Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
923 photos
44 videos
9 files
153 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
#TabungEmas

TUNAIKAN HAJI DENGAN EMAS!

Jika ada impian menunaikan haji, buatlah simpanan emas.

Peningkatan nilai emas lebih tinggi, laju dan cepat berbanding kenaikan nilai kos haji.

Simpanan emas melindungi nilai duit kita.

Belajar menyimpan emas bermula disini kawan kawan.

https://publicgold.me/NurHilyati

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

EMAS NAIK TETAP BELI?

Memang betul, harga emas makin naik, tapi orang tetap beli.

Kenapa?

Ada beberapa sebab yang buat emas ni tetap hot walaupun mahal:

1. Pelaburan Jangka Panjang

Orang beli emas sebab tahu harganya akan terus naik dalam jangka panjang. Walaupun sekarang mahal, 5-10 tahun lagi mungkin lagi mahal. Jadi, beli sekarang lebih baik daripada nanti.

2. Emas Sebagai Simpanan Nilai

Duit kertas boleh susut nilai sebab inflasi, tapi emas sentiasa ada nilai. Kalau ekonomi jatuh atau duit jadi lemah, emas tetap laku. Sebab tu ramai anggap emas macam ‘insurans kewangan’.

3. Trend & FOMO (Fear of Missing Out)

Bila orang lain beli, kita pun rasa nak beli. Lagi-lagi bila nampak orang post dekat media sosial tunjuk gold bar, rantai tebal, atau simpanan emas mereka. Takut nanti harga makin naik, kita tak sempat beli.

4. Kegunaan & Prestij

Orang Melayu memang suka emas, bukan setakat untuk pelaburan, tapi juga sebagai perhiasan. Rantai, gelang, cincin – semua ni ada nilai tambah. Pakai emas rasa ‘ada class’ dan nampak kaya.

5. Duit Simpanan Tak Berapa Kukuh

Kadang-kadang orang yang tak reti simpan duit, dia beli emas sebagai cara paksa diri menyimpan. Sebab kalau ada emas, susah sikit nak belanja sesuka hati berbanding duit dalam akaun.

6. Boleh Gadai Bila Terdesak

Kalau ada kecemasan, emas boleh dicairkan dengan mudah. Pegang emas rasa lebih selamat sebab tahu boleh gadai kalau ada hal urgent.

7. Hadiah & Mas Kahwin

Dalam budaya Melayu, emas selalu jadi pilihan untuk hadiah, hantaran kahwin, atau mas kahwin. Jadi walaupun mahal, orang tetap beli sebab dah jadi adat.

Kawan kawan,

Benda ni memang menarik, sebab walaupun harga naik, permintaan tetap tinggi. Kau sendiri ada simpan emas ke, atau tengah fikir nak beli?

Azizul Azli Ahmad