Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
879 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Semalam, Aiz bertugas di Gold ATM, Pasar Raya CS Bangi Avenue. Ramai orang semalam yelah nak shopping sempena masuk bulan Ramadan kan.

Alhamdulillah dapat bantu ramai oang buat simpanan emas yang mudah, selamat dan menguntungkan.

Salah seorang yang Aiz bantu semalam pesara yang nak alihkan simpanan KWSP beliau sebanyak lebih RM115,000 ke dalam bentuk emas fizikal!

Beliau pilih item :

1️⃣ 50 gram x 4 pcc
2️⃣ 10 dinar (42.5g) 1 pcs
3️⃣ 1 dinar (4.25g) x 4 pcs

Aiz tanya beliau kenapa nak alihkan KWSP kepada emas?

Beliau kata :

“Elak duit cepat habis, simpanan dalam bentuk wang mudah terguna tanpa sedar”.

“Kalis inflasi simpan duit dalam bank hanya simpan angka, tapi nilainya makin susut (3% setahun).”

“Emas sentiasa meningkat nilai, tahun lalu naik 45%, purata kenaikan 10% setahun dalam tempoh 20 tahun!”

Oh rupanya beliau dah study tentang emas. Tahniah.

Beliau yakin, simpan emas lebih selamat dan menguntungkan.

Tuan puan bagaimana? Sudahkah kita lindungi nilai simpanan kita?

AizKamal
TAK KENAL MAKA TAK CINTA

📌Akaun EMAS GAP dalam bahasa mudahnya macam kita simpan duit dalam akaun bank, cuma Akaun EMAS GAP ni kita simpan dalam bentuk EMAS. Nama penuhnya GOLD Accumulation Program aka Program Akumulasi EMAS.

📌Dengan wujudnya GAP semua orang boleh simpan EMAS secara sikit-sikit. Semua golongan tak kira masih bayi sehinggalah warga emas,semuanya boleh manfaatkan Akaun EMAS GAP.

Tak semua orang mampu beli EMAS 10 gram terus dengan harganya cecah RM4,000++, jadi Akaun EMAS GAP adalah inisiatif dari Public Gold untuk beri peluang ramai orang untuk membuat simpanan EMAS dengan bajet paling minima serendah iaitu sebanyak RM100 sahaja.

📌Kita boleh kumpul EMAS sikit-sikit sampai gram yang besar.

📌Akaun Bank kita simpan RM,
Akaun EMAS GAP kita simpan EMAS Fizikal.

📌Konsepnya, "Menabung Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit".Ada duit kita simpan,tak ada duit,kita cari duit lagi untuk simpan.

📌Buka Akaun GAP/SAP Dengan Simpanan Minima RM100

Semoga bermanfaat. 💪
Gais.

Ada satu kisah kejayaan saya nak share kat sini.

Bulan ini (March 2025) seorang customer saya berjaya memiliki 1kg emas Public Gold secara epp10x. Yay!!

(Epp10X bermaksud dia bayar harga emas dalam tempoh 10 bulan)

Nampaknya ada orang yang direzekikan boleh membayar RM36 ribu untuk simpanan emas.

Dia bagitau saya, bulan nie dah habis bayar dan akan collect emas ini hujung bulan ini.

Mari kita buat sedikit analisis.

Harga 1kg ketika dia buat epp10x adalah RM371k (8/6/2024)

Harga 1kg selepas tamat epp10x adalah RM443k (6/3/2025)

Terdapat perbezaan harga sebanyak 72k dalam masa 10 bulan. Alhamdulillah..

Ini rezeki dia. Sebab harga emas dalam trend menaik. Saya tumpang gembira.

Gais, ini adalah contoh ekstrem customer yang berduit beli sekilo.

Untuk kita rakyat marhein, sebenarnya epp10x nie boleh dibuat serendah 1 dinar atau 5gram sahaja.

Lock emas ini harga semasa, lepas tu akan keluar jadual pembayaran 10 bulan.

