Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
887 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Best tak best simpan emas ni?

Simpan emas ni tak sama dengan main saham. Main saham, harga perlu dipantau selalu. Selalu la terasa kecut perut untuk fikirkan "what's next?" Sebab itulah Mama secara peribadi kurang minat. Tak daya la nak layan dup dap dup dap nengok pergerakan harga.

Simpan emas ni juga tak seperti simpan duit di ASB, Tabung Haji dan lain - lain tempat simpanan cash yang ada dividen tahunan.

Simpan emas ni bermakna kita simpan fizikalnya. Fizikalnya tak bertambah atau berkurang dengan sendirinya. Dalam erti kata lain, emas ni tak ada ''rahim' nak beranak secara fizikalnya. Yang berubah adalah pada nilainya.

Simpan emas ni bestnye bila terdesak nak guna duit, kita boleh pajakkan sementara di arrahnu. Kalau simpan duit, bila terdesak digunakan kira hangus la terus duit simpanan tu.

Simpan dalam bentuk emas fizikal ni adalah satu cara yang sangat baik untuk kita elakkan harta dan kekayaan kita yang berdiri atas nilai ringgit tergugat nilainya..

Kita sedia maklum yang matawang ringgit kita ni tak menentu kekuatannya. Dalam jangka masa panjang matawang kita jatuh. Ini fakta yang perlu kita telan walaupun pahit.

Pendapatan kita dalam ringgit.
Keuntungan berbisnes juga dalam ringgit.

Masalah ramai dari kita dengan duit, kita mudah kalah dengan duit.

Duit ni pantang nampak banyak sikit goyah iman terus rasa nak berbelanja.

Emas pula walaupun kita boleh gunakannya untuk berbelanja tapi masih ada tempoh bertenang. Kita perlu menjualkannya untuk cairkannya semula kepada matawang.

Jadi, sangat disarankan harta kekayaan kita dalam bentuk emas. Emas juga adalah harta tapi ianya adalah harta yang mudah dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.

Manakan, tidak. Yang menjadi cleaner, yang kerja sekuriti, suri rumah malah pelajar sekalipun boleh miliki aset emas ni.

Kini emas boleh dibeli dengan mudah dan dengan kos yang rendah. Pilih je pelbagai kaedah pemilikan emas yang disediakan oleh Public Gold untuk semua.
Ini adalah perbandingan harga emas Public Gold dalam tempoh 5 tahun pada tarikh yang sama hari ni iaitu..

7 Ogos 2019 vs 7 Ogos 2024

Harga 1 kilogram emas :
2019 - RM203,512
2024 - RM368,658

Genap 5 tahun hari ini, harga emas meningkat sebanyak 81%. Secara puratanya naik 16.2% setahun.

Kalau sebelum2 ni kebiasaannya perubahan harga sekitar 50%+ je untuk tempoh 5 tahun. Sebab tu kami pembimbing2 emas selalu bagitau yang harga atau nilai emas naik secara puratanya sekitar 8%, 9% ke 10% setahun.

Tapi sejak dua menjak ni, harga emas naik drastik juga kan.

Wow sangat kan?

Kalau tahun 2019 dulu seseorang itu menjadi Jutawan Emas jika dia ada emas sebanyak 5 kilogram emas.

Tapi perasan tak, jika Hamba Allah ni hanya menyimpan 3 kilogram emas sahaja, hari ni beliau dah menjadi jutawan emas.

Jutawan senyap je. Simpan peram je emas tu, tup tup dalam diam dah menjadi jutawan.
Kenapa bank yang beli balik emas, letak syarat emas mesti dalam mint condition, tanpa calar atau kemek?

Itu pun kalau mereka nak beli balik lah!

Kenapa syarikat emas seperti Public Gold boleh ambil balik dalam apa keadaan pun? Patah dua pun okay.

Sebab.

Kebanyakan emas yang dibeli balik oleh Syarikat Emas, terutamanya emas perhiasan akan dilebur balik, sebelum dibentuk semula kepada items rekabentuk mereka sendiri.

Bank pula, buat untung dari bagi hutang. Emas bukan core bisnesnya. Daripada susah susah nak lebur emas, lebih baik dia jual balik emas. Sebab itu lah emas mesti dalam mint condition, supaya mudah nak jual balik.

Nilai emas itu terletak pada ketulenan dan berat. Seperti manusia. Nilainya terletak pada jati dirinya, bukan pada paras rupa.

Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara.
(Tafsiran DBP)

*Gambar ehsan Emas Faiz Alor Setar Jalan Kota.

Credit : FB Azman Bilaji
Meletup = harga akan naik

Krisis ekonomi, peperangan dan geopolitical instability antara faktor yang boleh melonjakkan harga emas.

Harga emas tengah rendah sekarang ni, ambil peluang!

