Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
897 photos
44 videos
9 files
152 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Photo from Nori Manap
pada yg nak item 1g limited edition. kena log in website

https://publicgold.com.my
pilih menu > mygap ... kemudian GIT Withdraw

selamat withdraw emas dengan gembira
*BERITA BAIK UNTUK PEMEGANG AKAUN GAP*

Kini kalian boleh
monitor harga
check balance akaun
beli emas
jual emas
pajak emas di arrahnu PG


Sila install apps gap masing masing di link di bawah, login seperti biasa dan walla!

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmgap.prod


https://apps.apple.com/us/app/gap-pggroup/id1494821457?ls=1
Channel name was changed to «Mari Celik Emas - Aspirasi Bersama Nori Manap»
PAKSA diri, ketepikan siap2 dari apa saja pendapatan yang kita perolehi.

LUPAKAN bermaksud simpan di tempat yang 'selamat'. Otak kita tak aktif fikir nak korek dan jari2 kita tak gatal nak klik klik cucuk keluarkan
Anggap la yang dah diPAKSA ketepikan tu umpama gaji kita kena POTONG oleh majikan.

Cuba survive gaji yang dah 'short' tu. Nengok gegar tak dunia rasa nak uruskan baki duit yang tinggal tu.

Orang pesan, kalau tak rasa nak matii lagi maknya kita dah *berjaya* atasi rintangan hati dan jiwa tu.

So, next?

*Ulangi* bulan2 seterusnya.

Nak lebih berkesan dan bertahan lama, elak simpan dalam bentuk cash semata2.

Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lama berbanding simpan cash.

Dapat sesuatu?
Photo from Nori Manap
*Aspirasi Bersama*

SIMPAN DULU, SELEBIHNYA BARU BELANJA

Kebanyakan orang ramai apabila dapat gaji terus berbelanja tanpa ambil tahu tentang simpanan kecemasan.

Belanja dan terus belanja tak sampai seminggu dah habis duit gajinya. Apabila berlakunya kecemasan dan kesuntukan wang mulalah pinjam sana sini; sehinggakan boleh sampai pinjam dengan “Ahlong”.

Apabila mula meminjam akan terasa bebanan semakin berat dan menyebabkan hati tidak berasa tenang. Nak tidur pun tak lena.

Sebab itulah pakar-pakar kewangan syorkan kepada kita untuk alihkan terlebih dahulu sebahagian pendapatan kita kepada simpanan. Selebihnya barulah belanja.

Tak kira apa jawatan kita, asasnya nya masih sama. Walau pun suri rumah macam Mama, masih perlu ketepikan duit belanja dapur yang diberikan suami contohnya. Dari duit dapur pun kita mampu ketepikan untuk simpanan kecemasan.

Walau suami bagi duit sedebuk khas untuk kita guankan sesuka hati. Sama konsepnya. Nak belanja untuk diri sendiri pun ketepikan dulu untuk simpanan kita.

Perlu ingat, dalam dunia tiada jaminan.

Jawatan yang kita sandang pun tiada jaminan 100% selamanya akan menjadi milik kita.

Kita berniaga pun tiada jaminan 100% akan kekal selamanya atau untung berkoyan2 selamanya.

Untuk isteri pula, suami pun bukan jaminan mutlak buat kita. Ajal maut, jodoh semua semua hak Allah.

Semua ni pinjaman, amanah Allah buat kita di dunia ni yang perlu kita jaga sebaik mungkin tp masih tiada jaminan.

Jadi sama2lah kita ingat mengingati sesama kita.

Apa yang kita perolehi.. ketepikan sekitar 10%-30% untuk kegunaan masa hadapan, masa kecemasan.

Simpanan yang kalis bocor dan dapat elak daripada sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan sebahagian ke dalam bentuk emas.

In Shaa Allah, Mama yakin simpanan anda lebih selamat dan bertahan lebih lama untuk jangka masa panjang.
Menyimpan itu mudah, tapi...
nak menahan diri dari keluarkan apa yang dah disimpan itu yang *PAYAH*.

Akaun emas GAP adalah adalah alternatif terbaik bagi spesis macam ni.

In Shaa Allah..
Simpan dalam GAP sangat mudah nak kekalkan simpanan
Di Jepun dah lama wujud plan pengumpulan emas
Di negara Jepun, pelan pengumpulan emas atau Gold Accumulation Plan (GAP) sudah diperkenalkan sejak tahun 1980. Sudah 40 tahun usianya.

Syarikat Tanaka Kikinzoku Kogyo yang merupakan salah satu gold refinery di Jepun yang juga merupakan ahli London Bullion Market Association (LBMA).

Maksudnya masyarakat di negara maju tersebut sudah lama diperkenalkan dan mengamalkan tabiat menabung emas sejak kira-kira 40 tahun yang lalu.

Muzium emas terbesar di dunia juga berada di negara matahari terbit itu, iaitu Toi Gold Museum, yang mempamerkan jongkong emas terbesar di dunia seberat 250 kilogram (bernilai anggaran RM45 juta).

Kalau di Malaysia, kita ada program pengumpulan emas, singkatannya GAP juga.

GAP atau nama gelarannya akaun emas GAP, dibawah syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia Public Gold ini mula diperkenalkan sejak tahun 2012.

Dengan akaun emas GAP, kita boleh mula mengumpul emas dengan modal serendah RM100.

Ia bukan akaun emas di atas kertas semata kerana ia disandarkan dengan emas dengan ketulenan 999.9.

Yang best lagi, Public Gold juga telah mengambil initiatif mendapatkan pengiktirafan sijil patuh syariah bukan saja bagi pemilikan emas melalui akaun emas GAP ini malah untuk semua kaedah pemilikan emas buat para pelanggannya.