Anda hanya perlu konsisten dan berdisiplin bayar ikut jadual.

Selepas 10 bulan, anda akan dapat emas fizikalnya.

Jika bayar awal, anda akan dapat emas awal.

Pantang larang epp10x adalah seperti berikut.

Ia sangat sangat sangat (got it?) tak sesuai bagi orang yang tak boleh berdisiplin membayar.

Ia sangat sangat tak sesuai untuk orang yang ada risiko terguna duit untuk apa-apa perkara

Ia sangat tak sesuai untuk orang yang tak kukuh kewangan, sebab ada risiko anda miss payment.

Kalau takde ketiga masalah diatas, you’re good to go with epp10x 😃

Macam mana cara nak buat epp10x. Boleh pilih emas dalam apps atau website Public Gold.

Semasa checkout, pilih epp10x.

Itu ajer.

Saya doakan anda boleh kumpul emas fizikal dengan epp10x 🙏

#NotaEmasSyukorHashim
Berbanding harga emas tertinggi baru je bulan Feb 2025, RM455/gm

Hari ni RM448/gm

Bermaksud diskaun RM7/gm!

Kalau beli 10gm pon dah jimat RM70, apatah lagi gold bar yang lebih besar 👏
Ini adalah gambar 5 Dinar Emas Public Gold yang terbaru.

Packaging yang bertaraf antarabangsa.

Untuk pengetahuan anda, Dinar Emas adalah syiling emas yang digunakan dalam tamadun Islam untuk perdagangan dan sebagai penyimpan nilai.

Ia bermula pada zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab (RA) dan kemudian diseragamkan oleh Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan pada tahun 696 Masihi.

5 Dinar Emas moden adalah berdasarkan spesifikasi asal ini dan sering digunakan untuk pelaburan, simpanan, pembayaran zakat, mahar (mas kahwin), serta perdagangan berlandaskan Islam.

Spesifikasi Syiling 5 Dinar Emas

5 Dinar Emas mempunyai berat lima kali ganda daripada 1 Dinar Emas.

Berat: 21.25 gram (kerana 1 Dinar Emas = 4.25 gram)

Ketulenan Emas: 24K (99.99%),

Kenapa anda simpan 5 Dinar Emas?

a) Lindung Nilai Daripada Inflasi

Emas mengekalkan nilainya dalam jangka panjang, berbeza dengan wang kertas yang susut akibat inflasi.

Secara sejarah, 1 Dinar Emas boleh membeli seekor kambing pada zaman dahulu, dan hari ini nilainya masih lebih kurang sama.

b) Penyimpanan Kekayaan yang sangat baik.

Berbanding mata wang fiat, emas adalah aset fizikal yang tidak mudah dimanipulasi oleh bank pusat.

Ia sesuai untuk simpanan kekayaan jangka panjang, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

c) Mudah Dibawa & Diterima di seluruh dunia.

Dinar Emas diiktiraf di seluruh dunia sebagai bentuk simpanan nilai, terutama di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

d) Patuh Syariah

Ramai ulama Islam menggalakkan penggunaan emas dan perak sebagai mata wang kerana ia bebas daripada riba (manipulasi faedah).

Ketika artikel ini ditulis (9/3/2025), harga 5 Dinar Emas Public Gold adalah RM9,539

Cara memilikinya:

1. Beli kat website / apps Public Gold dan minta Public Gold poskan ke alamat anda.

2. Belian secara epp10x (lock harga dan bayar dalam tempoh 10 bulan.

3. Keluarkan daripada akaun emas GAP (Gold Accumulation Program)

Love gold and gold will love you back 10 times 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
*Inspirasi Emas Hari Ini*

Dividend KWSP 2024 dah diumumkan. Alhamdulillah 6.3% untuk akaun syariah, sangat tinggi.

Terus teringat jongkong 250gm ni, sebab dulu beli guna duit KWSP Akaun 3. Habis semua saya withdraw beli jongkong seketul ni.

