Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
897 photos
44 videos
9 files
152 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Gais.

Atas permintaan ramai, Public Gold akan kasik pemegang akaun GAP utk withdraw limited edition melalui akaun GAP.

Esok Jumaat 9.00 pagi

Sila standby dengan senyuman.

Ps: Nanti function GIT akan dimasukkan terus kat dalam portal GAP anda 😆 (tengok gambar kat komen)

GIT = Gold In Transit (bermaksud Public Gold akan pos kerumah anda. Sila tunggu dengan senyuman)

Promosi kos GIT adalah seperti berikut:
Semenanjung Malaysia - RM10
Sabah Sarawak - RM15

Maksima 10 pcs / parcel (10gram)
Maksudnya belian 1 keping pun bayar RM10, belian 10 keping pun bayar RM 10 (jika semenanjung Malaysia)
Aspirasi Bersama

Alang2 dah bermula ..

1- Yang penting kalau yang masih belum ada matlamat simpanan, letak sasaran nak menyimpan ni..
- untuk apa?
Contoh nak sediakan Dana Kecemasan 3 bulan gaji. Selama ni asyik tak berjaya je bila nak simpan dalam bentuk cash, kan?

- berapa?
Gaji RM3500 x 3 bulan = RM10500

Ok now tukarkan sasaran RM tu kepada gram emas ikut harga semasa. Harini RM275 se gram

RM10500/275 = RM38.18g
Ok la letak sasaran 40g emas.. kita genapkan, lebih mudah nengok.

- berapa lama?
Bajet 10% dari gaji dan kata pada diri.. "aku kena paksa diri simpan"

RM10500 / RM350.. anggaran 30 bulan. Ok, jom kita sasarkan dalam 3 tahun.

Biasanya kalau menyimpan emas, In Shaa Allah akan cepat tempoh dari sasarannya.

Jom kita mulakan..

2- Jangan terlalu hirau soal harga. Sekadar nengok2 harga sekali sekala tak apa tapi jangan sampai harga membolak balikkan hati kita untuk terus menyimpan.

Nanti sampai sudah kita tak berjaya capai sasaran adakan simpanan.

Kita kejar gram.
Matlamat fokus pada gram.
Ok?

3- Mulakan simpan sikit sikit tak apa. Tapi jangan la terlampau sedikit.

In Shaa Allah 10% dari gaji itu ok dah bagi permulaan. Sebab itupun saranan minimum oleh pakar kewangan.

Cuba dulu. Pejam mata ketepikan. Cuba hidup dengan baki gaji tu.

Bukan apa..
Kalau terlalu sedikit sangat sampai bila nak capai sasaran.
Terlalu lama pula kita akan bosan dan mudah give up.

Kalau dah cuba berjimat, dah cuba adjust sana sini tapi bajet masih sesak especially ke hujung2 bulan sebelum gaji tu atau paling teruk pertengahan bulan.. tiada jalan lain, disarankan ikhtiarlah cari pendapatan sampingan.

Jangan segan. Asalkan halal dan tidak mengganggu amanah kerja hakiki.

Dan jangan pula dah syok dapat duit sampingan sampai berjoli lebih banyak barang yang dulunya tak dapat beli sehingga lupa kan simpanan.

Nanti akan balik ke asal. ZERO SIMPANAN.

4- Konsisten

Orang bijak pandai kata
"Consistency creates habits"

Takat sekali dua bukan konsisten namanya. Bila nak nampak kesannya?

Bila dahbjadi habis perasaan kita pun dah tak terasa terbeban menyimpan. Mula je yang terasa siksa sebab bukan sesuatu yang kita biasakan diri buat, kan.

In Shaa Allah terikat dengan pembelian secara EPP, akan mudah buat kita belajar konsisten menyimpan.

Kaedah pembelian dengan GAP dengan cara :
- simpan, pastu keluarkan fizikal contoh 1 Dinar atau 5g pastu..
- simpan lagi dan keluarkan fizikal lagi..
Berulang2 dan berterusan.

