Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
905 photos
44 videos
9 files
153 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Salam Jumaat duhai sahabatku. 🥰

Ayuh kawan2 ku yang rajin menjadi ejen, dropship pelbagai produk.

Kalau masih tak nampak keuntungan pergi mana jom sama2 kita alihkan hasil mingguan ke EMAS.

Jom buat setiap Jumaat.

RM268 - 1 gram
Tak pun boleh jer sikit2
RM100 - 0.3731g
RM150 - 0.5597g
RM200 - 0.7462g

Buat jerr.. hasilnya nanti akan buat kita tersenyum
Konsep menyimpan atau menabung emas ni mudah je.

Kita pelbagaikan bakul simpanan kita selama ni.

Lazimnya orang simpan cash tak kiralah di TH, ASB, atau main saham atau parking sebahagian di unit trust aset lain seperti hartanah.

Kini kita tambahkan lagi bakul kepada bentuk emas.

Semua ada risiko dan ROI masing2. Kita raikan jer semua.

Bestnya tabungan emas ni bukan sekadar emas pada kertas semata2 seperti beberapa di institusi kewangan tapi bersandarkan emas fizikal.

Best tau emas ni kita boleh pegang peluk cium.

Duit kita
Emas kita
Aset kita

Nak tahu camna? Boleh juga join group whatsapp bicara emas Mama tu ye. Feel free, jemput join ye. Kita tambah kongsi2 ilmu emas dalam tu.
Salam sahabat

*Apa Itu kaedah Easy Payment Programme Public Gold?*

Penyimpanan emas adalah bentuk simpanan alternatif kepada simpanan wang yang semua orang mampu buat sebenarnya.

Terutamanya jika kita boleh milikinya secara bayaran ansuran security deposit selama 4 ataupun selama10 bulan seperti yang disediakan oleh PG. Kaedah ni dipanggil sebagai Easy Payment Programme iaitu EPP.

Ada pilihan EPP4X ataupun EPP10X mengikut jumlah belian tertentu.

Kelebihannya adalah:

1. Komitmen bulanan rendah. Jadi kita mampu buat. In Shaa Allah.

2. Apa sahaja harga emas/silver 4 atau 10 bulan akan datang, kita tak perlu fikir. Kita cuma bayar ikut komitmen dalam sales order sekarang.

3. Pembelian secara Syariah EPP (Easy payment 4x atau 10x) ini patuh syariah.

4. Ia juga membolehkan kita menyimpan emas secara konsisten/istiqamah.

5. Ini juga cara force saving yang efektif.

Yang masih samar macam mana cara nak capai misi Tabung Kecemasan 3 Bulan Gaji, Mama cadangkan bertindak menyimpan cara ni.

Ini antara force saving yang berkesan untuk Mama dan ramai yang telah memulakannya. Dah mula ramai sangat selesa cara ni
Jom ..

Lihat contoh sebenar sales order belian 10g BungaMas dan jadual bayaran secara EPP 10x Patuh Syariah yang disertakan di bawah ni.

EPP ini di lock Mama pada Ogos 2019

Cuma sekitar RM213 sahaja sebulan bagi sekeping Gold Bar BungaMas 10g. Bulan 6 yang lalu dah pun selesai.

Mama menunggu masa je border dibuka macam biasa untuk Mama amik 10g Gold Bar tu di branch Miri.

Kalau la Mama tak buat cara ni, bukan mudah tau nak istiqamah menyimpan wang. Pastu lepas 10 bulan tak tentu masih dapat 10g Gold Bar yang sama pada harga yang sama.

Ini dah terbukti. Hari ni; 12 Julai 2020. Sekiranya Mama nak beli full payment 10g Gold Bar ni harganya mencecah RM2673.
+ Rm30 Gold Premium (Sabah Sarawak)
= RM2703

Bandingkan harga Ogos 2019 tu cuma RM2176 bersih.

Amacam? Mudah, kan?


#AspirasiMamaGold
#DuitAndaEmasAndaSimpananAnda
#MamaPemudahCaraJerr
Mama CNP dari salah sorang mentor emas Mama

=======================

Saya akan rasa teruja apabila terjumpa dengan duit syiling berusia tua.