Saya tengok balik harga beli dulu, RM94,233 pada Mei 2024.
Kalau jual hari ni, dapat RM103,719.
Untung bersih RM9,486 bersamaan 10% dalam masa tak sampai setahun, dah siap tolak spread 6%.

Okla boleh senyum balik, *tak rugi keluarkan duit KWSP tahun lepas* 😁

Sebab selalunya kami cikgu2 emas ni duk pesan kat anak murid, simpan emas untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 1.5 tahun ke atas. Sebab emas ada spread. Jadi jangan kalut nak jual emas takut nanti tak untung.

Tapi untuk big item seperti jongkong 250gm dan 1kg, game nya berbeza.

Simpan tak sampai setahun InsyaAllah dah boleh untung. Tapi cikgu tetap pesan, jangan kalut nak jual. Simpan jelah dulu. Guna bila betul-betul perlu. Contoh nak beli tanah, rumah, nak pi haji private yang super mahal, ha berbaloi lah jual 250gm ni.

Ok tercapai kpi nak tulis panjang hari ni thank you la siapa yang baca sampai habis. Kita tengah menulis kat parking AEON ni, nak beli barang nak masak macam - macam termasuk popia bigmac...haa, terliur bila imagine. Haha

Bulan Mac ni ramai geng2 saya bakal dapat bonus. Janganlah beli baju raya sampai berpasang² *Simpanlah sebahagian duit extra tu tukar jadi emas*. Beli, simpan, peram. Tak susah pun simpan emas, bukan something yang rocket science yang kita kena study berbulan-bulan nak kasi faham.

Kredit : Nur Hilyati
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Testimoni Hibah Emas Untuk Anak

Duit ASB dialihkan kepada emas, beli 10 dinar 2 keping untuk setiap anak perempuan sebagai hibah.

Inilah yang dilakukan oleh Pn S.
Sediakan emas siap2 untuk dana pendidikan anak.

Tuan puan pun boleh sediakan simpanan emas untuk masa depan anak-anak bermula sekarang 🥰

Kredit : Nur Hilyati
Harga Emas Public Gold GAP
RM448 = 1gram
RM224 = 0.5gram
RM100 = 0.2232gram

Terendah: RM409/g (01 JAN 2025)
Tertinggi: RM455/g (14 FEB 2025)

Kemaskini: 09-03-2025
Gais.

Ini adalah gambar / video 10 Dinar Emas yang telah dibuka sarungnya.

Sebab apa buka? Sebab owner nak gadai di Arrahnu Agrobank.

Agrobank bagi pinjaman 80% dari nilai emas (nilai marhun). Dia nak pakai duit tunai segera.

Jadi gadaian di arrahnu adalah cara terpantas dapat duit.

Gais, saya nak bagitau.

Emas Public Gold dijamin akan dibeli balik pada harga PGBuy walaupun calar, goris, bengkok atau dibuka sarungnya.

Ini jaminan daripada founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng dari hari pertama Public Gold ditubuhkan tahun 2008.

Jaminan ini diberikan untuk memberikan ketenangan fikiran kepada semua customer Public Gold 😁👍💪💪

Jadi, anda yang beli gold bar/dinar emas Public Gold, silalah kopek sarungnya jika anda perlu buat gadaian.

Ps.. nak bagitau tips.

Kalau anda dah kopek sarung emas tu, sila cari plastik saiz kad kredit kat kedai buku.

Simpan sarung emas yang dikopek tersebut dalam plastik tu. Lepas tu selotape.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
12/3/2025
"Harga emas mahal dahhh! Tunggu harga murah baru beli.." - betul ke??????
Kelantan mencatatkan jualan emas bulanan sekitar 500 kilogram yang dibeli oleh kaum wanita sebagai perhiasan atau simpanan.

Jualan emas di Kelantan mengatasi jumlah jualan di Selangor dan Kuala Lumpur jika digabungkan, yang hanya mencecah 400 kilogram sahaja.

Artikel penuh 🔗 https://thevocket.com/?p=545338