk emas anda akan berada di bawah harga emas semasa.

Satu lagi strategi pelaburan emas ialah dengan membeli ketika harga emas berada di support yang kuat (daily atau weekly support).

Yang nie agak panjang cerita, saya akan ceritakan di posting lain.

Saya mempunyai seorang customer, seorang cikgu yang bernama Kak Ita, yang konsisten membeli 1 gram emas setiap bulan untuk anaknya sejak tahun 2014.

Jadi dah 8 tahun kak Ita konsisten membeli emas. Waktu tu harga emas 999.9 segram hanyalah sekitar RM140.

Best kan jika mampu konsisten? 🥳 💪💪💪
‘Terima kasih perkenalkan saya dengan emas. Daripada Zero Simpanan, kini bergram-gram emas’

Ini antara luahan hati seorang pelanggan saya.

Pernah beliau mengaku,
Bukan tak pernah cuba simpan.
Bukan tak usaha simpan.
Bukan tak mahu simpan.

Tapi
Tapi
Tapi

Gagal simpan.
Gagal pertahan.
Gagal wujudkan.

Tabung ayam habis dipecahnya.
Bank ATM habis ditekannya.
Tabung Haji habis licin diambilnya.
ASB habis dikeluarkannya.

Hmmmmm akhirnya bertahun kerja masih tiada simpanan.

Putus asa.
Salahkan orang sekeliling.
Tiada semangat.
Tidak ambil peduli.
.

Sekarang, apabila cuba simpan emas,

Mula hanya 1gram.
Bertambah kepada 2gram.
Bertambah lagi kepada 10gram.
Bertambah lagi dan lagi kepada 30gram.
.

Kawan-kawan,

Simpan duit tidak sama seperti Simpan emas.
Simpan duit, belum tentu ada emas.
Simpan emas pasti ada duit.
Emas mengubah tabiat boros seseorang.
Daripada bocor kepada selamatkan.

Dah mula?
Rugi jika masih melihat.

#PG1M
Simpan duit rasa berduit sentiasa ..tu yang asyik nak cucuk keluarkan sana cucuk keluarkan sini..

Simpan emas pandai pulak boleh kekal sebagai simpanan. Rasa tak berduit pun tak rasa nak korbankan emas tu.

Padahal ada emas kita masih ada 'duit' pada emas tu cuma kita je tak sedar..

Kan?