Kita dah nampak harga melonjak tinggi ketika krisis Israel-Palestin ni. Perkara yang sama akan berulang jika peperangan berlaku lagi
Bismillah ﷺ ﷴ

Keputusan kewangan kita hari ini mencorakkan kekayaan kita pada masa hadapan.

Hari ini kita mengambil keputusan membeli kereta mewah di luar kemampuan kewangan, kita akan menanggung sengsara bayaran bulanan dan servis kereta selama 108 bulan.

Hari ini kita mengambil keputusan membeli kereta mewah terpakai, paling perit apabila kereta selepas 10 tahun. Kita terpaksa tanggung "biawak hidup", bayar bulanan dan baiki kerosakkan kereta.

Keputusan kewangan terbaik adalah;

1️⃣. Hari ini kita mengambil keputusan membeli rumah, 30 tahun nanti kita berasa lega dengan aset yang kita ada.

2️⃣. Hari ini kita mengambil keputusan menyimpan emas #1gram1bulan , 30 tahun nanti kita berasa puas dengan jumlah gram emas yang terkumpul 360gram.

Beli aset RUMAH atau beli aset EMAS yang mana paling mudah ?

Sudah tentu aset emas. Emas boleh dibeli secara sedikit - sedikit berbanding beli rumah. Bukan semua mampu beli rumah tapi InsyaAllah semua peringkat umur boleh membeli emas.

Jadi sebelum buat keputusan kewangan, pertimbang banyak kali kerana kesannya kepada kewangan diri sendiri dan kewangan keluarga

Jika anda mahupun ahli keluarga anda belum memulakan simpanan emas lagi, inilah masa yang terbaik untuk buat demikian.

https://publicgold.me/norimanap/akaun-gap
Perkongsian rakan dealer yang kami panggil King!

Masya Allah customernya beli 5kg emas bernilai Rm2 juta in a single receipt!

Siapa yang faham mengapa perlu simpan emas, mereka takkan hesitate utk alihkan sebahagian besar wang simpanan mereka kepada aset emas.

Tahniah King!!
Cara paling cepat kumpul RM3.4K + setahun adalah kumpul 2 keping X 1 Dinar 🥰

Cara 1️⃣ : Lock 1 Dinar EPP6X . buat 2 kali setahun. Habis 1 cycle 6x bayaran, lock 1 lagi cycle epp6x juga

Cara ke 2️⃣: Lock 2 keping X 1 Dinar secara EPP10

Nah setahun dah ada 2 keping 2 Dinar seberat 8.5gm 😍

Simpan dan peram lebih 2 tahun InsyaAllah anda dah ada simpanan bernilai RM3,600+ kerana purata peningkatan emas sekitar 10%++
*Simpan Emas Sama Seperti Simpan Duit?*

Iyer!! kerana emas juga adalah duit. Tapi, emas adalah duit dalam bentuk yang lebih baik! 🌟

🔒 Tahan Lebih Lama: Simpanan emas tidak akan terjejas oleh masa.

📉 Kalis Inflasi: Emas melindungi nilai simpanan anda daripada inflasi, berbeza dengan wang fiat yang semakin susut nilainya.

💰 Aset Bernilai: Emas bukan sekadar pembelian, tetapi satu tindakan mengalihkan duit ke bentuk aset yang kekal, bernilai, dan kalis inflasi.

Ingat, emas itu sendiri adalah duit!
Jadi, lindungi kekayaan anda dengan menyimpan emas hari ini.

#PG1M
1. "Tak ada duit, macam mana nak simpan?"

Ubah :
"InshaAllah saya nak mula simpan sikit-sikit sebab saya percaya simpanan ni penting untuk masa depan."

2. “Bila tah simpanan nak jadi banyak, rasa malas dah nak menyimpan”

Ubah :
"Saya yakin, setiap ringgit yang saya simpan ni, ia akan bawa saya lebih dekat dengan matlamat kewangan."

3. "Sorry. Tak mampu la nak simpan, kos hidup pon tinggi sekarang ni."

Ubah :
"It’s okay. Saya akan cari cara untuk kurangkan perbelanjaan supaya ada lebih untuk menyimpan!”

4. "Belanja senang, nak simpan tu susah. Huh!”

Ubah :
"Setiap kali dapat gaji, 1st thing nak buat saya nak simpan dulu. Next baru fikir nak belanja. Dan saya nak belanja dengan bijak!
Tahniah Kak Imah dan Pn Nor masing - masing sempat lock 1 Dinar masa harga turun semalam. Ni antara gold savers Mama yang minat kumpul Dinar
2 DANA PENTING

Saya selalu tekankan tentang Dana kecemasan dan dana persaraan. Kedua dua dana ini amat penting dan besar. kedua dua dana ini ada peranan yang sangat berbeza. Saya terangkan di bawah.

