Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
880 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻?

Pejam saja mata dan paksa diri untuk alihkan minimum RM100 daripada duit gaji ke simpanan Emas...

Kita sepatutnya perlu fikir lebih panjang dan lebih waras soal masa depan kita supaya lebih terjamin...

Kita perlu ingat suatu hari nanti, kita pasti akan perlu dana-dana seperti berikut:
1. Dana pendidikan anak-anak
2. Dana persaraan diusia emas
3. Dana kecemasan dikala memerlukan
4. Dana haji dan umrah
5. Dana perkahwinan anak-anak
6. Dana macam-macam lagi...

Nak ka... bila tiba masanya nanti baru kita nak terkial-kial mencari dan kumpul dana-dana tersebut... #NakBerakBaruNakKorekLubang

Kalau begitu perancangan kita, saya amat yakin kita akan berkesudahan dengan berkerja sampai ke tua ataupun kita akan terjebak dengan pinjaman peribadi yang akan terus membebankan kita sampai ke mati...

Cuba kita renung sekejap dan tanya diri sendiri "𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗸𝗶𝘁𝗮"...

Mungkin hari ini kita sangat struggle dengan status kewangan kita setiap bulan...
Dapat saja duit gaji, habis dibelanjakan...
Dapat saja duit bonus, habis dibelanjakan...
Dapat saja duit busines part time, habis dibelanjakan...

Adakah kita nak terus struggle hadap masalah kewangan macam ini sampai kita tua ‼️

Adakah kita mahu bersara dengan status kewangan yang masih tenat walaupun usia kita ketika itu sudah mencecah 60tahun...

Sudah pasti tidak bukan...

Kalau boleh kita nak bersara seawal mungkin dengan status kewangan yang sangat stabil. Masa itu kita nak fokus pada amal ibadah saja...

Jom kita mula peracangan kewangan kita daripada sekarang. Biarlah kita bersusah-susah sekarang ini supaya kita boleh bersenang-senang dikemudian hari...

Pesan Mentor Tn Mohd Zulkifli Shafie - “𝗠𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝘁𝘂𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻”

Kredit Tn.Bashir Mansor