Cara ni pula akan buat kita rasa seronok menyimpan. Takla membosankan sebagaimana kita menyimpan dalam bentuk cash.

In Shaa Allah cepat capai sasaran gram kita.

Bayangkan dengan bajet simpanan RM350 :
RM230 untuk EPP 1 Dinar x 2 pcs.
RM120 > menjadi 0.4364g emas di mana kita tukar ke gram emas dalam program pengumpulan emas ie GAP tu.

5. Memang kena kuatkan semangat. Lawan nafsu. Selama ni seringkali kita gagal menyimpan cash, kita nekadkan diri cuba try dengan emas pula.

Cuba bagi diri sendiri tempoh percubaan
.. 6 bulan, 1 tahun
Pastu nengok ada perubahan pada sikap dan tabiat menyimpan tak?

Kita hanya tukar wang kertas ke wang emas. Duit tu bukan belanja hangus.

Masih ada. Hanya bertukar rupa je

6. Kita menyimpan ni tak semestinya selamanya.

Matlamat dah jelas. Lagi cepat capai matlamat, stop la dah utk matlamat tu. Mungkin kita ada matlamat lain lagi nak kejar. Mungkin tidak.

Mungkin dah berjaya ngan emas kita nak cuba medium kewangan lain pula untuk cambahkan net worth kita. Buat la selagi tak salah ngan hukum dan undang-undang.

Pelbagaikan selagi tak salah ikut hukum dan undang-undang.

7. Cari ilmu. Yang pasti tambah ilmu dalam apa jua yang kita nak buat.
- Baca buku
- Jangan buat semata2 sebab orang buat dan tanpa kita sendiri faham apa yang kita buat. Tapi jangan buang masa nak tunggu sampai pandai semua.

Ada orang jiwanya sesuai dengan cara A dan tak tak sesuai dengan cara B.. begitulah.

"No harm trying" kata orang..

Jangan rasa rugi bila duit kepada emas. Sebab kena faham kita hanya nak tukarkan 'paper-base money' kepada 'asset-base money'.
Yakin, percayalah.. later on, down the road ..
akan nampak kesannya
akan rasa hasilnya dan akan nikmati kebaikan dan manfaatnya.

Satu fakta yang kita perlu ingat negara - negara dalam muka bumi ni sendiri buat reserve emas sebagai back up system wang fiat ni.

Pernah tanya tak..
- kenapa emas yang dipilih?
- kenapa bukan cash semata2?

Mereka ada gold reserve tu sebabnya bukan untuk suka - suka jer.

So kenapa tidak kita pun ada gold reserve untuk keluarga kita or at least untuk diri sendiri?
Photo from Nori Manap
Salah satu cara yang Mama suka dalam disiplinkan diri menyimpan adalah dengan buat belian emas secara EPP10.

Maksudnya harga emas dikunci (lock dan kekal sehingga 10 bulan. Nanti dah habis bayar, boleh collect di cawangan Public Gold berdekatan atau minta dipoa terus ke alamat kita.

Apabila ada komitmen, barulah hasrat menyimpan tu menjadi.

Baik, untuk belian 1 Dinar ni, bayaran bulanan kalau lock hari ini adalah kira-kira RM115/sebulan.

Sungguh tak membebankan. In Shaa Allah

Jom lock

Klik www.wasap.my/60132128874/JE24KPromo
Photo from Nori Manap
Kini ½ Dinar Baru dah boleh withdraw dari akaun Pengumpulan Emas (GAP)

Hanya perlu bayar Gold Premium RM15 bagi setiap keping.

Postage RM10/RM15
Kini 1g GB Quantitative Easing juga dah boleh withdraw dari akaun Pengumpulan Emas (GAP)

Hanya perlu bayar Gold Premium RM20 bagi setiap keping.