Siapa yang tak ada modal besar atau tidak mahu terikat dengan dengan pembayaran harga emas tertentu, GAP lah kaedah menabung emas paling mudah dan murah di Malaysia buat masa ni.

Pendek kata, semua lapisan masyarakat hatta pelajar pun sudah boleh mula kumpul aset kecil bernilai besar ini.

Malah ibu bapa juga boleh buka join account dengan anak-anak sejak bayi lagi 🙂
Tips Kewangan
Pastikan Cashflow Positif setiap bulan

Pendapatan RM3000
Perbelanjaan RM2900
Berbaki RM100 - ini cashflow yang positif.

Pendapatan RM3000
Perbelanjaan RM3005
Terlebih belanja RM5 - ini cashflow yang negatif

"Ala, gaji saya kecik, macam mana tu?"

Ingat berapa gaji bukan pokok utamanya. Tapi bagaimana kita uruskan pendapatan kita tu yg penting.

Matlamat - ada duit lebihan tiap bulan iaitu cantikkan cashflow agar positif setiap bulan.

Nak tak nak
Mahu tak mahu
Tiada cara lain.. kena PAKSA DIRI

Tips :
Cepat-cepat asingkan duit simpanan. Simpan dulu baru belanja.
Kalau tunggu dulu, dikhuatiri nanti duit habis belum sempat ke tabung simpanan.

Fokus berbelanja di bawah kemampuan.

Kalau dah pusing macam mana pun memang tak leh ketepikan untuk simpanan, -> Ikhtiar cari pendapatan tambahan tanpa menganggu amanah diri menjaga tugas hakiki

Dengan cara ketepikan dahulu simpanan di awal masa dapat gaji, sampai ke hujung walau ngam2 dah tiada berbaki, sebenarnya yang dah simpan awal2 tu la buatkan cashflow kita kekal positif.

Sebab tu pakar kewangan tak suruh belanja dulu baru simpan.

Awal bulan simpan, hujungnya korek semula?
Tiada cara lain lagi, tukar cepat yang disimpan awal tu ke bentuk emas.

Nak korek pun nak korek mana?
Pasti kita tak akan terfikir kita masih berduit walhal emas itu ada duit kita yang tersembunyi dlmnya. Selamat la simpanan kita tu.

Iya, bukan mudah.
Iya, perlukan pengorbanan
Iya, perlukan keluarkan diri dari comfort zone jika perlu

Bukan mudah, tapi tidak mustahil
Photo from Nori Manap
Promosi Year End Sale Public Gold
Dari sekarang sehingga 11.59pm 31 Disember 2020.

1. Semua jenis jongkong dan dinar emas dari 1 dinar sehingga 1 kilogram boleh buat bayaran shariah EPP10.

EPP10 = Bayar 10 kali dalam masa 10 bulan. Habis bayar, collect emas di cawangan Public Gold berhampiran anda

1 Dinar EPP10:
*sekitar RM114/sebulan
10 gram EPP10:
*sekitar RM268/sebulan

Atau anda buka akaun emas serendah RM100 sahaja.

Semakin berat emas dibeli maka:
1. Semakin murah harga per gram
2. Semakin kecil susut nilai

* mengikut harga semasa lock
Peraturan Tabiat Menyimpan

1. 7/10 rakyat di Malaysia suka berbelanja dulu baru menyimpan.

2. Sebab itu ramai orang kita suka meminjam. Mereka tak ada simpanan.

3. Cara nak atasi masalah ini adalah, dapat je gaji tolong SIMPAN DULU baru belanja.

4. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih yang kita dapat

5. Nak lebih selamat tukar terus duit kita kepada EMAS.

6. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Target akhir bulan Disember 2021 nak ada simpanan emas sebanyak 50 - 100 gram

7. Bak kata Warren Buffet,
“Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving”
Aspirasi Bersama

*Konsisten*
*Konsisten*
*Konsisten*

Konsisten je simpan emas walaupun harga naik dan turun. Tapi pastinya ada duit di tangan yang nak kita selamatkan atau nak kita simpan sebagai kegunaan akan datang.

Harga murah atau mahal pada kita adalah subjektif.

Yang pasti harga masa depan kita tak tahu.

Yang Mama tahu dan yakin ialah *"emas pasti akan naik dalam jangka masa panjang."*

Orang konsisten simpan emas dia menang.

Kerana dia dapat :
1. Gram yang bertambah.
2. Puratakan harga emas.

Ini lebih baik dari beli sekali dua pastu. senyapppp je
Alhamdulillah.

Mama tumpang happy dengan progress simpanan emas anak didik emas Mama ni.

Beliau baru je habis tempoh 13 bulan percubaan pertama buat bank standing instruction, alihkan sebahagian dari gajinya tiap bulan menjadi gram emas ke dalam akaun emas GAP.

Ternyata program pengumpulan emas GAP ni sesuai sangat dengan nya yang kini bertugas di luar negara.

Tak perlu risau di mana dan bagaimana nak simpan emas fizikalnya ni sebab PG simpankan tanpa sebarang caj upah simpan pun.

Alhamdulillah. Sesuai namanya *Public Gold* , PG menyediakan pelbagai cara pemilikan dan pembelian emas fizikal yang sesuai dengan pelbagai tujuan, matlamat dan bajet semua lapisan masyarakat. Walaupun dari bayi lagi.

Memang untuk masyarakat umum 🥰
Steps utk buat Standing Instruction. Ni cth Maybank. Bank lain pasti boleh buat juga