Contohnya syiling 20 sen yang ditempa pada tahun 1976 (usia 44 tahun)

Sekiranya syiling ini boleh berkata-kata, sudah pasti dia boleh cerita kat kita, betapa besarnya kuasa beli dirinya 44 tahun yang lalu.

“Dulu nilai aku boleh beli sebiji nasi lemak, telur ayam separuh. Sekarang... perg... semua benda naik harga. Aku dah takder value macam dulu”

Arwah Datuk saya pernah bagitau, dulu kuasa beli duit tinggi, sebab duit susah dapat.

Sekarang zaman duit senang dapat.

Duit kertas dicetak semakin banyak, lepas tu orang senang buat loan, hutang kad kredit (easy access to money).

Sebab itu kuasa beli duit semakin kecil.

Berbeza dengan simpan emas, nilainya makin naik, kuasa beli makin naik.

Waktu saya beli rantai tangan, tahun 2001, harga emas RM46 segram (emas 916)

Waktu saya mula membeli emas 999.9, tahun 2008 harganya RM101 segram.

Waktu saya tulis perenggan ini, harga emas RM269 segram.

Emas, hartanah dan tanah bagus untuk pelaburan jangka masa panjang, tapi kalau modal ciput, simpan ajer emas terlebih dahulu.

Sebab emas anda boleh simpan serendah RM100. Lepas tu simpanlah secara konsisten.

Biar muka kau tak hensem bro; asalkan emas kau ada berkilo-kilo 😄

NotaEmasSyukorHashim
Ada pelanggan bertanya apabila mereka beli emas di Publicgold tetapi emasnya dapat lambat.

Maklumlah, musim sekarang ramai sangat beli emas dengan duit Morotorium dan I-Lestari.

Adakah itu riba?

Jawapanya Tidak.

Pembelian di Publicgold berlaku dengan beberapa proses.

1. Lock Harga – Akad belum berlaku. Kita hanya waad (berjanji untuk beli dengan harga sekian-sekian, item sekian.

2. Membuat pembayaran – Akad masih belum berlaku. Bayaran yang dibuat dipanggil security deposit (jaminan keselamatan)

3. Buat reservation – Publicgold akan takenote item order kita di cawangan.

4. Collect emas apabila emas dah sampai – ketika ini berlaku akad. Duit jaminan keselamatan itu tadi bertukar kepada emas. Jadi, dengan Publicgold akad berlaku apabila cust ambil emasnya di Pg.

Begitu? Lebih faham kan sekarang.
Channel name was changed to «Mari Celik Emas Bersama - Aspirasi MamaGold»
Kalau rajin ke kedai2 emas pasti perasan harga tertera di dinding2. Betul?

Kalau nak tahu harga yang tertera di kedai Pak Habib itulah harga Persatuan Peniaga Emas.

Lain kedai lain harga.. ikut strategi bisnes masing2.

Harga ni tidak termasuk kos upah. Kalau barang kemas tak dipanggil gold premium. Biasanya ia dipanggil 'Kos Upah'

Setiap emas ada gold premiumnya.

Ada juga peniaga emas dah serap campur sekali gold premium atau kos upah pada harga jualan.

Itu strategi masing2.

Even kilang nak jual end produknya pun dah diambil kira 'gold premium'.

Samada nak declare atau tidak sebagai pecahan gold premium dan harga emas, itu cara dan marketing strategi masing2.
Biasa untuk barang kemas kita susah nak tahu berapa kos upah yang dikenakan pada setiap item.

Bila kita nak sesuatu item.. haaa, mulalah assistant kedai tekan2 calculator sambil nengok tagging oren atau putih tergantung pada barang kemas tu.

Tup2 dia terus bagi harga sekian sekian $.

Kat tagging kita pembeli biasa hanya boleh tahu berat emas tu je. Upah biasa adalah code yg diorang je tahu nengok. Hihi.

Jarang la kedai nak bagitau terang2 upah setiap item barang kemas tu.
Jadi apa yang kita bolen buat ialah guna kalkulator sendiri.. buat pengiraan sendiri.

Jangan heran apa tertera kat dinding tapi ambil peduli harga bersihnya. Yang dah campur upah bagai.

Kira per gram bersihnya.

Jumlah yang diberitahu / gram item

Itu lah harga per gram bersih

Bandingkan dengan harga di dinding. Beza tu la kos upahnya

Dapat sesuatu?