DANA KECEMASAN

Atau kita panggil simpanan kecemasan. Anda perlu ada 3-6 bulan gaji. Jika gaji anda rm 5 ribu anda perlu ada 15- 30 ribu. Dana kecemasan ini mestilah mudah dicairkan. Dana kecemasan boleh diletakkan di TH atau ASB.. Dana ini hanya digunakan untuk tujuan kecemasan saja.

Contoh time covid ni. Boleh keluarkan jika pendapatan terjejas atau Dibuang kerja. Boleh keluarkan sementara nak dapat kerja baru. Jangan keluarkan untuk melancong atau beli iphone pula. Ini kesilapan orang ramai. Pantang tengok akaun ada lebih 5 ribu pasti nak keluarkan. Bila masa duit tu nak bekerja untuk kita.

DANA PERSARAAN

Dana ini amat penting dan merupakan dana terbesar. Semua individu perlu ada dana ini. Anda perlu mula dana persaraan sejak dari mula bekerja. Sebab itulah KWSP diwujudkan. Tetapi jangan hanya harapkan KWSP kerana ia tidak mencukupi. Kerana inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Anda perlu ada lebih dari 300 ribu untuk pencen dengan selesa.

Kenapa dana ini penting? Sebab bila anda pencen dah tua dan kita tak larat nak bekerja. Anda terpaksa kerja semula jika dana ini tak mencukupi.. Kalau masa muda ok lagi. Kita masih ada kudrat. Jangan harapkan anak anak kita. Zaman mereka nanti pasti lebih mencabar. Harga barang dan servis pasti meningkat. Sekarang pun dah mencabar.

Saya pernah jumpa orang mindset yang negatif. Mereka kata buat apa nak simpan untuk hari tua. Nanti simpan banyak banyak lepas tu meninggal tak merasa duit. Tolong jangan terpengaruh dengan mereka ini. Mereka yang kata sebegini tak tahu duit yang disimpan itulah boleh digunakan untuk selesaikan segala hutang jika mereka meninggal dunia. Kalau tak ada hutang langsung ok lah.

Apa yang sepatutnya difikirkan adalah bagaimana jika umur panjang selepas pencen. Sebab tu ada pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Jangan fikir short term. Fikirkan long term. Emas merupakan dana persaraan terbaik. Saya akan jelaskan malam ni. InshaAllah.

Pesanan. Jangan sesekali keluarkan duit KWSP untuk masuk skim cepat kaya atau apa apa pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang . Ramai yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

Semoga bermanfaat
Kredit : Tuan Adam Fahmi
🥁PEMENANG GAP AUTODEBIT JULY 2024👏

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang,

GAP autodebit adalah kaedah pembelian emas yang sesuai bagi mereka yang mahu menabung emas secara KONSISTEN tetapi selalu TERLUPA untuk buat pembelian.

Kelebihan auto debit GAP ialah:

1️⃣ Forgotten savings. Simpan dan lupakan. Tahu-tahu dah banyak gram dalam akaun. Boleh fizikalkan, jual atau gadai mengikut keperluan.

2️⃣ Mudah. Set sekali, sistem akan buat secara automatik selama minimum 12 bulan. Nak lagi lama,  lagi bagus.

3️⃣ Paksa diri menyimpan dahulu, baru berbelanja. Amat digalakkan untuk mereka yang boros.

4️⃣ Gram emas dalam akaun pasti bertambah. Penyimpan emas yang berjaya adalah yang menambah simpanan emas dengan konsisten.

5️⃣ Tak perlu bazir emosi dengan naik turun harga emas, sebab fokus pada penambahan gram. Kalau harga emas rendah dan ada duit lebih, boleh juga tambah gram emas pada bila-bila masa.

6️⃣ Berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah setiap bulan. Kalau bulan ni tak menang, penyertaan akan ditambah ke bulan hadapan bererti bulan hadapan akan ada 2 penyertaan kalau buat auto debit sebanyak RM200. Penerangan lanjut di Terma dan Syarat cabutan bertuah auto debit GAP Public Gold.

CARA NAK BUAT AUTO DEBIT GAP?

Cara nak buat auto debit GAP, boleh ikut langkah di sini

https://boards.com/a/NLgQB.jVNK7Q
Kepingan Emas Lebih Besar, Lebih Bernilai

Bersempena Hari Kemerdekaan ke-67, Public Gold ATM dengan bangga memperkenalkan Koleksi terbaru Bungamas eksklusif, kini tersedia dalam berat 10g, 20g, 50g, serta koleksi 5 Dinar dan 10 Dinar di Gold ATM Menara Public Gold @TRX.

Jadilah antara yang terawal memiliki emas tulen yang LEBIH BESAR dan LEBIH ISTIMEWA ini melalui Public Gold ATM

📍 Tempat: Menara Public Gold @ TRX, 249, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Bestnya kan..

Semua ni dah boleh beli di gold ATM