Postage RM10/RM15
EDISI QE juga boleh dibeli combo of 5 per set di PGMuseum
Jualan untuk 1st batch masih berlangsung di PG Museum
Photo from Nori Manap
pada yg nak item 1g limited edition. kena log in website

https://publicgold.com.my
pilih menu > mygap ... kemudian GIT Withdraw

selamat withdraw emas dengan gembira
*BERITA BAIK UNTUK PEMEGANG AKAUN GAP*

Kini kalian boleh
monitor harga
check balance akaun
beli emas
jual emas
pajak emas di arrahnu PG


Sila install apps gap masing masing di link di bawah, login seperti biasa dan walla!

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmgap.prod


https://apps.apple.com/us/app/gap-pggroup/id1494821457?ls=1
Channel name was changed to «Mari Celik Emas - Aspirasi Bersama Nori Manap»
PAKSA diri, ketepikan siap2 dari apa saja pendapatan yang kita perolehi.

LUPAKAN bermaksud simpan di tempat yang 'selamat'. Otak kita tak aktif fikir nak korek dan jari2 kita tak gatal nak klik klik cucuk keluarkan
Anggap la yang dah diPAKSA ketepikan tu umpama gaji kita kena POTONG oleh majikan.

Cuba survive gaji yang dah 'short' tu. Nengok gegar tak dunia rasa nak uruskan baki duit yang tinggal tu.

Orang pesan, kalau tak rasa nak matii lagi maknya kita dah *berjaya* atasi rintangan hati dan jiwa tu.

So, next?

*Ulangi* bulan2 seterusnya.

Nak lebih berkesan dan bertahan lama, elak simpan dalam bentuk cash semata2.

Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lama berbanding simpan cash.

Dapat sesuatu?
Photo from Nori Manap
*Aspirasi Bersama*

SIMPAN DULU, SELEBIHNYA BARU BELANJA

Kebanyakan orang ramai apabila dapat gaji terus berbelanja tanpa ambil tahu tentang simpanan kecemasan.

Belanja dan terus belanja tak sampai seminggu dah habis duit gajinya. Apabila berlakunya kecemasan dan kesuntukan wang mulalah pinjam sana sini; sehinggakan boleh sampai pinjam dengan “Ahlong”.

Apabila mula meminjam akan terasa bebanan semakin berat dan menyebabkan hati tidak berasa tenang. Nak tidur pun tak lena.

Sebab itulah pakar-pakar kewangan syorkan kepada kita untuk alihkan terlebih dahulu sebahagian pendapatan kita kepada simpanan. Selebihnya barulah belanja.

Tak kira apa jawatan kita, asasnya nya masih sama. Walau pun suri rumah macam Mama, masih perlu ketepikan duit belanja dapur yang diberikan suami contohnya. Dari duit dapur pun kita mampu ketepikan untuk simpanan kecemasan.

Walau suami bagi duit sedebuk khas untuk kita guankan sesuka hati. Sama konsepnya. Nak belanja untuk diri sendiri pun ketepikan dulu untuk simpanan kita.

Perlu ingat, dalam dunia tiada jaminan.

Jawatan yang kita sandang pun tiada jaminan 100% selamanya akan menjadi milik kita.

Kita berniaga pun tiada jaminan 100% akan kekal selamanya atau untung berkoyan2 selamanya.

Untuk isteri pula, suami pun bukan jaminan mutlak buat kita. Ajal maut, jodoh semua semua hak Allah.

Semua ni pinjaman, amanah Allah buat kita di dunia ni yang perlu kita jaga sebaik mungkin tp masih tiada jaminan.

Jadi sama2lah kita ingat mengingati sesama kita.

Apa yang kita perolehi.. ketepikan sekitar 10%-30% untuk kegunaan masa hadapan, masa kecemasan.

Simpanan yang kalis bocor dan dapat elak daripada sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan sebahagian ke dalam bentuk emas.

In Shaa Allah, Mama yakin simpanan anda lebih selamat dan bertahan lebih lama untuk jangka masa panjang.